Wednesday, June 27, 2012

Aku Kan Novelis


SOLD OUT
Sinopsis

Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?

Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.

Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.

Biarkan Ia Pergi

SOLD OUT
Sinopsis

"...Saya pernah jumpa tapi saya tak pernah nampak dan tak pernah kenal siapa gerangannya atau dari mana datangnya dan mengapa dia hukum saya sebegitu rupa. Smpai sekrg saya hidup dgn tanda tanya." - Alissa

Cinta hanya kiasan sajak. Cinta hanya pelaris filem. Cinta hanya cerita dongeng dalam novel. Cinta adalah kebodohan manusia yg tidak mahu menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya tidak wujud. Hakikatnya cinta hanyalah kekeliruan dalam pemikiran manusia, ketakutan utk hidup sendiri ataupun rembesan hormon tubuh yg melahirkan daya tarikan sementara. - Zaquan Zachery

"Sebelum kau kata 'tidak', aku nak beritahu yg perasaan ini dah lama bersarang dlm hati aku. aku tau kau mungkin tak suka aku. Tapi tiap kali aku pandang mata jernih kau, senyuman manis kau dan gaya percakapan kau yg comel, aku jadi separuh gila. Jadi sebelum aku betul2 mereng, aku tau aku patut berterus terang." - Izani


"Aku cemburu, Lis. Sebab selama ini aku sayangkan kau. Tapi ego nak mengaku. Aku layan kau mcm aku layan teman2 wanita aku yg lain. Padahal tempat kau di hati aku. Sebenarnya kau lebih dari mereka, Lis. Aku sayangkan kau lebih dari semua perempuan yg aku pernah jumpa sebelum ini. Walaupun dah terlambat, aku tetap nak beritahu kau. aku sayangkan kan. dan kalau Zaq tak layan kau dgn baik, aku sumpah akan rampas kau dari dia semula." - Badry

Tuesday, June 26, 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong


SOLD OUT
Sinopsis

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

Saturday, June 23, 2012

Hati Yang Luka


SOLD OUT
Sinopsis

Andai cinta tidak mengenal siapa, mengapa ada insan yang masih menilai darjat sebagai kayu pengukur. Adilkah takdir andai diri bukan dilahir sebagai orang ternama. Widad melalui kepayahan cintanya bersama Raof. Lelaki ego yang tidak dapat menerima hakikat tentang jodohnya dengan anak pemandu ayahnya. Sungguhpun diri dilukai namun demi menjaga maruah Raof, Widad mengahwini lelaki itu. Lelaki yang tidak menghargai diri dan cintanya membuat Widad terlontar jauh di sudut hati milik suaminya sendiri. Dalam menahan luka yang kian berdarah Widad lari daripada mengejar cinta yang tak kesampaian. Lumrah manusia dekat di mata terasa benci, bila jauh dari pandangan diri dicari-cari. Mampukah Widad menerima Raof semula sedangkan hati yang luka bagaikan tiada penawar untuk dirinya kembali sembuh...

Friday, June 22, 2012

Sonata Kasihku


SOLD OUT
Sinopsis

Aku ibarat kuda yang patah kakinya… berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan… demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi… izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku… aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik… akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.

Monday, June 18, 2012

Terlerai Kasih


SOLD OUT
Sinopsis

ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi  cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah

“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa!  Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri

NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri

“Akaun dengan cinta, sama ke?”  tanyaku dengan kening yang sedikit terjongket. - Wafiah

“Eh, mestilah. Sebab cinta ni adalah hasil tambah Ilham dan Wafiah!” ucapnya ceria. - Ilham Fitri

Benarkah cinta perlukan masa untuk mendalaminya? Adakah jangka waktu mengenali itu penting dalam hubungan mereka? Bila Ilham Fitri mengatakan tidak perlu, Nur Wafiah mengakuinya. Tika kasih tercipta, Ilham Fitri membantah hakikat itu pula. Nur Wafiah pasrah demi maruah hingga kasih itu terlerai jua pada akhirnya. Hati yang retak bisa bercantum, terlerai kasih mereka mungkinkah akan bersambung?

Saturday, June 16, 2012

Sepatu Milik Kasanova

SOLD OUT
Sinopsis

Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?

"Inilah masalah orang lelaki. Kalau dia ada perempuan keliling pinggang, bukan main lagi. Tapi kalau perempuan ada lelaki keliling pinggang, tak payah keliling, suku keliling aje pun cukup, bukan main lagi dia punya 'condem'. " AIRIN NATRAH

"Kan saya dah kata, dia ada. Awak ni, cubalah percayakan saya. Lagi satu, bukan ke tadi renjer ada cakap dalam hutan jangan jerit. Awak ni memang degillah" IRFAN

"Bukan embah tak nak puji, tapi embah terpegun sekejap. Sebab Airin mengingatkan embah pada mak Fan. Mak Fan suka juga dengan sepatu. Bezanya, dia tak buat sepatu tapi Airin buat sendiri" EMBAH MELATI

Untuk Tiga Hari




SOLD OUT

Sinopsis

Lalu diikat janji atas nama cinta. Diikutkan juga kehendak family dan persandingan dijalankan serentak. Memang sengaja mereka memilih hari, tarikh dan waktu yang sama lalu, dihari persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyesakan. Betulkah apa yang mereka lakukan ini? Menurut kehendak family masing-masing hanya kerana tak mahu mengecilkan hati dan perasaan mereka. Namun, mereka berjanji kawin hanya untuk tiga hari. Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan. Namu … tiga malam bersama pasangan masing-masing… telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain. Dan, apabila tiga hari ketiga itu, bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai ?

Thursday, June 14, 2012

Aku Yang Kau Tinggalkan






























SOLD OUT
Sinopsis

Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.

Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.

Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Tuesday, June 12, 2012

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!



SOLD OUT
Sinopsis

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Ilusi Hati


SOLD OUT
Sinopsis

TULISAN takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmine terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya. Sesuatu yang ghaib terjadi... Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine ber bicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapan semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma. Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai Joshua. Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

Wednesday, June 6, 2012

Senyum Sampai Langit


SOLD OUT
Sinopsis

kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan
Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."
Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.