Friday, June 19, 2015

GIGOLO

 
SOLD OUT 
Prolog


DIA mengertap bibirnya rapat-rapat, separuh jiwanya hancur menjadi puing-puing yang tidak mampu untuk dicantumkan kembali. Absurd! Jiwanya tidak punya corak yang jelas, kabur dan bersimpang siur. Lelaki itu menarik tangannya. Dia membiarkan genggaman lelaki itu bertaut erat dengan sela jarinya. Dia inginkan sejalur kekuatan untuk sedikit bertahan dari rebah menyembah takdir. Dia ingin agar apa yang dilihatnya adalah satu mimpi yang kejam, dan bila ia sedar kembali lelaki yang dilihatnya itu akan tetap dengan keangkuhannya. Dia lebih suka begitu dari menemui kebenaran sepahit ini. “Kita balik.” Lelaki itu menarik tangannya, namun kakinya terasa terlalu longlai untuk berpijak. Dia benar-benar telah kehilangan kekuatan... Tubuhnya disambut lalu dipeluk dengan erat. Dia tidak lagi mampu untuk menangis kerana air matanya tidak lagi semurah dahulu. “Bawa saya pergi... bawalah ke mana pun asalkan saya takkan jumpa dia.” Lelaki itu memapahnya, membawanya ke kereta lalu ia beredar dengan laju meninggalkan banglo tersebut.

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN


SOLD OU
Sinopsis
Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahndanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...
" ... Dia bukan Puteri Lindungan Bulan, berdarah putih yang disorok di dalam lubang semata-mata untuk menyelamatkannya daripada menjadi isteri kepada Raja Siam. Dia bukan Puteri Zaleha Si Lindungan Bulan yang menjadi permata hati ayahandanya sehingga tidak sanggup hendak mengahwinkan anaknya itu. Teramat kasih sehingga tidak sanggup berpisah dari puteri tercinta. Tidak!
Dia bukan puteri yang sering disebut-sebut di dalam hikayat itu. Dia hanya puteri zaman moden yang tidak pernah gentar menempuh rintangan. ... "

Thursday, June 4, 2015

SELIMUT MALAM

SOLD OUT 
Sinopsis

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?