Thursday, February 20, 2014

PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA


SOLD OUT
Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Acik Lana
1st edition cover page

Stok novel PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA karya Acik Lana kembali lagi di blog 2ndhandnovel. Hanya 1 naskah untuk dijual.

*UNTUK PEMBELI YANG BERMINAT SAHAJA!*

Friday, February 14, 2014

Jauh Di Sudut Hati

SOLD OUT
Sinopsis
"Mengapa hatiku terlalu angkuh untuk memberi kemaafan. Terlalu dalam rasa dendamku ini padanya meski bukan dia yang bersalah. Kasihku tumbuh untuknya. Cintaku mekar buatnya. Tetapi aku dikekang dendam dan azam yang ku tanam sejak lama dulu. Dia tidak layak untuk aku cintai...kerana dia yang telah menconteng arang ke muka insan yang paling aku sayangi..."

Wednesday, February 12, 2014

Dia...Mr. Model

SOLD OUT
Sinopsis
Dia serba sempurna. Dia punya segalanya. Dia... Mr model yang sentiasa menjaga penampilan. Siapa percaya, dia tak pernah jatuh cinta. – Azka Mikael

Dia serba sederhana. Dia tak punya apa-apa. Dia yang baru putus tunang hanya kerana memilih untuk bertudung. – Safa Salena

Mereka ditemukan secara kebetulan. Pada ketika Safa Salena diserang bekas tunang di tempat kerja, Azka Mikael menjadi penyelamat. Dan... cinta pandang pertama datang menjengah ke hati Mika.

“Mustahil. Habis tu wanita macam mana yang awak suka?” - Safa

“A woman like you!” - Mika.

Pernah putus tunang dan kesempurnaan Mika menjadikan Safa rasa rendah diri. Dia gadis biasa-biasa, mana mungkin menjadi pilihan si Model ‘Brazilian-look' seperti Mika.

"Tell me. What's going on, Safa? Atau... saya akan peluk awak kat sini!" - Mika

Tajam mata Safa memandang Mika. Berani pemuda itu ingin memeluknya.

"And I think you prefer a hug!" - Mika

Apa akan jadi bila Mika mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai model dan bekerja di bawah satu bumbung bersama Safa?

"Suka dengan imej baru saya?

"Wajah Safa merah membahang. Malu. Namun dia tetap mengangguk.

"Suka saya?" Angguk lagi.

"Sudi jadi isteri saya?" Masih lagi angguk. Namun tidak lama.

"Err... apa awak cakap Mika?"

“Awak dah setuju. So, tak boleh patah balik dah."

Gaun Cik Bos Tuxedo Mr. Secretary


SOLD OUT


Sinopsis
Adam terpaksa bekerja sebagai setiausaha kepada Khalisah yang tegas lagi cerewet kerana Adam sangat-sangat memerlukan pekerjaan. Khalisah selalu menyusahkan Adam tetapi, Adam tetap bersabar. Namun, had kesabaran manusia ada batasnya. 

“Kenapa cik bos selalu kenakan saya? Apa salah saya pada cik bos?”

“Suka hati sayalah! Awak, kan kuli saya.”

Aril, teman lelaki Khalisah kurang selesa denganAdam. Ada rahsia mengenai Adam yang disimpannya. Malah, ia itu turut bersangkut-paut dengan Danish, kanak-kanak kecil yang dijaga oleh Adam sejak bayi lagi. Bila Adam bakal berkahwin dengan orang lain,masihkah Khalisah tegar dengan egonya? Dan, apakah rahsia mengenai diri Adam itu?

“Apakah perasaan benci ni sebenarnya cinta? 

Hesy! Pada secretaryNot my class okay!”

Thursday, February 6, 2014

Cinta Itu Milikku


SOLD OUT

Sinopsis 

Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.

Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.

Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.

Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.

Wednesday, February 5, 2014

Resepi Dari Kubur


SOLD OUT

Sinopsis 

Setelah dia semakin hampir pada liang itu, dia mula loya! Terus dia menekup hidungnya. Di dalam liang itu, sekujur tubuh manusia yang telah reput (bertelanjang tidak langsung ditutupi pakaian), yang terbaring santai dipenuhi ulat-ulat dan cacing yang mungkin sedang kekenyangan memamah daging, jantung, hati, limpa, serta kedua biji mata dan setiap rongga tubuh itu.

Keadaan mayat itu amat menjijikkan, hampir seluruh daging dan organnya telah tiada. Yang kini telah mula menampakkan rangkanya. Tak lagi memperlihatkan wajahnya yang musnah dimamah ribuan ulat-ulat bangkai. Yang mungkin telah dua minggu dibiarkan mayatnya di situ. Yang kini telah pun mula menampakkan tulang-temulang dan tengkoraknya

Saturday, February 1, 2014