Tuesday, July 24, 2012

Bidadari Salju


SOLD OUT
Sinopsis

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. “Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan? “Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. “Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

ps: novel Bidadari Salju setebal 1260 mukasurat!!! saya akan guna pos domestik utk penghantaran. jika berminat email saya ok :)

Monday, July 23, 2012

Cinta Yang Terlewat




SOLD OUT
Sinopsis

Di kala usia muda, Muhammad Fahim kehilangan isteri di saat buah cinta pertama hadir dalam hidupnya. Setelah menamatkan kembara ilmunya di bumi Anbiya. Muhammad Fahim kembali ke tanah air, memulakan kehidupan sebagai seorang doktor sambil membesarkan anak yang menjadi penawar hidupnya. Dia bertemu dengan Nisaa, seorang isteri yang teringin bergelar seorang ibu setelah beberapa tahun berkahwin. Tanpa cinta yang berputik, mereka berdua disatukan dalam satu kisah yang tak terduga. Perancangan manusia itu usaha, perancangan ALLAH itu takdir dan takdir yang itulah yang terbaik untuk mereka.

Sunday, July 22, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu



SOLD OUT
Sinopsis

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Aku Bukan Mistress



SOLD OUT
Sinopsis

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Saturday, July 21, 2012

Sayang Cikgu Ketat-Ketat



SOLD OUT
Sinopsis

Nurul Anis adalah seorang anak yang bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yang hidup di dalam serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yang sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yang menghalang sehingga memaksa Cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui ‘tulisan’ di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dalam usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yang lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jinjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

“Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?”

“Cikgu... saya cintakan cikgu tapi untuk berkahwin dengan cikgu dalam usia saya yang semuda ini, sangat berat bagi saya. Cuma itu aje yang cikgu kena faham.”

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal pernikahan. Namun SMS daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dengan Aida untuk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yang besar di dalam rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yang hampir-hampir meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dalam pada itu juga, kehadiran Aida seringkali menyakiti hati Nurul Anis dengan mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kepada Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorang isteri apabila mendengar pengakuan itu.

“Awak terlalu naif Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang-senang ke dia nak lupakan saya? Tak mungkin!”

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat ‘sayang cikgu ketat-ketat’ kepada suaminya?

Wednesday, July 18, 2012

Cucur Bawang & Kopi ‘O'


SOLD OUT
Sinopsis

Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

Friday, July 13, 2012

Alahai, Mat Salih!

SOLD OUT
Sinopsis

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham dan membuat darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami penasaran dengan isteri sendiri?

Sunday, July 8, 2012

Dia Idaman Hati


SOLD OUT
Sinopsis
“Apa awak cakap? Sila ulang.” 
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang! 
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?” 
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.” 
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer? 
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.” 
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”

Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar. 

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka!

Kea Alyissa

SOLD OUT
Sinopsis

“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”

“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”

“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”

“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”

“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!

“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.

Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.

“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.


Tuesday, July 3, 2012

Dia Yang Kunikahi

SOLD OUT
Sinopsis

Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati ayah ibu. Tapi... aku nak 'produk siap'. Jika diberi pilihan, Adam Johari mahu gadis yang sudah ditarbiahkan, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, akan memudahkan dan pasti membantunya dalam mewujudkan keluarga dakwah dia impi-impi selama ini.

"Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin. Ustaz faham maksud ana?" Itulah yang dia katakan pada murabbinya.

"Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang sudah pun berdiri di medan juang, bukannya sedang baru mahu bersiap. Kan?"

Adam Johari mengangguk.

"Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah Ferrari mewah dengan sebuah van terpakai, yang mana enta pilih?" tanya Ustaz Mujib.

Johari terdiam sebentar. "Sudah tentulah Ferrari mewah!"

"Sebab?"