Saturday, March 23, 2013

Abah, Adik Nak Kahwin!

SOLD OUT
Abah, Adik Nak Kahwin!
Aireen Erina

Sinopsis 

RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

Skandalous Ika: Cinta Berani Mati


SOLD OUT
Skandalous Ika: Cinta Berani Mati
Haswida Abu Bakar


Sinopsis 

Hati perempuan mana yang tak cair kalau ada lelaki muda, kacak, berpendidikan tinggi dan kaya raya mengucapkan cinta. Siap mahu melamar lagi. Boleh senaraikan hantaran-hantaran kahwin yang dia mahu. 'Unlimited' bajet!

Tapi... bagaimana kalau lelaki itu suami orang?

Di Ruang Itu Ada Kamu


SOLD OUT
Di Ruang Itu Ada Kamu
Zulina

Sinopsis 


Sepuluh tahun di New York, dia benar-benar terasa bebas. Bebas daripada kongkongan keluarga dan hidup tanpa protokol. Dia cuma mahu menjadi Shahril Haidar yang biasa dan hidup dengan seadanya. Bukannya hidup dalam sangkar emas dan terkurung bak burung peliharaan. Bebas dalam erti kata yang sebenarnya. Namun seorang gadis yang dia ekori sejak di lapangan terbang telah membawanya kepada permulaan fasa baharu dalam hidupnya.
Hampir 28 tahun Adam mengikut sahaja segala kata-kata ayah. Jujurnya dia amat cemburu dengan Shah. Adiknya itu bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya, sedangkan dia tidak dapat membantah apa yang telah direncanakan untuknya. Ini kali pertama dalam sejarah hidupnya dia jatuh cinta pada seorang gadis. Gadis yang pada awalnya hanya untuk dijadikan umpan. Salahkah kalau dia mahu menggapai bahagia?
Sebagai gadis idaman Shah dan Adam, Amy perlu membuat pilihan. Yang dia pasti, dia mahu yang terbaik untuk mengisi ruang hatinya.

***

Tuesday, March 19, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami


SOLD OUT
Pelangi Cinta Buat Suami
Acik Lana

Sinopsis 

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

Lelaki Eksklusif




SOLD OUT
BUKU BARU
Tajuk: Lelaki Ekslusif
Penulis: Wan Awilya Rayqal

Sinopsis

NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah  dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos ni.”
“Nora, saya serius ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Cinta Bersaiz XXL

SOLD OUT

Sinopsis


“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

Saturday, March 16, 2013

Kau Yang Pertama dan Terakhir



SOLD OUT

Sinopsis 

“HEI betina! Berambus kau dari rumah aku ni. Keluar kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Betina sial!!!”

Bermula dari peristiwa malang itu, Maimun membawa diri bersama anaknya, Zairin Elina yang ketika itu berusia setahun. Nasib malang berakhir apabila dia ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Datuk Syeikh Mustapha.

Namun, nasibnya selalu dirundung malang apabila sekali lagi dia dan anaknya dihalau keluar oleh ibu Datuk Syeikh Mustapha tanpa pengetahuan sesiapa pun. Peristiwa yang menyembunyikan pelbagai cerita yang tersembunyi.

Setelah 20 tahun berlalu, pertemuan kembali telah menyebabkan Datuk Syeikh Mustapha mengambil keputusan yang besar. Perkahwinan yang diatur? Ya! Kerana ingin menebus kesilapan dan dosa keluarga Datuk Syeikh Mustapha kepada arwah Maimun, dia dan isterinya, Datin Syarifah Zaharah mengambil keputusan menjodohkan anaknya, Syeikh Azri Sufian dengan Zairin Elina.

“Saya tak kata yang saya tak suka. Kita kenal pun belum lagi. Macam mana saya nak kata suka atau tak?”- Zairin Elina

“Habis tu... kau dah suka dengan akulah ni?”- Syeikh Azri Sufian

“Saya tak kata pun yang saya sukakan encik.”- Zairin Elina

“Apa yang kau melalut ni, hah perempuan? Sekejap kata suka... sekejap kata tak suka. Kau ni dah gila, ya?”- Syeikh Azri Sufian

Tika cahaya bahagia mula menerbitkan sinarnya, fitnah daripada kekasih Syeikh Azri Sufian telah menggugat kebahagiaan yang dibina. Rahsia yang selama ini terpendam telah melukakan hati Zairin Elina. Rupa-rupanya selama ini, keluarga Datuk Syeikh Mustapha tidak jujur kepada dia. Mereka menolong semuanya kerana bersebab!

Mampukah dia melupakan dan memaafkan mereka atas segala yang telah terjadi kepada arwah ibunya? Apakah bahagia itu akan tetap menjadi miliknya? Bisakah dia mencintai dan memiliki lelaki yang pertama dan terakhir bertakhta dalam hatinya?

“Mungkin pada sayang, cinta abang ini dusta belaka. Tapi percayalah sayang, abang nyatakan ini setulus jiwa.”

Dekat Padamu





SOLD OUT
Sinopsis 

Perkahwinan yang pincang, mungkinkah mampu dipulihkan kembali?

Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – Iskandar

Bagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

‘Ika tak dapat terima abang.’ – Syafiqa

Namun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa.

‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa

‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar

Anak Teruna Makcik Rahimah


SOLD OUT
BUKU BARU
Tajuk: Anak Teruna Makcik Rahimah
Penulis: Sakeena
Sinopsis 

Pertemuan pertama mereka sungguh ‘indah’, dihiasi dengan corak dan perisa kopi. Sejak itu, Ain Zahra sentiasa dihantui ‘kopi’ walau ke mana dia pergi. Lebih teruk lagi selang seminggu, pasti dia akan bertemu dengan Encik Kopi. Dia pening kepala.
Entah kebetulan atau apa, jodoh yang diterimanya di Tanah Suci juga membawa Ain Zahra kepada Encik Kopinya. Tak pernah dia terfikir yang anak teruna Makcik Rahimah tu rupa-rupanya Encik Kopi! Kalaulah dia tahu....
Namun, kerana mulut sudah berjanji, hatinya terpaksa reda. Ketika dia mula menerima semula hadirnya seorang lelaki dalam hidup, lelaki itu hilang. Hatinya benar-benar takut. Haruskah dia menghadapinya sekali lagi?

Wednesday, March 13, 2013

Manisnya Cinta

SOLD OUT

Sinopsis 

APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?
Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!
Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?
Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?
Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini. 

Disebalik Wajah

SOLD OUT

Sinopsis 

Sofia, gadis manis berkelulusan dari universiti di luar negara. Sejak kecil lagi cita-citanya hanya satu-membahagiakan hati ibu. Justeru, sebaik pulang ke tanah air, bukan kerja yang dicarinya tetapi saudara kandungannya yang hilang sejak kesian lama.  Itu janjinya walaupun dia sedar janji yang dipegang bukan mudah untuk dikatakan. Namun, hatinya nekad mencuba meskipun orang-orang sekeliling sudah lama mengalah.

Sayangku Casper

SOLD OUT

Sinopsis 
Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si 'granny', Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat 'daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagian dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.

Kod Michelangelo


SOLD OUT

Sinopsis 
Pembunuhan misteri ketua pengawas arkid, Arturo S. Eduardo di dalam Arkid Rahsia Vatican telah membongkar rahsia yang tersimpan selama 1,200 tahun. Persoalan timbul apabila si mati adalah pengikut The Cathay, iaitu satu kumpulan pergerakan medival dengan fahaman mereka yang percaya bahawa penyaliban Jesus adalah satu penipuan besar yang sengaja direka oleh Kristian Katolik.

Seorang wartawan terkenal The Daily Telegraph, Jesicca Keith ditugaskan untuk membongkar misteri pembunuhan tersebut. Sewaktu bertemu dengan Profesor Sheikh Hamza Yunus Cairel diseminarnya di Universiti London, satu kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku dalam perjalanan pulang. Mereka menjadi buruan pihak polis apabila satu lagi pembunuhan berlaku dirumahnya di Hampstead.

Gereja cuba menutup kes pembunuhan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka. Namun, tiada rahsia yang kekal rahsia. Rahsia lain pula yang terkuak setelah kod-kod rahsia dalam lukisan siling Michealangelo di Gereja Kecil Sistine berjaya ditemui oleh pencinta seni amatur, Jacob Walmer. Tetapi ia bukanlah penemuan yang mahu didengari oeh dunia. Lebih-lebih lagi pihak gereja yang mahu rahsia itu dihapuskan buat selama-lamanya, sebelum ia terpahat sebagai sejarah hitam dalam dunia Kristian modem.

Apakah kaitan sebenar Sheikh Hamza dalam tragedi pembunuhan ini? Bagaimana pula percubaan Jacob dalam menyelesaikan misteri yang masih belum dapat diselesaikan itu? Dapatkah juga Jesicca mendedahkan kepada dunia tentangperkara sebenar yang disembunyikan dalam agamanya?

Bunga Syurga


SOLD OUT

Sinopsis 

Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau.

Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila.

Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan.

Siapakah Riffki yang sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?

Monday, March 11, 2013

Cinta Pertama & ...Lewat Musim Itu


SOLD OUT


Cinta Pertama 
Sinopsis
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?



...Lewat Musim Itu
Sinopsis  
Jiwa perempuannya telah lama kering. Dikecewakan, kehilangan, tanggungjawab menjadikan hati saljunya tega dengan setiap dugaan yang datang. Perlukan diratap sebuah kehilangan? Lama mana harus dia bersedih? Jawapan itu hanya ada padanya. Hanya dia yang mampu menentukan di mana letak duduk diri.

Saturday, March 9, 2013

Pengantin Ekspress



SOLD OUT
**BUKU BARU
Tajuk: Pengantin Ekspress
Penulis: Pitteriah Abdullah


Sinopsis 
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Semerah Red Velvet


SOLD OUT
**BUKU BARU
Tajuk: Semerah Red Velvet
Penulis: Hezzy Azra

Sinopsis 
Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?

Sedetik Asmara


SOLD OUT
Sedetik Asmara
Sarnia Yahya

Sinopsis 

Kegagalan tidak bermakna hidupnya berakhir.

Perkahwinan yang berlandaskan janji itu tidak dapat dipertahankan meskipun hati Reza dan Amylia mula berputik kasih. Mereka terpaksa akur dengan janji yang telah dipersetujui. Amylia tidak mahu dicop sebagai perampas biarpun perkara itulah yang ingin dia lakukan. Dia cuba membina kehidupan barunya di sebuah daerah asing untuk memadam segala rasa yang telah melukai hatinya. Cuba dipahat bahawa Allah sentiasa ada bersamanya. Tidak mahu terlalu obses dengan cinta yang sia-sia. Biarlah jodoh datang sendiri dan bukan dia yang mencari. Dan benarkah jodoh itu berada di hadapan matanya...?

Mazeed, seorang lelaki yang dikagumi. Seorang ketua yang amat disenangi. Namun tiada rasa untuk lelaki yang akhirnya rapat dengannya.

“Ibu saya ada telefon awak?”
“Ya. Pagi tadi. Dia ajak saya bermalam di rumah encik sebab encik dan ayah encik nak ke Bota.”
“Ya. Boleh ke?”
“Encik Mazeed benarkan ke?”

Amylia pula tidak menyangka, kebaikan Puan Khalida, ibu Mazeed, ada maknanya. Keikhlasan wanita itu membuat dia kerap rindu akan ibunya yang tidak dapat bertemu muka setelah berpisah dengan ayahnya bertahun-tahun lamanya. Tidak disangka yang wanita itu punya misinya sendiri. Berjayakah misi Puan Khalida untuk menyatukan Mazeed dan Amylia? Duda sama janda, apa salah jatuh cinta? Sedetik asmara... sehingga ke syurgakah?


Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu



SOLD OUT
**BUKU BARU
Tajuk: Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu
Penulis: Sara Aisha


Sinopsis 

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

One Day You'll Be Mine


SOLD OUT
**BUKU BARU
Tajuk: One Day You'll Be Mine
Penulis: Inawza Yusof
Sinopsis

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!
Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.
“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”
Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!
“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”
Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.
“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”