Monday, June 30, 2014

Assyida

SOLD OUT
Sinopsis
 
 Kerana satu pengorbanan, dirinya terpaksa menjeruk rasa,. Dia berada di persimpangan antara wasiat, cita-cita dan mahligai bahagia yang diimpikannya. Pengorbanan suci itu menyiksakan hingga dia mula sangsi apakah mungkin wasiat itu mampu ditunaikan.

Lamaran Kedua

SOLD OUT
Sinopsis 

Tatkala rindu sudah sampai ke penghujung, impian berkocak duka. Kasih yang berlorek indah kiranya hanya seperti pelangi senja... satu, satu pergi dan hilang.

KOMBO 3 NOVEL: Serasi Di Hati, Awekku Kembar & Bisikan Namaku


SOLD OUT
KOMBO 3 NOVEL: 
Serasi Di Hati - Nora Ismail
Awekku Kembar - Siti Rozilah
Bisikan Namaku - Muna Mahira

Sunday, June 29, 2014

Takkan Berhenti Mencintaimu

SOLD OUT

Sinopsis
Entah di mana silapnya, dia menjadi seorang isteri sedang sekeping hati kecil sudah bersumpah untuk mencintai orang lain.

Silapkah sebuah perkahwinan sehingga bunga-bunga asmara tidak pernah berkembang indah? Silapkah terlalu mencintai sehingga benci menjadi kelopaknya? Silapkah jatuh cinta sehingga haruman yang mengindahkan itu menjadi racun nan berbisa?

Malam-malam kian sepi dan semakin sepi, dihambat persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Namun lelaki itu tidak akan berdiam diri. Dia akan melakukan segala-galanya untuk memiliki hatinya…

Dan aku, Puteri Chaira Cleopatra, takkan mahu menjadi Cleopatra yang sepi tanpa Caesarku. Kerana aku takkan pernah mencintamu...

Tuesday, June 24, 2014

Kombo 15 buah novel termasuk Perempuan Yang Paling Aku Cinta (Limited Edition)


SOLD OUT
Jualan kombo 15 buah novel/buku termasuk novel edisi terhad Perempuan Yang Paling Aku Cinta. Senarai novel/buku adalah seperti berikut:

  1. Athirah - Mohd Hizam Haji Ali
  2. Biar Mereka Tahu - Raden Puteri
  3. Cinta Semalam - Abdul Talib Hassan
  4. Ketupat Cinta - Faisal Tehrani
  5. La Adri - Zahiruddin Zabidi 
  6. Lembayung Senja - Syafiq Syafira *kompilasi 3 cerita
  7. Lewat Musim Itu - Norhayati Berahim
  8. Luka-luka Semalam - Dr. Azizah Johor
  9. Paradoks - Affifudin Omar
  10. Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana *2nd cover
  11. Saga - Abdul Talib Mohd Hassan
  12. Saya Mujahid Bukan Pengganas - Muhammad B. Anggoro
  13. Sayap-sayap Tanarebt - Ismail MJ  
  14. Takagi Sayang - Nor Erny Othman
  15. Vehaen: Satu Cerita - Ainul Farihah

Wednesday, June 18, 2014

Serasi Di Hati


SOLD OUT 
Sinopsis 

Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. Tidak ada rasa sayang, tidak rasa kasih... bahkan Zarul tah Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah peraaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarulmahupun Edrinaz sedar, meraka sama-sama serasi dihati.

Friday, June 13, 2014

5 Karya Zuraidah Othman


SOLD OUT
::Karya Zuraidah Othman::

Rindu Terus Berbunga
Kasih Seimbas Pandang
Ikhlas, Konon!
Rindu Berdetik Lagi
Irama Di Persisiran

Wednesday, June 4, 2014

HANYA KAU YANG SATU


SOLD OUT
Sinopsis 

Kehadiranmu merubah seluruh hidupku yang selama ini begitu sunyi dan suram. Kau mengenalkan aku pada erti cinta sejati. Kau mengajarku betapa sucinya sebuah ikatan antara Adam dan Hawa. Kau jualah yang mewarnakan hidupku dan mencorakkan jalur-jalur bahagia. Padamu... kuserahkan segalanya. Semoga dikau yang pertama akan menjadi yang terakhir... satu-satunya dalam hidupku... yang sama-sama menuju ke syurgawi yang abadi.

Tuesday, June 3, 2014

Si Kolot Suamiku

SOLD OUT

Sinopsis

“Nama kau Kudin ya?”
“Apasal kau gelak?”
“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Anugerah Terindah

SOLD OUT

Sinopsis

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.
Sekian.
I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab?  Ariana… Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah  Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

Kumpulan Cerpen 40


SOLD OUT
Tajuk: Kumpulan Cerpen 40 (EDISI TERHAD)
Penulis: Arif Zulkifli