Saturday, November 24, 2012

Antologi - Lamia Aimal

SOLD OUT

Sinopsis
Selamanya dia mengimpikan kebahagiaan, kasih sayang dan ketulusan. Saat dia mencipta keindahan; kesangsian dan keresahan mengusik hati kecilnya. Sekiranya itu satu dugaan, apakah dia harus merelakan dan akur pada kekecewaan? 

Namun dia terus menghimpun pasrah agar terhidang satu mimpi semanis madu daripada sejuta kepahitan. 


Nota - Ada 3 kisah dalam antologi ini:
Kemarau Berakhir
Milik Siapakah Gadis Ini
Bisikan Kecuaian

Doktor Cinta


SOLD OUT

Sinopsis
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Kuseru Rindu Itu


SOLD OUT


Sinopsis
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.


Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?

Aku Bukan Billy Milligan


SOLD OUT

Sinopsis
Dendam itu membuat dia sering gelisah

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Saturday, November 17, 2012

Curi-Curi Suka


SOLD OUT

Sinopsis

Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

Thursday, November 15, 2012

Sha & Shah

SOLD OUT

Sinopsis

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…

Hangatnya Cinta


SOLD OUT

Sinopsis

Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak.

Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia.

Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan.

Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.

Sunday, November 11, 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

SOLD OUT

Sinopsis
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
 “Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

Perempuan Lindungan Kaabah


SOLD OUT

Sinopsis

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Wednesday, November 7, 2012

Coklat (Yang Manis)


SOLD OUT

Sinopsis


Inikah cinta?
Untuk terbang tanpa sepasang sayap, melangkah tanpa sepasang kaki, meruntuhkan halangan satu per satu, lalu bersatu menggapai mimpi...
[i]

Kasihan Aliya, menjadi anak BUKAN kesayangan keluarga 
membuatnya terpaksa menguatkan hatinya. Apatah lagi, hatinya sering terluka dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun hidupnya berubah apabila Ariana, kakak kesayangan yang selama ini menjadi idola dan kebanggaan keluarga tiba-tiba berperangai aneh dan 
membingungkan Aliya. Si kakak yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.
Aliya Jaafar gadis manis yang gemar menulis ini sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul. Inilah punca Aliya marah pada Amirul, ditambah pula Si Koko, kucing Aliya yang hilang itu ada pula bersama dengan Amirul. Lalu Amirul telah dituduh sebagai pencuri kucing! Tapi... lama-kelamaan perseteruan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.
Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Cukupkah sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri, Amirul?

[ii]
Ah, aku tidak peduli! Cuma ada satu perkara sahaja yang aku peduli! Er... tiga perkara sebenarnya...
Amirul. Amirul. Amirul.
Amirul dalam kepala.
Amirul dalam hati.
Amirul dalam kenangan.

Cinderella Cinta



SOLD OUT

Sinopsis
Demi Tuhan aku cuma mahu mendapatkan kembali cintaku yang telah lama hilang. Aku cuma mahu melihat sayangku walau buat kali terakhir. Aku tidak mahu apa-apa lagi kecuali hakikat bahawa kasih kita akan bertaut kembali. Jangan tinggalkan aku dalam rindu yang tidak bertepian ini. Benarkan aku hilang di dalam keabadian cintamu dan restu yang membahagiakan kita selamanya.
Jika kau pergi, maka aku tidak akan dapat bernafas di dalam dunia yang kejam ini. Aku tidak akan mampu mengharungi hari demi hari yang menyakitkan ini. Hanya cintamu yang menjadikan aku tegar. Hanya engkau yang membuat mentariku berputar di atas paksinya. Hanya engkau...

Oh, My Bodyguard!


SOLD OUT

Sinopsis
Ivan Lee, lelaki dingin namun penuh karisma. Dalam karismanya, pemuda berketurunan Cina ini adalah bodyguard keluarga hartawan bernama Ahmad Ghazi. Pada masa yang sama dia juga seorang perisik rahsia tanpa pengetahuan majikannya. Hubungannya dengan Ain Qistina, puteri tunggal Ahmad Ghazi agak dingin lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan Dain Hakimi. Walau bagaimanapun, segalanya berubah sebaik sahaja berlakunya pelbagai peristiwa menarik di Shinjuku. Ivan Lee menyimpan rahsianya sendiri. Tujuannya cuma satu, ingin mencari kebenaran di sebalik kematian keluarganya sehingga membawa dirinya ke Jepun. Apakah sebenarnya yang berlaku di Shinjuku dan siapakah pembunuh keluarga Ivan Lee?

Bila Nak Saksi


SOLD OUT

Sinopsis

YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat.  Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni.  Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.