Tuesday, December 27, 2016

SATU AKAD SAHAJA


SOLD OUT
Satu Akad Sahaja
Sheisbell
(Sekuel novel terhangat Satu Malam Sahaja)

~Sneak Peek~
Bagai diseru, Wildan buka mata. Serta-merta, dunia beku di sekitarnya. Wajah si gadis bujur sirih ditatap, tak berkerlip. Matanya kehijau-hijauan. Pasti guna contact lenses. Tapi, renungannya menggoda. Dihiasi dengan tahi lalat kecil di hujung mata. Bagai menggesa pandangan nakal Wildan melekat, tak berganjak. Kalau itu tak cukup manis, seulas bibirnya kebasahan. Merah dan nampak segar. Juga ditemani sebutir tahi lalat hitam di atas bibir.
Sedetik itu, Wildan terpukau. Tak cukup dengan itu, ada suara yang menjemput rasa. Bertebaran dalam diri si Tuan Wildan. Tanpa disangka, Wildan telan air liur sendiri. Bagai kekeringan rasa. Meneguk kemanisan basahan bibir itu. Dan menjamah tahi lalat hitam sekaligus.
Wildan jilat bibir sendiri.

SEDINGIN EMBUN MALAM

SOLD OUT
Sedingin Embun Malam
Sheisbell

Sinopsis
"Iqbal, aku tak nak anak ni. Aku tak peduli. Aku tetap akan gugurkan anak ni." Jane bangkit berdiri. Dia kerasukkan.

Iqbal segera menerpa dan memaut kaki Jane. "Jangan Jane. Kasihanilah anak tak berdosa tu. Jangan bunuh dia. Dia tak bersalah, Jane."

Jane makin menggila. "Habis tu, kau tuduh aku yang salah. Kau tahu aku tak nak buat kerja gila tu. Kau yang goda aku. Kau yang sentuh aku. Kau...kau..." Jane menampar-nampar kepala Iqbal. Hantinya hancur. Sama sseperti masa depannya yang musnah.

Nasi sudah menjadi bubur. Namun, kemarahannya tak pernah padam. Kerana itu, hatinya kental. Sepicing pun bayi yang bru lahir itu tidak diintainya. Bahkan, bertahun-tahun dia tak terkilan bertanyakan khabar.

Lalu kenapa jiwanya bergetar mendengar tawa Yaya? Htinya terbuai melihat senyuman Yaya? Tubuhnya menggeletar berdepan dengan kesakitan Yaya?

Iqbal ambil kesempatan. Walau hati telah berubah arah, kenapa antara mereka masih ada 'spark'. Berbunga-bungalah taman hati da pisang akan berbuah dua kali?

Saturday, December 24, 2016

BERNAFAS BERSAMAMU



SOLD OUT
Bernafas Bersamamu
Xuanza

Sinopsis 
Raja Aidan Dzakirin dan Nadine Saffiyah. Kisah sadis perkahwinan mereka sudah lama berakhir dalam BERNAFAS TANPAMU. Pada dasarnya, mereka nampak bahagia. Namun, ada yang masih belum cukup buat Nadine.

“Apa lagi yang tak cukup, Nadine Saffiyah?” -Aidan“Apa lagi tak cukup?! How could you say that to me?” - Nadine“Sugar…” - Aidan“Don’t sugar me if you don’t mean it.”- Nadine

Apa sebenarnya yang Nadine mahu dan apa sebenarnya yang belum cukup ialah cahaya mata. Dia rasa dia tidak sempurna buat Aidan tanpa anak. Dan Nadine tak puas hati bila cadangannya untuk melaksanakan ‘Plan B’ ditolak Aidan.

“I don’t make love to you because I want a baby. I want a baby because I love you. Got it?” - Aidan

Namun, ianya tidak habis di situ. Nadine tertekan bila dapat tahu Leia sudah punya anak dan sudah bercerai dengan Irham. Lebih membuatkan dia insecure ialah anak Leia panggil Aidan papa.

“Abang pernah cakap kan? I’ll be fine as long as you’re with me. Abang dah cukup bahagia bila Fi ada di sisi. I don’t need anyone else. All I need is you. That’s enough for me.”- Aidan

Sumpah janji Aidan belum cukup buat Nadine. Dia mahu juga menjayakan ‘Plan B’.
Apa yang Nadine lakukan untuk ‘memaksa’ Aidan bersetuju dengan rancangannya? Dan adakah ianya berjaya seperti yang dirancang?

Friday, December 23, 2016

AKU YANG TERTEWAS


SOLD OUT
Aku Yang Tertewas
Hani Fazuha

Sinospsis
Bertahun lamanya, Elisa hampir lupa dia pernah jatuh cinta pada lelaki bernama Azam. Di depannya hari ini, hanya ada Tuan Luqman. Duda kematian isteri yang ada auranya tersendiri.

Saat hati Elisa kata dia mahu memilih Tuan Luqman, Azam muncul bersama sejuta kerumitan yang di dalamnya penuh harapan.

*Azam itu rupanya anak Tuan Luqman yang Elisa tak pernah tahu.

*Azam mahu leraikan persoalan yang membuatkan mereka terpisah.

Elisa jadi tersepit. Anak dan bapa, mana satu yang hatinya pilih? Anak yang pernah melukakan, atau bapa yang sentiasa memahami? Atau dia harus melupakan keduanya dan menerima Haqeem yang dipilih keluarga?


“Saya tak pernah menipu bila bercakap tentang cinta. Tapi, soal hati bukan boleh dibuat urus niaga untuk kita bercakap yang manis-manis saja.” – Tuan Luqman.


“I tak pernah tipu bila I kata tak pernah ada orang lain di hati I kecuali you.” – Azam


“Kalau abang cakap dengan Nek Wan abang setuju, Lisa akan jadi milik abang.” – Haqeem.


Siapa yang akan tertewas dalam pertembungan emosi dan perebutan seorang Elisa? Yang pasti, hanya seorang yang akan menang.


‘Jika meminta yang terbaik itu dia tidak layak, cukuplah sekadar yang boleh menyayangi sepenuh hati.’ - Elisa

Wednesday, December 21, 2016

LELAKI PILIHAN TERAKHIR

Lelaki Pilihan Terakhir
Hani Fazuha

SOLD OUT
Sinopsis
Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?

Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?
Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.


“She’s mine.”


“Aku peduli apa.”


Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara.


“Touch her and I’ll kill you.” Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa.


Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang.


“Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki.” Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi.


Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku?


Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?

TALL, DARK & LONELY 1 & 2.0


SOLD OUT
Tall, Dark & Lonely - Sheisbell & Justmine
Tall, Dark & Lonely - Sheisbell
(setiap naskah terdapt 2 kisah)
BACAAN DEWASA SAHAJA

MADNESS

SOLD OUT
Madness - Sheisbell

Sinopsis
Sebuah karya komedi romantik yang bermula dengan hidup Nadeera. Dia membuka restoran baru di kawasan baru. Tanpa tahu, kawasan itu milik gangster/samseng/mafia bernama Sazali.
Tapi Sazali bukan anak derhaka. Dia anak manja Wan Teja. Wanita yang berkuasa sebagai ketua gengster di Klang. So, bila Sazali bertembung dengan Nadeera, hati lelakinya bergetar. Jantung berdegup kencang. Fikiran melayang-layang. Yup! Sazali terpaut sayang.
Hidup semua orang jadi kacau-bilau sejak Sazali jatuh cinta. Mahu tak mahu, Nadeera mesti jadi isterinya juga. Macam mana agaknya ketua gengster Wan Teeja tu nak menghadap sembah membawa pinangan kalau dah terang-terang gadis itu tak berkenan.