Showing posts with label roket kertas. Show all posts
Showing posts with label roket kertas. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Untuk Tiga Hari dan Tiga Hari Kemudian

SOLD OUT
Sinopsis Untuk 3 Hari

Lalu Diikat Janji Ini Atas Nama Cinta
Diikutkan juga kehendak famili dan persandingan dijalankan serentak
memang sengaja mereka memilih
hari, tarikh dan waktu yang sama
lalu, di hari persandingan itu
mereka dirantai kemelut yang menyeksakan
Betulkah apa yang mereka lakukan ini?
menurut kehendak famili masing-masing hanya kerana
tak mahu mengecewakan hati dan perasaan mereka.
Namun, mereka berjanji kahwin untuk tiga hari.
Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan.
Namun… tiga malam bersama pasangan masing-masing…
telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain.
Dan, apabila tiba hari yang ketiga itu,
bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai?
 

Sinopsis Tiga Hari Kemudian

Bercerai selepas tiga hari memang mudah. Berpura-pura tak bercerai yang payah.

Wednesday, August 6, 2014

Daun-daun Merimbun Bumi

SOLD OUT

Daun-daun merimbun bumi...
Menyelongkar khazanah samudera
Bersama Coral Zangief.
Merungkai Alam Misteri
Bersama Kus Spirit Boy.
Merungkai Rahsia Remaja
Bersama Yo! It's Me.

Wednesday, February 5, 2014

Resepi Dari Kubur


SOLD OUT

Sinopsis 

Setelah dia semakin hampir pada liang itu, dia mula loya! Terus dia menekup hidungnya. Di dalam liang itu, sekujur tubuh manusia yang telah reput (bertelanjang tidak langsung ditutupi pakaian), yang terbaring santai dipenuhi ulat-ulat dan cacing yang mungkin sedang kekenyangan memamah daging, jantung, hati, limpa, serta kedua biji mata dan setiap rongga tubuh itu.

Keadaan mayat itu amat menjijikkan, hampir seluruh daging dan organnya telah tiada. Yang kini telah mula menampakkan rangkanya. Tak lagi memperlihatkan wajahnya yang musnah dimamah ribuan ulat-ulat bangkai. Yang mungkin telah dua minggu dibiarkan mayatnya di situ. Yang kini telah pun mula menampakkan tulang-temulang dan tengkoraknya

Wednesday, April 17, 2013

Pilot Cafe


SOLD OUTPilot Cafe
Ahadiat Akashah


Sinopsis 


DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK

kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini...

Saturday, June 16, 2012

Untuk Tiga Hari




SOLD OUT

Sinopsis

Lalu diikat janji atas nama cinta. Diikutkan juga kehendak family dan persandingan dijalankan serentak. Memang sengaja mereka memilih hari, tarikh dan waktu yang sama lalu, dihari persandingan itu mereka dirantai kemelut yang menyesakan. Betulkah apa yang mereka lakukan ini? Menurut kehendak family masing-masing hanya kerana tak mahu mengecilkan hati dan perasaan mereka. Namun, mereka berjanji kawin hanya untuk tiga hari. Mereka berjanji untuk meminta cerai… tiga hari selepas hari persandingan. Namu … tiga malam bersama pasangan masing-masing… telah membawa mereka ke sebuah alam yang lain. Dan, apabila tiga hari ketiga itu, bagaimana untuk mereka menyuarakan hasrat untuk bercerai ?