Saturday, November 19, 2016

LELAKI SEHEBAT DIA


SOLD OUT
Lelaki Sehebat Dia
Sutra De'Wangi
(bonus sekuel Belahan 2 Jiwa - Sheisbell)

Sinopsis
Dah muka tak seindah bidadara, reda ajalah. TT tiba-tiba kata nak sambung belajar dan pergi macam tu saja.

Hati terpaling pada kaunter pertanyaan merangkap kaunter pengaduan a.k.a Keen. Mula-mula, tanya, lepas tu mengadu. Lepas tu jatuh suka.

Tapi, tak mudah nak dapatkan Keen juga rupa-rupaya. Perempuan tu macam berpagar halimunan di sekelilingnya. Ada IQ yang dah tentunya couple dengan Keen sejak sekian lama. Ada Izzul patah yang tiba-tiba mengaum jadi sado menuntut hak. Ada kisah-kisah di taska yang menjadi penentu hala tuju kisah cinta pelik mereka.

Peliklah, sebab Keen betul-betul jatuh cinta pada Baim hanya selepas Baim lafazkan ijab dan kabul.

Kahwin paksa? Taklah!
Cerai paksa? Mungkin kot?

Mari kita lihat siapa yang kena.

Tuesday, November 1, 2016

MERAH CINTA DIA

SOLD OUT
Sinopsis 

Nikah kahwin bukan perkara main-main. Dan Riana serius bila dia kata sudah bersedia menerima Arif sebagai imamnya. “Kalau nak nikah senyap-senyap, kena nikah kat Siam.” Arif menduga. “Okey! saya tak kisah.” Mudah Riana bersetuju. Arif berfikir sejenak. Riana ni betul-betul atau saja nak main-main? “Tapi kalau nikah senyap-senyap pun, saya tak nak pandang aje. Dah sah, mesti nak sentuh-sentuh.” Arif angkat-angkat kening. Yang sebenarnya, Arif ragu-ragu dengan keihklasan Riana dan keraguan itulah yang membuka jalan kehancuran. Belum sampai sebulan bergelar suami isteri, Arif tiba-tiba menghilang. Riana tidak tahu di mana silapnya sedangkan sebelumnya mereka baik-baik saja. 

“Empat tahun Arif. Kalau pokok pun, dah lama mati tanpa air.” - Riana. 

“Kita masih suami isteri, kalau itu yang awak ragukan.” - Arif. 

Empat tahun, setelah ditemukan kembali, Riana sudah menjadi 'orang baru' dan Riana yang baru itu buat hidup Arif haru biru. Dia sanggup tidur tak beralas hanya kerana mahu sebumbung dengan Riana. Dia sanggup saja kalau jarinya putus tersepit pintu hanya kerana Riana. Tapi bila Riana mula belajar memaafkan, ada pula yang menyentap hati. Kadangkala, yang melukakan itulah yang sentiasa menjadi pilihan utama.

CIK MARGINA

SOLD OUT
Sinopsis

Cik Mar-Gi-Na Kassim Baba!
Tak suka la Margina bila dipanggil dengan nama tersebut. Har anak Pak Ngah ingat, ini cerita filem P.Ramlee? Jadi bila usul hendak menjodohkan dirinya dengan sepupu tirinya itu datang, Margina putuskan menolak lamaran tersebut.
“You tunggu lamaran siapa sebenarnya, Cik Mar-Gi-Na? Kassim Baba? Atau Ali Baba?” - Har anak Pak Ngah.
“I tunggu lamaran ketua 39 penyamun.” - Margina.
Gigih Margina membina perisai menangkis serangan jodoh tersebut. Namun bila sebab sebenar Margina dilamar terbongkar, Margina relakan juga dirinya disunting.
“Lamaran Har hari tu masih sah atau dah luput?” - Margina
“Lamaran I tak pernah ada tarikh luput. Tak ada bahan pengawet dan pewarna. Lamaran I asli.” - Har anak Pak Ngah
Jawapan poyo! Margina membayangkan hidupnya pasti poyo selepas ini. Mana tahu Har anak Pak Ngah mengajarnya makna cemburu.
“Margina mogok masak sebab cemburu. Jadi malam ni cuma ada ikan masin dengan sup sayur.” - Margina
“Margina cemburukan siapa?” - Har anak Pak Ngah
“Lia. Tengahari tadi Har habiskan masa lama dengan Lia.” - Margina
Belum selesai isu Lia, muncul pula Aisya. Aisya janda berhias, merangkap bekas calon isteri Har anak Pak Ngah suatu ketika dahulu.
“Aisya tak terfikir nak kahwin semula?” - Har anak Pak Ngah
“Hasrat tu ada, tapi mesti Har yang jadi calon suami Aisya.” - Aisya.
Margina nak jadi wonder woman! Sekali Margina hembus, Lia dengan Aisya hilang terus dari radar hidup Har anak Pak Ngah.
Oh, Margina lupa. Margina cuma marhaen tanpa kuasa sakti. Sepuluh kali hembus pun, Lia dan Aisya tak bergerak. Kalau sudah begitu, bagaimana lagi Margina mahu bertahan? Lebih-lebih lagi Har anak Pak Ngah itu, hatinya sulit dan persendirian.
Doakan bendera putih Margina tak sempat berkibar.

SELIMUT MALAM


SOLD OUT
 SELIMUT MALAM (EDISI TERHAD)
HANI FAZUHA
Sinopsis

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?