Friday, April 12, 2019

KOMBO LOVE, ELSA & LOVE, ELSA II


SOLD OUT
Love, Elsa & Love, Elsa II
Acik Lana

Sinopsis
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. 
.Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia? .Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang!.Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani..Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada. “I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara

“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya.

MEMORI INARA

SOLD
Memori Inara
Sara Aisha

Sinopsis

“I’m your husband.”
Semuanya bermula dengan pengakuan itu. Aku tiba-tiba menjadi isteri kepada Gibran Lutfi, lelaki yang tidak pernah aku kenal seumur hidup aku. Kata mereka, kami pasangan pencinta sejati. Sanggup mempertaruhkan nyawa demi satu sama lain. Kegilaan apa ini? Aku cuma ada tunang. Dan tunang itu bukanlah seorang Gibran Lutfi. “Ara kehilangan memori empat tahun ini.” Hilang ingatan? Drama apa yang sedang mereka main? Aku tidak percaya! Tetapi sayang, itulah hakikatnya. Aku tidak ingat apa yang berlaku sejak empat tahun yang lalu. Kata mereka lagi, semuanya gara-gara sebuah kemalangan. Namun… Benarkah ada kemalangan yang berlaku? Kenapa aku seringkali dihantui mimpi-mimpi menakutkan? Kenapa aku seringkali mendengar suara-suara aneh? Dan juga, kenapa aku selalu nampak dia berlumuran dengan darah? “Aku nak kau mati.” - Dia “Darah dibayar dengan darah. Nyawa dibayar dengan nyawa.” - Gibran Semakin aku cari kebenaran, semakin aku buntu. Apatah lagi, bila hati mula berdetak aneh. Melihat lelaki itu sahaja, sudah mampu membuatkan aku senyum sendiri. “How do you feel?”“Macam orang kena kahwin paksa.”“Then, you will fall for me.”“Huh?”“Dalam drama kahwin paksa, hero-heroin selalu ended up jatuh cinta dan live happily ever after, kan?” Mampukah kami betul-betul live happily ever after, bila aku dikelilingi rahsia demi rahsia? Pembohongan demi pembohongan? Kata Gibran, demi melindungiku. Tetapi, daripada siapa? Apa yang sudah berlaku dalam empat tahun ini? Dan kenapa pula, ada tangan yang mahu mencabut nyawaku?

KOMBO KIRIMKAM RINDU & KIRIMKAN RINDU 2


SOLD
KOMBO LIMITED EDITION:
Kirimkan Rindu
Hani Fazuha

Sinopsis
Bertahun bercinta dan bertunang dengan Hadi, tiba-tiba dia perlu menjadi isteri Tuan Assad. Musibah apakah ini? Tapi demi diri sendiri, Khayra harus akur.

"Today is a day to remember, K." Tuan Assad

Bermula pada hari dia rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Namun, banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenarnya Tuan Assad? Kenapa lelaki itu berkeras mahukan dia sebagai isteri? Dan kenapa pula hubungan mereka perlu dirahsiakan?

"You tak nak jumpa keluarga I?" Aku ajukan soalan dan tanpa diduga, Tuan Assad geleng kepala. Maknanya, TAK MAHU! Telus sungguh jawapannya. Tak bolehkah dia berbohong memberi alasan untuk tidak melukakan?

Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ.

"Lelaki spesies Tuan Assad ni, sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi" - Wana

"Masalahnya bukan aku, tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka. Sebabnya, dia dah ada Suri." - Khayra

Siapa sebenarnya Maisuri yang disebut sebagai 'suri hati' Tuan Assad?

Perkahwinan ini, bukan kerana cinta. Tapi benarkah Khayra adalah mangsa untuk melampias sebuh dendam antara dua keluarga?