Monday, April 16, 2018

SERI DEWI MALAM

SOLD OUT
Seri Dewi Malam
Affifudin Haji Omar

Sinopsis
"Seri Dewi Malam", lagu yang mencantumkan dua hati. Namun, percintaan selalu menempuh onak duri, geloranya melampaui perancangan manusia. Saat manisnya bercinta, ada pahit maung yang menuba. Itulah kisah Aziz dengan Rohana, cinta terpenggal di pertengahan jalan. Mereka terpisah jauh, merentas benua dan lautan. Apa pun, hidup perlu diteruskan. Kegagalan dalam cinta, bukan penyebab kegagalan semuanya. Ia penguat semangat dan tekad menuju kejayaan. Cinta yang suci, sepatutnya bertakhta di hati. Harumnya sampai bila-bila. Akan tetapi, masih adakah cinta, ketika musim berlalu, tahun berganti, dan masa telah mengubati segala-galanya? Seri Dewi Malam ... untuk mereka yang sedang bercinta.

Monday, April 9, 2018

RAGE RAGE RAGE

RAGE RAGE RAGE
Harga: RM25.00

Sinopsis
Koleksi tulisan amarah oleh penulis-penulis tersohor DuBook Press.

Di cetak sebanyak 1,500 sahaja. Dan tak akan diulang cetak.

GARIS: Antologi Lukis + Tulis

SOLD
GARIS: Antologi Lukis + Tulis

Sinopsis
A limited-edition book of drawings and writings by 11 Malaysian artists/writers. Made in conjunction with UNESCO Malaysia Day 2015.

Kumpulan Cerpen URBAN

SOLD
Kumpulan Cerpen URBAN
Azrin Fauzi

Sinopsis
URBAN ialah edisi terhad yang diinspirasi oleh roh 16 kota di Malaysia. Ada cerpen yang realis, ada yang minimalis, ada yang futuris, dan ada yang akan membuat kita kata “cis”

Sunday, April 8, 2018

RAFAEL: ISTERI SATU MALAM

SOLD OUT
RAFAEL: Isteri Satu Malam
Hash Aulia

Sinopsis
I tak suka benda remeh temeh. - Rafael

Benda remeh temeh tu, maksud you macam mana? - Dhuha

For example is you, Dhuha Sofea. - Rafael

Dhuha Sofea tersentak. Tak pernah terjangka sebaris ayat itu akan terlantun daripada bibir seorang lelaki yang bergelar suami. Suami yang pernah menyayanginya. Yang pernah mengungkapkan kata cinta. Namun, itu dulu.

Malangnya sekarang, Ku Rafael sudah berubah. Sejak malam di mana tubuhnya diratah lalu ditinggalkan sehelai sepinggang. Lelaki itu mula menghilangkan diri. Menyepi bertahun-tahun lamanya.

I kahwin dengan you hanya kerana tubuh you. But it's not worth it. Nothing special about you. - Rafael

Kata-kata itu, menghantui malamnya saban hari. Fikirnya, cerita cinta mereka akan berakhir pada malam itu. Namun, siapa sangka, takdir menemukan mereka kembali di bumi Malaysia. Dhuha hilang bicara. Ku Rafael kembali menghantuinya.

You're my wife, Dhuha. Remember that. - Rafael

Masih di panggil isteri ke kalau tanggungjawab you ke laut? - Dhuha

You nak I bertanggungjawab sekarang? Tak ada masalah. Nafkah zahir atau batin? Your choice. - Rafael

Dan bila namanya Ku Rafael, mana pernah dia pedulikan perasaan Dhuha Sofea. Apa yang dia tahu, si gadis adalah hak miliknya yang mutlak. Dulu, kini dan selamanya.

Bagi Dhuha Sofea pula. Sebaris nama itu, sering mengorek kembali luka lama. Tak mampu dia memaafkan apatah lagi melupakan. Dan jika cinta itu ada sekalipun, ia bukan milikmu lagi. Titik!

JIBRAEL: YOU"RE... MINE!

SOLD OUT
JIBRAEL: You're...Mine!
Suci Hidayat

Sinopsis
KU JIBRAEL KU JALEEL, lelaki jelmaan hero novel yang menjadi dambaan jiwa setiap perempuan. Sempurna luar dan dalam, sangat penyayang dan terlalu menyukai bayi dan kanak-kanak.
Tapi, itu dulu. Lelaki itu berubah 360 darjah apabila satu-satunya wanita yang terlalu dicintai, yang dipilih untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya, meninggalkannya begitu sahaja. Malah kelelakian JIBRAEL tercabar apabila ditinggalkan di dalam majlis pernikahannya sendiri.
Hormatnya pada perempuan, lenyap. Perempuan menjadi makhluk yang sangat dibenci. Seorang demi seorang perempuan menjadi mangsa dendamnya. Ditabur manisan cinta, diragut kehormatan mereka, lalu perempuan-perempuan itu ditinggalkan begitu sahaja.
Namun, keinginan untuk memiliki zuriat sendiri tidak pernah padam. Keinginan itulah yang menemukan Jibrael dengan Dara Adalia.
“Aku nak kau tahu yang aku tak perlukan cinta. Aku takkan cintakan kau. Dan kau jangan cuba-cuba untuk jatuh cinta dengan aku. Aku hanya mahukan anak benih aku sendiri. Dan aku pilih kau, untuk lahirkan anak aku. Itu fungsi kau di sini. Sebaik sahaja kau lahirkan anak aku, tugas kau selesai. Dan kau boleh pergi sebaik sahaja aku lafazkan talak.” – Ku Jibrael.
Kerana tertipu, terdesak dan terjerat, Dara terpaksa bersetuju, rela dan akur.
Dara jatuh cinta kepada Jibrael sebaik sahaja termeterai ikatan halal di antara mereka. Dan rasa cinta itu semakin mekar disetiap sentuhan meskipun Jibrael berulang kali mengingatkan bahawa perasaan cinta diharamkan sama sekali di dalam perkahwinan mereka.
Bagaikan banduan yang menunggu detik kematian di tali gantung, begitulah takutnya Dara menghitung detik melahirkan anak yang dikandungnya. Kerana bersama dengan kelahiran zuriat itu nanti, akan ternoktah jua hubungan di antara dirinya dengan Jibrael dan memisahkan dia dari darah dagingnya yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari.
“Tugas saya dah selesai. Saya dah bersedia untuk diceraikan. Saya berjanji tak akan tuntut apa-apa lagi dan takkan sesekali mengaku bahawa sayalah yang perempuan yang melahirkan Ku Jaziel bin Ku Jibrael.” – Dara Adalia.
Apakah takdir Tuhan Yang Maha Penyayang itu sekejam perancangan Jibrael?

QIDRAN: ONE NIGHT STAND

SOLD OUT
QIDRAN: One Nght Stand
Hana (HE)

Sinopsis
Bad boy TERMASYHUR, itu gelarannya sewaktu di kolej. Arak, perempuan dan kelab adalah 'sahabat karib'nya. Qidran leka dengan syurga dunia. Malah, gadis yang turut tidak bersalah juga menjadi mangsa. Diragut daranya lalu ditinggalkan tanpa khabar berita. Kejam? Lantaklah apa orang nak kata, dia langsung tidak peduli. Bagi Qidran, sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kelab itu sama sahaja. Tidak ada seorang pun yang hatinya suci.
'The first thing you need to know, perempuan bertudung tak dibenarkan masuk ke kelab malam. Five minutes to think, girl. Kalau tak, aku anggap kau tak berminat.' - Qidran
Takdir Allah menemukan Yara Hasna dan Ku Qidran dengan cara begitu. Namun terlalu kejam rasanya buat Yara pabila lelaki yang dia percayai akan membantunya sanggup merosakkan dirinya. Ditinggalkan dengan hanya sehelai nota ringkas yang cukup menyakitkan hati buat Yara nyaris rebah. Namun dia kuatkan semangat untuk meniti kehidupannya yang mendatang.
'Thanks for last night. I'm impressed! Tak sangka aku adalah lelaki yang pertama sentuh kau.' - Qidran
Yara terhenyak. Beribu duka telah melelahkan kehidupannya hingga akhirnya Yara kembali melihat sinar bahagia. Yara dikutip bagaikan permata oleh Ku Qaiyum dan Ku Ameena. Malangnya sinar itu kembali malap saat pulangnya Qidran kembali dari bumi Scotland. Qidran memang tidak mengenali, namun Yara tidak pernah sesekali memadamkan raut wajah yang pernah membuatkan dia benci. Malah, Yara kesal kerana sikap lelaki itu sama sahaja seperti tujuh tahun yang lalu. Langsung tidak berubah.
Apakah yang akan berlaku terhadap Yara selepas pertemuan kali kedua mereka? Adakah Qidran akan insaf dengan perbuatannya sendiri?

Segah nama yang diberi, Ku Qidran bin Ku Qaiyum. Jadi tidak hairan kalau Qidran selalu saja menjadi tumpuan wanita. Kekacakan wajahnya digunakan untuk membuatkan wanita tersungkur. Malang sekali bila anugerah Allah S.W.T itu digunakan pada jalan yang salah.

Thursday, April 5, 2018

ASSISTANT TUAN MENTERI

SOLD OUT
Assistant Tuan Menteri
Sera Elya

Sinopsis
“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina

Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.

Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.

Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.

Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.

Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan

Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf
selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?

Tuesday, April 3, 2018

KOMBO SASTERAWAN: Anak Belantara & Sutera Dalam Lukisan

SOLD OUT
Anak Belantara
Azizi Abdullah

Sinopsis
Batang-batang balak yang bergelimpangan berculang-caling - dirasanya seperti satu petaka menimpa penduduk Uma Bawang - umpama mayat-mayat mereka yang bergelimpangan. Jeritan gergaji yang memotong pokok, dirasanya seperti memotong kaki penduduk Uma Bawang.

"Anak aku sudah mati. Semua orang kata dia ditimpa balak kerana tidak berhati-hati memasang jerat. Tapi adakah pokok itu yang tumbang atau ditumbangkan? Dalam sejarah Uma Bawang, tidak ada yang mati kerana ditimpa pokok!"

***********************************

Sutera Dalam Lukisan
Abd. Talib Hasan

Sinopsis
Dia kecundang, gara-gara ibunya dibunuh bapa tiri. Kenangan pahit itu telah meracun fikirannya sehingga dia menjadi sasau. Hidupnya menjadi cemuhan, tersingkir bagai kain nan buruk. Dia meraba-raba dalam kesiangan, mencari permata untuk menerani semula sisa hidupnya. Di dalam peka dia alpa, di dalam lupa dia sedar. Adila hadir di dalam suram, menitip setitis tinta di dalam suratan hidupnya. Tinta emas itu mula mencorak bahagia...