Wednesday, October 30, 2013

Di Penghujung Cintaku Adelia


SOLD OUT
Tajuk: Di Penghujung Cintaku Adelia
Penulis: Wan Rohayu

Sinopsis
Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci.  Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.

Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad.  Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?

Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?

Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama.

Saturday, October 26, 2013

Risik Sama Hati


SOLD OUT
Tajuk: Risik Sama Hati
Penulis: Amie Mohd

Sinopsis 
Kalau cinta sudah melekat, gula batu rasa coklat?
Saat mengenali Rizal Fahmi, Khaleeda tidak tahu apa istimewanya dia di mata Rizal. Dia cuma gadis biasa-biasa sahaja. Kerjaya pun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Rizal yang bakal menjadi pakar mata itu. Bukan dia tidak cuba mengelak. Namun makin ditepis, makin rapat Rizal datang menghimpit perasaan Khaleeda.

“Kan sekarang ni kita dah berkawan. Kalau I tak anggap you sebagai kawan takkanlah I berani keluar
dengan you hari ni.”

Namun lelaki bernama Rizal itu memang tak faham bahasa.

“I tahu you faham maksud I tu tapi you sengaja nak mengelak untuk jawab, kan? Untuk pengetahuan  you, I ni penyabar dan tidak kenal putus asa orangnya. I akan berusaha untuk tawan hati you. Percayalah, satu hari nanti you mesti jatuh ke tangan I.”

Dan takdir menentu segala. Memang masin mulut Rizal apabila dia berjaya memperisterikan Khaleeda. Siapa yang tidak bahagia andai mimpi yang disulam menjadi kenyataan? Namun di celah-celah kebahagiaan yang baru dibina itu, jauh di sudut hati Khaleeda tersisip satu perasaan hampa. Selama mengenali Rizal, tidak pernah sekali pun lelaki itu meluahkan rasa sayangnya kepada Khaleeda. Saat segala rahsia terhurai, Khaleeda kelu seribu bahasa. Rizal mengahwininya hanya untuk menyelamatkan perkahwinan kakaknya, bukannya mencintai Khaleeda sepenuh hati.

Thursday, October 24, 2013

Harga Sebuah Cinta


SOLD OUT
Tajuk: Harga Sebuah Cinta
Penulis: Hani Fazuha

Sinopsis 
KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

Wednesday, October 23, 2013

Kerana Mahalnya Syurga

*ada tandatangan penulis

SOLD OUT

Sinopsis 
Alex, seorang lelaki yang terlalu sayangkan keluarganya serta sanggup berkorban apa saja demi mereka.

Abangnya Raymond pula merupakan seorang lelaki yang liar. Namun siapa sangka pada satu malam kejadian yang menginsafkan, Raymond boleh terdetik untuk memeluk Islam hanya kerana seorang perempuan misteri yang muncul tiba-tiba dalam hidupnya. Perempuan itu adalah Umi Zafwa!
Gara-gara tindakan nekad Raymond berhijrah memeluk agama Islam, ayah mereka jatuh sakit dan menemui ajalnya tidak lama selepas itu. Nasib yang sama juga menimpa ibu mereka. Semua itu cukup untuk membuatkan Alex membenci abang kandungnya sendiri lebih-lebih lagi Umi Zafwa!

Sejak itu, Alex berubah menjadi seorang lelaki yang zalim. Dia mula menaruh dendam terhadap Umi Zafwa kerana baginya, Umi Zafwa lah yang menjadi punca keluarganya porak-peranda. Dalam keadaan yang memerangkap, Umi Zafwa akhirnya terpaksa menjadi isteri Alex kerana memang itu rancangan Alex yang mahu menyeksa hidupnya!

Dugaan datang bertimpa-timpa apabila Umi Zafwa yang baru selamat melahirkan, dengan rela hati menghumban dirinya sendiri ke dalam penjara atas nama pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Dengan berat hati, Umi Zafwa terpaksa melepaskan anaknya di bawah jagaan suaminya yang kejam!

“Abang... Umi harap abang dapat jaga anak kita dengan baik. Suapkanlah dia dengan ilmu agama supaya hidupnya terjamin. Paling penting, jangan biarkan masa depan anak kita ni hancur sebagaimana hancurnya hidup saya bang. Abang janji ya, bang. Janji pada saya untuk jaga anak kita baik-baik. Janji ya, bang. Inilah satu-satunya permintaan saya. Permintaan terakhir saya sebelum nyawa dan badan saya terpisah di tali gantung...” –Umi Zafwa

“Soal anak kau ni, kau tak payahlah nak ingatkan aku. Aku tahu lah nak ajar anak kesayangan kau ni dengan cara aku sendiri! Sebagaimana kau hancurkan kehidupan aku dan keluarga aku tak lama dulu, macam tu jugalah aku akan hancurkan hidup anak kesayangan kau ni!” -Alex

Apakah Alex akan mengotakan janjinya? Bagaimana pula dengan nasib Umi Zafwa sendiri? Sampai bilakah dia perlu terkurung di dalam penjara sempit itu?

Monday, October 21, 2013

DONIA


SOLD OUT

Sinopsis 
Nurlisa Rahmat, Seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia.


FOR SERIOUS BUYER ONLY!!
email: wahida_sarra@yahoo.com


TQ :)

Friday, October 18, 2013

Calon Menantu Mama


SOLD OUT

Sinopsis 
Puan Rafeah pening kepala. Anak terunanya hanya Ikmal, tetapi calon menantunya ada dua orang. Cempaka dan Alisa. Satu pilihan hatinya dan satu lagi pilihan Ikmal. Istikharah sudah dibuat, pertandingan ala-ala masterchef juga sudah dirancang, namun masih belum nampak calon menantu yang sesuai untuk dipinang.

Desakan Ikmal supaya memilih Alisa membuahkan simpati di jiwanya. Namun, pujukan Mak Su Endah agar dia segera meminang Cempaka menambahkan serabut di kepala. Takkan kedua-duanya sanggup bermadu! Bila Cempaka dan Alisa sedar mereka sedang diuji, masing-masing tersentak. Alisa yang menjadi pilihan kedua mula merajuk dan membawa diri. Cempaka pula tidak mahu dicop sebagai perigi mencari timba, mengambil keputusan menjauhkan diri.

Ikmal buntu. Puan Rafeah, ibunya... Alisa pula kekasih hatinya. Jika dia memilih Alisa, banyak hati yang terluka. Tetapi, jika Cempaka jadi suri hidupnya... dia dan Alisa pasti merana. Argh, terasa sukar hidup ini! Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah.

Saturday, October 12, 2013

My Precious Iris

SOLD OUT

Sinopsis 

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS

Kami Dah Kahwinlah!

SOLD OUT

Sinopsis 
“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah
Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.
Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?
Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.
“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar
“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie
Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!
“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka
“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan
Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!

Musuhku Suamiku


SOLD OUT

Sinopsis 
Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?

Wednesday, October 9, 2013

The Untold Story

SOLD
The Untold Story 
Farah Husain

Sinopsis 
Selepas ini kau akan jadi seperti kami. Makhluk malam yang digeruni manusia. Kau tidak akan dapat merasai kehangatan matahari lagi. Hidup kau akan sentiasa kedinginan. Teman kau hanya kegelapan dan kesunyian.? 

Ungkapan yang diucapkan beratus tahun dahulu rupanya bakal mengubah hidup Teja Aira. Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheretnya ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu Aira mengenali Aidan yang dingin bersama teman-temannya yang menggelarkan diri mereka Night Crawler. Melalui Night Crawler, Aira mengenali Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. 

Bagi Night Crawler, Shifter tidak ubah seperti binatang buas yang harus dihapuskan ataupun kehidupan manusia akan musnah. Bagi Shifter, mereka hanya mengikut naluri semulajadi mereka dan jika dihalang, mereka akan melawan semula. Dan bagi Custos pula, baik Shifter ataupun Night Crawler, kedua-duanya berhak hidup selagi peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar ataupun kedua-duanya akan dihapuskan.

Siapakah Night Crawler, Shifter dan Custos? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?

Tuesday, October 8, 2013

CENDERAWASIH & KESTURI


SOLD OUT Sinopsis Cenderawasih
Jika kau inginkan kesucian itu sebagai bukti cintaku padamu... aku telah lama tidak memilikinya. Telah lama hancur, telah lama lebur ditelan musim-musim duka. Aku juga tidak mengenangnya... ada serpih-serpih luka yang membekam, lalu mengalirlah darah hitam membukat, menjadikan aku ada waktu-waktunya hilang, tenggelan dalam lautan perasaan yang tidak berkesudahan. Aku yang wujud hari ini, adalah aku yang seadanya... Aku yang banyak kekurangan daripada kelebihan. Aku yang pada waktu-waktu tertentu, sendirian tak ingin berteman.....

Sinopsis Kesturi
Eisha... fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit... kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya...

Akrilik Atas Kanvas

SOLD OUT

Sinopsis

...realitinya, kita perlu tinggalkan sesuatu demi sesuatu...

Amanina, kehadirannya tidak pernah diingini. Di mata ayahnya, dia anak perempuan yang menyusahkan! Hidupnya kini hanya demi ibu dan adiknya. Setelah pemergian ibunya, dia hilang arah. Mujur ada lukisan, tarian dan sahabat yang sentiasa menjadi teman di sisi.

“Kenapa kau datang?”

“Nak tengok kau.”

“Tengok aku? Kenapa?”

“Aku tahu apa yang kau rasa, Nina. Kau tak sendirian… aku ada.”

Syahren, segala apa yang dilakukannya tak pernah memuaskan hati ibu bapanya. Ada sahaja yang tak kena. Lantas dia mencari tenang dengan muzik dan tarian.

“Cer... cerita kat aku, kau suka jenis yang macam mana?”

“Aku? Aku suka yang biasa aje, tak girly sangat. Sedap mata memandang. Lagi bagus, boleh menari... kalau boleh, seorang b-girl.”


Mereka mencari ketenangan dengan cara mereka sendiri. Namun, tenang yang dicari tidak disandarkan pada yang kekal. Bukan mudah untuk mereka berubah dan meninggalkan sesuatu yang telah bersemadi dalam diri sejak sekian lama. Bukan mudah melawan gejolak perasaan. Mereka perlu kuat. Mereka mesti nekad!

Jurutera Hati Saya


SOLD OUT

Sinopsis 
impianku hanya satu, jurutera hatiku
Melissa seorang gadis yang periang dan unik. Saat setiap gadis mengimpikan 1001 keistimewaan pada lelaki idaman, dia hanya inginkan seorang jurutera. Ya, seorang jurutera. Itu sahaja kelayakan yang perlu ada untuk memiliki hatinya.
Bahagiakah Melissa setelah bertemu dengan impiannya?
Jurutera A
i) Kacak bergaya;
ii) Keretanya pula warna jingga;
iii) Perangainya elok-elok sahaja;
iv) Ada Puan Besar yang ‘mengawal-selia’ hidupnya.

Jurutera B
i) Yang ini pun kacak juga;
ii) Keretanya warna perak, berkilat sepanjang masa;
iii) Perangainya? Susah nak ceritakan, bagaimana!
iv) Di sini pula ada Menteri Jodoh yang menguruskan segala-galanya.
Namun Melissa lupa tentang sesuatu. Dia terlupa bahawa jurutera juga seorang manusia biasa. Dan mereka bukannya sebuah ‘jentera’. Lalu, tentunya mereka boleh bikin Melissa sakit dada dan sakit kepala!

Wednesday, October 2, 2013

Kuli Rumah Untuk Dia

SOLD OUT

Sinopsis 
“Ini mata ikan, dan ini hidungnya!” –Minn

“Ini hidung?” –Syak

Melihat wajah cuak Syak merenung ikan di depan mata membuat Minn ketawa bagai nak gila!

Minn Alia, seorang gadis yang berasal daripada keluarga kaya telah bercadang untuk bekerja sebagai pembantu rumah, pekerjaan yang disangka sesenang mengopek kulit kacang! Menyamar dengan identiti orang gajinya sendiri iaitu Syaminah Kadir, Minn Alia membuat tipu helah mendapatkan kerja menjadi orang gaji di Vila Cahaya, rumah Tengku Arshad sekeluarga. Di Vila Cahaya, Minn Alia belajar menjadi orang gaji sebenar. Ada Kak Nur sebagai teman, Tengku Arshad majikan yang jarang dilihat, dan Syakirul Hafiz anak majikan yang berlagak hebat sehingga membuat Minn terpening sendiri!

Kadang-kadang tingkah Minn Alia membuat Syakirul bersyak wasangka…

“Masinnya awak goreng telur ni? Apesal hitam sangat?” –Syak

“Pasal saya letak kicap lebihlah. Kan ke Encik Syak suka letak kicap dalam telur?” –Minn

Orang gaji tak reti nak masak? Lalu bagaimanakah akhir kisah mereka berdua? Mampukah Minn Alia kekal berpura-pura menjadi pembantu rumah keluarga Tengku Arshad sedangkan perasaan cinta sudah mula bersemi antara mereka?

Saat identiti Minn Alia terbongkar, mampukah Syakirul memaafkan gadis yang telah mendapat tempat di hatinya?

“I was so wrong, I’m sorry. Minn Alia say sorry, is it okay?” soal Minn Alia sebak.

Kuli Rumah Untuk Dia, kisah si gadis troublemaker yang memeningkan kepala mencari kebahagiaan hakiki miliknya.

“Kalau dia cintakan Syaminah, kenapa dia tak dapat terima kau sebagai Minn Alia?” – Syuhada

“For God’s sake Syuh, he claimed for a better girl to be his wife! You knew that!” –Minn Alia

 “Aku bukan Ratu Balqish dan kau bukan Raja Sulaiman…. namun tetap takdir indah teratur agar kita bias mengutip cinta-cinta yang tersulam….”

Curi-Curi Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua.

Tuesday, October 1, 2013

Love You Mr Arrogant

SOLD OUT
Sinopsis 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Cintaku Bukan Murah

SOLD OUT
Sinopsis 
Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...

Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.

Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!