Saturday, January 23, 2016

BELAHAN 2 JIWA

SOLD OUT
BELAHAN 2 JIWA (HARD COVER)
KARYA SHEISBELL & JIE KHALIL

SINOPSIS
Nour Aien – mangsa keadaan yang sering dirundung malang. Kepayahan hidup mengajar jiwanya menjadi kental. Meredah apa jua badai yang melanda.

Rushdan – lelaki ego berjiwa keras, perilaku ganas dan mulut celupar. Bertindak terburu-buru dan menyesal kemudian. Secocok namanya, Rush…semuanya cepat dan pantas, tiada istilah berlengah

Takdir mereka sudah termaktub sejak azali. Mereka bertemu dan berpisah tanpa sezarah rasa cinta. Anehnya, pabila pertembungan berlaku lagi, Rushdan menghempap Nour Aien dengan kesalahan yang tidak pernah tercatur pun. Terhumban ke kanca benci dan amarah yang tak bersempadan, Nour Aien cekalkan hati demi sebelah jiwanya yang dibawa pergi.

Terkurung dalam loteng istana yang penuh berdawai besi, Nour Aien menghadam setiap maki hamun Rushdan yang serba tak kena. Benarlah kata orang, kalau sudah disumbat minda sendiri dengan persepsi keji, sampai bila-bila pun asyik mengeji sajalah. Sudah hilang segala kebaikan di dunia ini. Begitulah Rushdan.

Sukarnya mengubah seketul minda yang sempit. Apatah lagi, membibitkan rasa cinta dalam sekeping hati yang tidak berjiwa. Mampukah Nour Aien melentur hati itu agar mendakap dua jiwa yang terpisah?

Thursday, January 21, 2016

TANGKAP MUAT PUNYA FASAL


SOLD OUT
Sinopsis

“Awak…tunggu saya balik.” Kata-kata itu yang dipegang Naazneen Sofiah selama dua bulan. Setelah melalui pelbagai dugaan dan cacian, dia cekalkan hati menjejak Arayn Arfan di kota besar Kuala Lumpur. Walaupun terpaksa merentasi Laut China Selatan buat pertama kalinya.
Arayn Arfan tidak menduga perempuan cantik yang berambut panjang itu sebenarnya gila. Kalaulah Naazneen seorang yang waras, takkanlah semudah itu dia mendakwa Arayn sebagai suaminya. Apatah lagi, apabila Naazneen menyatakan bahawa perkahwinan itu adalah atas dasar cinta pandang pertama.
Gila! Arayn bukan jenis lelaki yang tangkap muat semata-mata kerana tergila-gilakan seorang perempuan. Tidak! Inikan pula perempuan yang tidak pernah pernah ditemuinya seumur hidup itu.
“Kenapa awak datang cari saya?” Arayn keliru.
“Saya rindukan awak,” ulang Naazneen, tanpa mempedulikan tenungan mata Arayn yang terkejut dengan pengakuannya.
“Awak suruh saya tunggu. Saya tunggu, tunggu dan tunggu…tapi awak tak balik-balik.” Dada jadi sebak.
“Awak janji awak takkan lama, tapi dua bulan itu cukup lama buat saya.” Sendu digenggam kuat.
“Awak janji seumur hidup awak cintakan saya. Tapi dua bulan awak pergi, awak dah lupakan saya.” Air mata tumpah jua.
“Awak janji…” Bicara terhenti. Untuk apa mengulang janji sedangkan lelaki yang berjanji itu tidak peduli.

Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka? Kalau benarlah mereka jatuh cinta pada pandang pertama dan bukannya kerana tangkap muat punya fasal, adakah peluang untuk mereka jatuh cinta untuk kali ke dua, ke tiga dan seterusnya?
Ini kisah paling sweet, manis, indah dan panas
Tapi AWASSS!!!
Ini juga kisah paling sebak, pilu, geram dan tragis

Friday, January 15, 2016

ABANG PAILANG KE?

SOLD OUT
Sinopsis

“Gila!” bentak Shafika
“Mana panggilan Abang?” rungut Haris pula.
“Abang Pailang!” Shafika bengang.
“Aku dah ajak kau mandi sama-sama kau pulak kata tak nak. Bak sini jari tu.” Haris terus menyentap tangan Shafika. Itu cara Haris, beromantik. Haris terus menghisap jari telunjuk kanan Shafika yang tercedera. Haris hisap darah Shafika macam drakula pulak. Nakal! Haris mengecilkan anak mata.

“Sakit lagi?” Soal Haris. Shafika diam dan memandang tempat lain lagi. Tidak semena-mena Haris terus mendakap tubuh Shafika. Kalau Haris boleh, kenapa tidak dia? Dia pun ada hak jugak nak buat macam tu. Tanpa segan silu bibir Haris terus berlabuh pada leher Shafika. Lalu Shafika...ehem ehem.

Apa yang Shafika boleh buat? Suaminya si Abang Pailang. Walau hati berbunga cinta, Shafika tidak rela selagi Haris tidak berubah. 5 tahun dalam penjara, Haris tetap sama. Dia diburu dua kongsi gelap paling berkuasa. Dikehendaki pihak polis sebagai penjenayah berbahaya. Tapi, Haris...dia tiada apa-apa... harta, identiti dan ingatan pun jua. Dia hanya ada cinta seorang isteri yang egonya melangit tinggi.

Semua ni sial! Aku tak sejahat tu. Aku bukan seperti apa yang disangkakan. Aku bukan pailang!

Keras Haris menafikan. Bagaimana harus Haris lakukan lagi? Kembali meringkok di penjara demi membuktikan cintanya?
“Abang nak pergi mana?”
“Pergi Jahanam!”
Puiii! Apa yang bakal Haris lakukan saat ingatannya datang kembali? Ikuti kisah thriller paling hangat, sensasi dan menggetarkan jiwa ini.

Sunday, January 3, 2016

SELIMUT MALAM



SOLD OUT
Sinopsis

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?