Tuesday, November 21, 2017

THE UNTOLD STORY

SOLD OUT
The Untold Story
Farah Husain

Sinopsis 

Selepas ini kau akan jadi seperti kami. Makhluk malam yang digeruni manusia. Kau tidak akan dapat merasai kehangatan matahari lagi. Hidup kau akan sentiasa kedinginan. Teman kau hanya kegelapan dan kesunyian.

Ungkapan yang diucapkan beratus tahun dahulu rupanya bakal mengubah hidup Teja Aira. Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheretnya ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu Aira mengenali Aidan yang dingin bersama teman-temannya yang menggelarkan diri mereka Night Crawler. Melalui Night Crawler, Aira mengenali Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan.

Bagi Night Crawler, Shifter tidak ubah seperti binatang buas yang harus dihapuskan ataupun kehidupan manusia akan musnah. Bagi Shifter, mereka hanya mengikut naluri semulajadi mereka dan jika dihalang, mereka akan melawan semula. Dan bagi Custos pula, baik Shifter ataupun Night Crawler, kedua-duanya berhak hidup selagi peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar ataupun kedua-duanya akan dihapuskan.

Siapakah Night Crawler, Shifter dan Custos? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini? 

KERNA SYURGA BUKAN PERCUMA

SOLD OUT
Kerna Syurga Bukan Percuma
Najmi Fetih

Sinopsis

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.

“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.

“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah.

Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.

“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari.

Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dasa that makes the poison. Pain – changes people.

“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai. 

Monday, November 13, 2017

BEAST & THE BEAUTY

SOLD OUT
Beast & The Beauty 
Rehan Makhtar
(LIMITED EDITION, ISTIMEWA bertandatangan penulis)


Blurp... 
Manusia akan rasa rimas bila dikongkong. Tapi, tidak pada Sufi. Dia rela. Rasa selasa dan selamat setelah apa yang terjadi sedekad yang lalu. Memori pahit yang cuba ditelan. Biarpun kini, ayah, mama dan Abang Johan mahu dia beranikan diri hadapi dunia, dia tetap menolak. Hingga satu hari, lelaki itu muncul di depannya. Kacak, segak, tenang dan misteri. 
“Nak jawapan jujur ke tipu?” - Juliana Sufia“Jawapan yang awak rasa senang nak bagitahu.” - Benjamin“Jujurnya, dia orang tak suka saya…” – Juliana Sufia“Tak apalah. Janji saya suka awak, rasanya itu dah cukup kot…” – Benjamin
Benjamin buat dia berani berlari mengikut kemahuan hati demi cinta lelaki itu padanya. Sufi tersenyum bahagia sedangkan Benjamin sedang sarat mengusung duka angkara dosa yang tak pernah lelah menjejaki.Kerana ujian itu muncul pada saat dia berjanji untuk buat Sufi bahagia, Benjamin benar-benar perlu memilih dan yang menjadi pilihan adalah sesuatu yang buatkan hati sendiri lebur. 
“Perasaan saya pada awak, adalah satu kesilapan…” – Benjamin
Di mana silapnya? Itu yang menjadi persoalan. Sakit sekarang, lebih perit daripada sakit yang dulu biarpun tiada darah yang mengalir. Sufi nekad untuk tinggalkan segalanya di belakang tapi mana mampu dia pergi bila dia tahu sebabnya Benjamin menjauh. 
Yang lalu, biar saja berlalu. Itu yang mereka paterikan bersama. Namun sayang… yang diharapkan sukar menjadi kenyataan. Benjamin sekali lagi menyelamatkan nyawanya. Kini, nafas Benjamin di hujung helaan.
“Maaf, Sufi… terpaksa tinggalkan awak lagi sekali. Maafkan saya sebab pernah muncul sebagai seekor binatang ganas dalam hidup awak…” - BenjaminSufi sekali lagi perlu menelan hakikat yang tak ubah seperti bara api. “Awak okey?” - Juliana Sufia“Ada Sufi di sisi, tak okey pun jadi okey…” – Benjamin
Benjamin kembali? Tak. Itu hanya mimpinya. Bila dia buka mata, tiada Benjamin di sisi. Lelaki itu pergi bersama janji yang masih gagah dia usung untuk selamanya.

AKU LELAKIMU


SOLD OUT
AKU LELAKIMU
Sara Aisha

Sinopsis
"I'm the only PhD in serial murder." - Ted Bundy "You could smell the blood." - Richard RamirezMembaca pengakuan daripada pembunuh bersiri terkenal dunia sudah cukup menggerunkan. Tetapi, bagaimana kalau anda yang jadi sasaran?Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatkan Tihani Rose sudah terlalu lali dengan mayat dan pembunuhan. Namun satu panggilan pada malam itu, mengubah segala-galanya. "Tihani Rose, suara kau memang manis." Dia diselamatkan oleh seorang lelaki yang langsung tidak dijangka-jangka. Lelaki yang pernah menghentak jantungnya dengan pengakuan... "I am obsessed with serial killers." Kemunculan Alexander Aryan bukan sekadar itu. Datangnya membawa memori silam dua belas tahun lalu. Katanya, mahu menjaga dan melindungi. Tetapi, benarkah dia sekadar seorang pelindung? "Izinkan I ambil mood musim luruh ni, izinkan I guna keberanian yang tiba-tiba muncul ni, untuk luahkan apa yang ada dalam hati I." - Tihani Rose "Tia, don't do this. You're hurting yourself." - Alexander AryanBila seorang demi seorang remaja perempuan dibunuh, Tihani akhirnya mengetahui kebenarannya. Mereka semua dijadikan bahan latihan sebelum White Killer mendapatkan dia. "You shall be my masterpiece, Tihani Rose." - White KillerTetapi White Killer tersilap besar. Tihani Rose tidak akan semudah itu menyerah. Untuk setiap titis air mata yang mengalir, setiap titis darah yang menitik dan setiap penderitaan yang dia tanggung, Tihani akan melawan semula. "Kau nakkan nyawa aku? Baik. Bring it on. Malam ini, hanya akan ada salah seorang daripada kita yang selamat." - Tihani RoseCabaran akhirnya dilempar. Mereka sudah sama-sama jadi gila. Dan Alex semakin terdesak! Mampukah dia jadi sang penyelamat? Atau dia perlu membebaskan kegilaannya sendiri? Kerana sesungguhnya, dia juga bukan manusia biasa.