Thursday, March 21, 2019

PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA



SOLD OUT

Perempuan Yang Paling Aku Cinta 
Acik Lana
(CETAKAN EDISI TERHAD)


Sinopsis
Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.
Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.
Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu. 

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.

MR HOT DADDY

SOLD OUT
Mr Hot Daddy
Mum Linz

Blurb:
Doktor duda vs Cleaner muda
Cinta mereka buat dunia jadi panas dingin

Amanda Aisyah~ Bibirnya kata benci.
"Doktor jangan cakap ayat pengasih dengan saya. Saya tak minat orang tua!"

Ilham Wazir~ Daddy hot yang perasan muda.
"Cik Amanda Aisyah, Awak tahu tak apa orang tua ni mampu buat. Jangan cabar saya!"

Ilham Tidak pernah membayangkan gadis cantik yang tidak setaraf itu berjaya mencuri hatinya. Saban hari hatinya diuji, sepinya diladeni oleh kehadiran gadis itu yang menjadi tukang cuci hatinya. Dan hati sepi manakah yang mampu bertahan?

"Oh pleaselah doktor, jangan perasan boleh tak? segak memang segak, tapi NOT MY TASTE!

CINTA UNTUK MR HERO

SOLD
Cinta Untuk Mr Hero
Diya Jamal

Sinopsis
Kerana satu insiden, Zalya nekad untuk mendekati Nazif walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Nazif menafikan, Zalya mula menghantar pesanan WhatsApp ala-ala stalker hampir setiap hari.

‘Bila awak nak sambut?’ – Zalya

‘Sambut apa?’ -Nazif

‘Sambut salam cinta kasih sayang daripada saya. Cia cia cia…’ – Zalya

Tidak cukup dengan serangan WhatsApp, Zalya sanggup menghentam kereta lelaki itu demi mencipta kebetulan. Kemik kereta lelaki itu dikerjakannya. Namun tindakan luar alamnya itu hanya mengundang kemarahan dan kebimbangan Nazif.

“Hurm… saya tahu kenapa awak risau sangat dengan saya. Saya rasa awak dah jatuh ni.” – Zalya

“Jatuh apa?” – Nazif

“Jatuh cinta dengan saya.” – Zalya

Jatuh cinta? Mahu Nazif tidak terkejut apabila bertemu gadis seperti Zalya. Tahap keyakinan gadis itu lain macam. Malah, suka-suka hati mahu tahu sama ada hatinya sudah terpikat ataupun tidak. Namun kehadiran Zalya sedikit sebanyak mengusik jiwanya. Tanpa sedar, cinta datang mengetuk pintu hati.

Saat bahagia mula terasa, kebenaran yang tak disangka-sangka terbongkar di depan mata. Zalya rasa tertipu dan dikhianati. Rupa-rupanya ada rahsia yang tersimpan rapi.

“Maafkan saya, Zalya.” – Nazif

“Maaf? Awak tahu tak apa yang paling saya benci dalam hidup saya? Pe-ni-pu! Orang macam awaklah yang paling saya benci sekali! Awak sedar tak betapa besarnya pembohongan awak? Awak fikir senang-senang aje saya boleh maafkan?” – Zalya.

“Saya tak berniat untuk tipu awak, Zalya.” – Nazif

“Habis, kenapa tak berterus terang dari awal? Kenapa awak diamkan aje? Kalau saya tahu, saya tak payah kahwin dengan awak. Saya tak payah rasa terseksa sebab kena tipu hidup-hidup begini!” – Zalya

Mampukah Zalya terus mencintai Mr. Heronya seikhlas hati?