Thursday, May 24, 2012

Dia Segalanya


SOLD OUT

Sinopsis
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….

Adam & Hawa


SOLD OUT

Sinopsis
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. 

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.

Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi... 

Thursday, May 10, 2012

Mahar Cinta Cinderella

SOLD OUT
Sinopsis

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu menyelamatkan jururawat pelatihnya dengan mneggunakan sepasang kasut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering menggelarnya 'Islam Celup'.

Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.

Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew gagal memurtadkannya. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?

Thursday, May 3, 2012

Bunga di Rimba


SOLD OUT
Sinopsis

Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin, tetapi menggembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang, tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah dirimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Pemergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu.

Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpikan. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tetapi takut meluahkan.

Nah, Untuk Awak!


SOLD OUT
Sinopsis

Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

Jula Juli Bintang Tujuh


SOLD OUT
Sinopsis

Jadilah seperti pasir yang hanya sebutir. Kecil, halus dan tenggelam hingga ke dasar. Tetapi pasir yang hanya sebutir ini tidak akan pernah hancur.

Kehidupannya penuh dengan kegembiraan. Impiannya untuk menjadi dayang di istana juga kesampaian apabila dia berjaya menempatkan diri di Kediaman Aris. Namun kehidupan di istana bukanlah semudah dan seindah yang diimpikannya. Entah kenapa, ada sahaja yang tidak kena.

Sehiris Bulan


SOLD OUT
Sinopsis

Hidup ini pelik, dan bahagia itu subjektif.
Sesetengah orang mentafsirkan bahagia letaknya pada cinta. Sesetengah pula bahagia itu adalah kemuncak kerjaya. Sesetengahnya pada membahagiakan keluarga.
Lili Julia, wartawan muda yang hatinya terpaut pada jejaka berjiwa seni, Adlan Huzairi. Malangnya pula lelaki itu berkongsi rasa dengan Zaira. Nota cinta Adlan Huzairi sentiasa menghujani hati Julia namun bagi Zaira, Julia itu bagai ahli sihir yang menghalang segala kehendak hatinya pada Adlan.
Hati, sebenarnya apa yang kau mahu?
Hati, sebenarnya masihkah engkau dihambat rindu?