Friday, May 30, 2014

Hadirnya Cinta

SOLD OUT
Sinopsis

Yasmin Nadilla suka melancong. Kali ini Pulau Santubong, Pulau Sejinjang menjadi destinasinya. Namun malang tidak berbau, Yasmin Nadilla telah diculik bersama seorang anak hartawan bernama Daniel Ezairy.
Sejak menjadi tahanan, Daniel Ezairy sudah mula tertarik dengan Yasmin Nadilla walaupun dia sudah ada kekasih bernama Sharifah Mastura. Yasmin Nadilla tidak memboleh menerima cinta Daniel Ezairy kerana dia sudah bertunang dengan Amran.
Pelbagai cara dilakukan untum menarik perhatian Yasmin Nadilla. Namun semuanya gagal. Yasmin Nadilla sedikit pun tidak ambil kisah tentang perasaan Daniel Ezairy. Dia betul-betul setia dengan tunannya dan tidak mungkin akan berpaling tadah.

Thursday, May 15, 2014

Bukan Klon Bukan Duplikat


SOLD OUT

Sinopsis

Wahida terperangkap di dalam cinta tiga segi yang tidak pernah terlintas akan dilaluinya. Apatah lagi setelah diri bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang amat dicintainya sejak zaman remaja. Dia terjerat di dalam lingkaran cinta kali kedua. Bukan itu yang dipinta, tetapi itulah yang terjadi...

Dia tidak berlaku curang sekiranya Zul Mirza setia padanya. Menggangapnya sebagai isteri dan ibu kepada Zuriatnya yang perlu dikasihi, Disayangi dan dilindungi. Dia sudah lama tidak diberikan peluang untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Zul Mirza menggangapnya tidak lebih sebagai perempuan simpanan. namun simpanan juga 'mulia' kerana khidmatnya sering diperlukan, namun sebagai isteri, sudah lebih tujuh tahun khidmat Wahida seolah-olah dilupakan dan haknya dinafikan.

Kehadiran Inspektor Julian yang persis wajah suaminya, mengembalikan kasih dan cinta Wahida yang telah pudar terhadap suaminya. Lelaki itu melimpahkan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada satu-satunya zuriat yang dipunyai. Lelaki itu juga mengajarnya membina keyakinan diri yang tinggi. Kemesraan di antara kedua-duanya membekas di dalam jiwa wanitanya lantas mengalir semula cinta yang telah mati.

Curangkah dia jika faktor menjadi isteri yang diabaikan itu diambil kira? Kejamkah dia andai di hatinya telah tertutup untuk cinta seorang suami? berdosakah jika menuntut fasakh itu menjadi sebahagian agenda masa depannya?

Semua jari menuding mencari kesilapannya. Kerana menegakkan haknya maka Wahida di pulau keluarga mertua. Kerana memelihara tali ukhwah, Wahida juga dinobatkan sebagai anak derhaka. Tiada siapa yang memihak kecuali Viktor, cinta hatinya. Oh! Dan Inspektor Julian juga. Wahida dihimpit dilema yang tidak berpenghujung, keresahannya juga tidak pernah menemui noktah. 

Thursday, May 1, 2014

Dari Mata Turun Ke Hati

SOLD OUT

Sinopsis
 
cinta itu bukan melemahkan tapi menguatkan 
cinta itu bukan menyedihkan tapi menggembirakan 
dan cinta itu bukan memiliki tapi membebaskan
Gara-gara takut keseorangan, Eshan telah menyahut cabaran abangnya, Ben yang mempermainkan dirinya. Dia dengan beraninya pergi meminta anak dara orang walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun! Dan disebabkan itu juga, dia segan untuk pulang ke kampung kerana takut terserempak dengan ‘tunangnya’.
Zaara pula punya cita-cita tinggi melangit. Hasrat di hati ingin jadi jutawan. Tapi SPM tak pernah lulus! Sudahlah begitu, disuruh pula berkahwin dengan orang yang ‘meminang’ dia dulu.
Sudah namanya jodoh, akhirnya Eshan dan Zaara berkahwin juga. Yang satu malu nak menyatakan sayang, yang satu pula konon tahu semua perkara. Apabila timbul salah sangka, mulalah yang seorang begitu dan seorang begini.
kerana cinta itu datang bersama tanggungjawab