Sunday, January 15, 2017

SATU MALAM SAHAJA

SOLD OUT
Satu Malam Sahaja
Sheisbell
(BACAAN DEWASA SAHAJA)


Sinopsis
Orang kata, bertuahlah seorang perempuan itu jika memiliki kecantikan semulajadi. Tapi, bukan kepada Hanna Awliya. Nasib malang sentiasa menghantuinya kerana rupa paras bak bidadari kayangan dengan potongan badan yang mengiurkan. Sehingga dia dicemburui perempuan lain dan digilai semua lelaki. Akibatnya, dia sering diberhentikan kerja dan dipandang serong oleh masyarakat.

Bekerja pula dengan Tuan Wildan Aekhtar, lelaki buaya darat yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Wildan Aekthar telah berkahwin cerai sebanyak 3 kali kerana masalah peribadi yang hanya diketahui bekas-bekas isterinya. Kerana masalah itu, dia memburu Hanna Awliya. Kerana sekali pandang gadis itu jiwa lelakinya bergelora. Nafsunya menggelegak. Badannya mengeras dan nafasnya menderu kencang. Lantas, dia jadi lelaki yang bernyawa semula. Lalu, dengan apa cara pun, dia mesti dapatkan Hanna Awliya juga. Kalau tidak seumur hidup, satu malam sahaja pun sudah cukup! 

“Saya bukan mahu awak layan saya. Saya mahu awak buat saya terangsang. Saya mahu awak puaskan nafsu batin saya.” Astaghfirullahirazim…Hanna beristighfar kuat. Gila! Psiko! Tikam sampai mati pun lebih baik. Tak sangka, di balik paras rupa yang macho dengan tubuh berketak-ketak itu, Tuan Wildan ternyata tidak siuman. “Saya nak berkahwin dengan awak.” “Lepas tu apa pula? Tuan akan ceraikan saya sama seperti isteri-isteri tuan yang sebelum tu.” Kemarahan Hanna membuak-buak. Proposal itu memang tak masuk akal. “Kan saya dah cakap, mereka tak boleh membangkitkan nafsu saya. Awak tak boleh tolak. Awak wajib jadi isteri saya.” Benar! Hanna terjatuh hukum kerana Tuan Wildan. Tapi Hanna tidak percaya. Wujudkah lelaki yang tidak ‘bernafsu’ apabila bersama perempuan? Bukankah rata-rata lelaki berkahwin lebih daripada seorang itu kerana nafsunya.

No comments: