Saturday, June 29, 2013

Suami Ekspres

SOLD OUT

Sinopsis
Bila cinta bertemu, bicara menjadi kaku. Cukuplah hati kita yang bersatu demi DIA yang satu.
“Eh, wait Adriana… Awak bakal isteri saya!!!” - FARIS
“Hah, apa?!” – ADRIANA
FARIS AR RAYYAN - Pensyarah muda yang dididik dengan ilmu agama dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita di sekelilingnya. Dia dilamar sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.
ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang ceria dan positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis yang biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu dengan suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usianya.
Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.
“ Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” – FARIS
“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata
Pencipta.” - ADRIANA
Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?

Thursday, June 27, 2013

Nak Kahwin Duit Tak Ada


SOLD OUT

Sinopsis

Saiful Ammar telah mengenali Hanis Amirah sejak empat tahun yang lalu. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dengan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, Ammar seakan ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dan meminta untuk menangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Setiap hari Hanis Amirah mendesak Ammar untuk segera berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya.
Pertemuan Ammar dengan Ramadhan dan Pak Hashim memberi peluang kepada pemuda itu untuk bekerja di kedai runcit. Setelah memperoleh gaji yang pertama, Ammar merasakan gajinya tak mencukupi jika dia mahu segera menyunting Hanis Amirah sebagai isterinya. Maka dia mencari kerja sampingan yang lain pada sebelah malam.
Tanpa disangka, Saiful Ammar mula terjebak dengan masalah pergeseran antara dua kongsi gelap. Kegopohannya melakukan kerja lebih di waktu malam tanpa usul periksa menyebabkan dia diburu oleh kumpulan kongsi gelap yang dipimpin Bob.

Mr. Pai Epal


SOLD OUT

Sinopsis

Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya. Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!

Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh.

“Cik Yaya sayang? Ooo... Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – IZZ AMIR

“Gila!” – YAYA

“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” – IZZ AMIR
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka bersatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.

Namun musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita menjadi pengganti dan aku mengusir namanya yang pernah bermukim dalam kotak hati. Namun hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhannya. Mata dia, benar-benar menawan seluruh jiwa dan raga.

“Ya, saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa, Yaya. Please. Please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR

“Aku benci kau, Izz Amir! Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” – YAYA

Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya dalam jiwa ini? Mengapa?

Rahsia Hati


SOLD OUT

Sinopsis

Jika itu dugaan untukku, aku pasrah. Aku akan tempuhi semuanya dengan reda. Akan aku lindungi orang yang aku sayangi.

“Dalam usia muda, dia memegang jawatan Pengarah Urusan Global Bersatu. Dia juga merupakan nadi penggerak Global Bersatu sehingga Global Bersatu tersenarai sebagai antara sepuluh syarikat gergasi yang berjaya dan setaraf dengan syarikat gergasi lain di dunia. Dania juga pernah jadi cover majalah Dewan Perniagaan. Kau tahu tak majalah tu hanya akan menyiarkan berita tentang usahawan yang berjaya di Malaysia?”

TENGKU DANIA DAHLIA – Sebut sahaja namanya, semua akan terpegun. Kekayaannya menjadi sebutan. Keayuannya digilai sang jejaka. Namun dia menyimpan sebuah rahsia. Rahsia yang membuka kepada sebuah pintu kedukaan...

Setelah kepergian mama dan papanya dalam nahas yang dirancang, TENGKU DANIA DAHLIA bertekad habis-habisan melindungi satu-satunya adiknya, Tengku Daniel Darius.

“Papa... Mama... Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.”

Demi menjaga status, TENGKU DANIA DAHLIA ditunangkan tanpa rela oleh atuknya dengan HAIRI AZWAN. Bagai buku bertemu ruas, mereka sama-sama keras kepala, sama-sama angkuh.

“Perempuan macam kau tak layak menjadi isteri aku. Dasar perempuan pisau cukur. Kau hanya nak kikis harta aku. Aku benci perempuan macam kau.” - HAIRI AZWAN\

“Aiii... Jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku banyak lagi. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih.” - TENGKU DANIA DAHLIA

Tapi orang kata, jangan terlalu membenci nanti lama-lama... jadi sayang. Ya. Akhirnya itulah yang berlaku!
Walau malu mengaku, mereka sebenarnya sama-sama sayang. Dalam diam-diam, ketegasan dan sikap terlalu melindungi TENGKU DANIA DAHLIA, si wanita korporat yang pandai bertumbuk meleburkan hati batu HAIRI AZWAN, si kaki perempuan. 

Tapi kenapa TENGKU DANIA DAHLIA seolah-olah jual mahal? Apakah rahsia di sebalik penolakan lamaran HAIRI AZWAN? Apa benar benci yang dipamerkan? Atau hanya sekadar benci... tapi sayang?

Aduhai, Bos Bertuah


SOLD OUT

Sinopsis

Berkahwin dengan bekas tunang? Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Namun, entah kenapa Dian tidak mampu berkata tidak kepada arahan ayah dan ibunya. 

Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari gara-gara dipaksa berkahwin. Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar hendak menuju gerbang perkahwinan! 
Siapa kata kahwin tanpa cinta tak bahagia? Zamil dan Dian menjadi pasangan yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta, tiba-tiba jarum pengaitnya hilang. Zamil jadi sasau apabila isterinya pergi tanpa sepatah kata. 


Cinta tetap cinta… berpisah bukan bermakna kasih telah hilang. Dian tersepit antara cinta Danish yang tidak pernah padam dan kasih Zamil yang tiada berpenghujung. Peluang hanya sekali datang bertamu. Bagaimana dia hendak memilih, andai dia tidak memiliki hatinya sendiri?

Sunday, June 23, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!


SOLD OUT

Sinopsis

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Saturday, June 22, 2013

Quartet


SOLD OUT


Sinopsis
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah 
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh; 
dan salju pula jadi cair dipanah mentari 
lalu berguguran dihembus bayu luruh.

Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, 
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, 
takkan bersinar indah bintang-bintang 
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka. 

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.

Bisikan Kata Hati

SOLD OUT

Sinopsis 
Kemalangan jalan raya yang meragut nyawa tunang tercinta telah menghumban Aiman Syakiri ke lembah sepi. Angan-angan dan impian yang dicoret bersama hancur dalam sekelip mata. Kosong dan gelap dirasakan hidupnya tanpa kehadiran wanita tercinta itu. Laila Marlisa pula datang dengan linangan air mata yang mengalir lesu dipipinya menidakkan rasa hati yang tercoret dalam diarinya di hadapan kakaknya di saat segalanya sudah terlambat.

“Laila cintakan you… I ha… harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.”  ~Laili Nurlisa.

“Diari tu tak betul kak long… kak ngah tipu aje...”  ~Laila Marlisa.

Ternyata aturan ALLAH itu lebih dari segala-galanya. Ikatan perkahwinan dan mahligai yang dibina langsung tidak memberi apa-apa makna di hati Aiman Syakiri, lantas Laila Marlisa bertindak pergi membawa diri. Perginya membawa cinta yang sejak sekian lama sudah mekar di laman hati. Pergi demi kebaikan semua.

“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!… berhambus kau dari hidup aku!”  ~ Aiman Syakiri.

Perlanggaran di hadapan balai ketibaan antarabangsa KLIA telah menemukan semula kedua-dua insan itu selepas empat tahun segalanya berlalu. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. Ada rasa yang mula berdetak di hati Aiman Syakiri. Ada kenangan yang mula mekar di jiwa Laila Marlisa. Rasa benci yang sudah dipupuk sejak sekian lama, sedikit-demi sedikit mula meluntur.

Tapi siapa pula Emelda? Siapa Amir Idzham dan Hakim? Akan adakah sinar bahagia buat dua hati ini? Akan berlalukah perit yang selama ini membelenggu relung hati Laila Marlisa?

Akukah Juwita?

SOLD OUT

Sinopsis 
Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.

Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.

Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.

Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?

“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”

Thursday, June 20, 2013

My Precious Iris



SOLD OUT

Sinopsis 

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS

Teduhan Kasih


SOLD OUT

Sinopsis 
"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Kekasih Upahan


SOLD OUT

Sinopsis 
Jantina perempuan, umur nak masuk 33 tahun, bujang, bekerja sebagai akauntan di Maju Corp. Muka? Boleh tahanlah. Tak adalah tak lawa. Tapi tak adalah lawa sangat. Orang kata average? Ya, average! Perangai? Err… Boleh dikatakan agak kasar. Penampilan? Hmm… T-shirt yang terlebih-lebih besar, seluar jean yang longgar. Tapi kalau pergi kerja, okeylah… Tak selebet. Dan itulah Nazratul Badriyah.

“Woi, aku tak curi dompet kaulah! Kebetulan aku terjumpa dompet ni kat bawah pokok tu, ha! Aku nak bawak pergi repot kat balai polis. Bukannya nak curi, ngok!”

Zaril dah merasa sakitnya dicampak ke tanah sebab perempuan yang bernama Nazratul Badriyah itu ingat dia nak curi dompetnya. Tak pernah-pernah ada orang mencampaknya ke tanah dengan menggunakan teknik judo. Lebih-lebih lagi perempuan pula tu! Tapi bila dia kenal Nazratul, tengok perangai minah yang enam tahun lagi tua daripadanya, Zaril mula rasa sesuatu dalam hatinya. 

Nazratul yang terdesak dan Zaril yang sudi menolong, menjadikan pertemuan demi pertemuan berlaku. Rancangan asal Nazratul hanya mahu menyewa Zaril untuk sehari bertukar menjadi bulanan dek kerana Afham, bekas kekasih hati Nazratul yang tak henti mengejar.

Dalam Zaril mula meluah rasa, Nazratul mula berpaling kembali kepada Afham atas satu alasan hingga mereka mengikat tali pertunangan. Zaril yang mahu melihat Nazratul bahagia, hanya merelakan perhubungan Nazratul dan Afham walaupun hakikat hatinya terasa sakit. Namun, saat hari bahagia Nazratul dan Afham semakin hampir, hati Nazratul mula berbelah bahagi. Dia tahu dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta kepada Zaril. Tapi… Hati Afham, tidak sanggup dikecewakan.

Antara Zaril dan Afham, siapakah pilihan hati Nazratul? Atas alasan apakah Nazratul kembali menerima Afham? Mampukah Zaril, kekasih yang diupah Nazratul, menambat hati Nazratul?

Cinta Kau dan Aku


SOLD OUT

Sinopsis 
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Wednesday, June 12, 2013

Suamiku Encik Sotong


SOLD OUT

Sinopsis 
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Calon Isteri Jutawan


SOLD OUT Tajuk: Calon Isteri Jutawan
Penulis: Nuriffa




Sinopsis
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.
Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.
Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.
“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”
“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.

Sunday, June 9, 2013

Di Hatiku Kau Di Situ

SOLD OUT
Tajuk: Di Hatiku Kau Di Situ
Penulis: Nureen Mirza



Sinopsis 
HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah sedar diri, tetap bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi 'papan sekeping'. Sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.

Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat. Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman. Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata "Ya!", selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat.

Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah beristeri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata "Tidak!" tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah! Siapakah yang harus dia pilih?

Friday, June 7, 2013

Langit Nan Gelap


SOLD OUT Tajuk: Langit Nan Gelap
Penulis: Resmanshah


Sinopsis 

Bersedia dengan perkara yang tak dijangka!
Di belakang motosikal rakan sekampung aku dan Jailan itu, kelihatan seorang wanita tua memakai baju kurung serba putih dengan rambut yang menggerbang! Jantung berdegup kencang lagi. Takut dan terkejut dengan apa yang sedang mataku saksikan.
Aku menoleh ke arah Jailan. Aku hairan lagi. Kali ini wajahnya kelihatan serius.
“Jai!” Panggilku dengan suara yang ditekan. Tidak terlalu kuat. Tidak mahu makhluk yang menumpang motosikal Supri itu dengar.
Jailan menoleh ke arahku.
Antologi tulisan Resmanshah.

Kontrol Histeria


SOLD OUT Tajuk: Kontrol Histeria
Penulis: Penulis blog Kontrol Histeria


Sinopsis 

Kisah kadangkala tidak mengandungi keperimanusiaan, penuh dengan cerita kerat-mengerat, seks rambang, pedophile dan sebagainya mengikut selera penulis.
Penulisan di blog Kontrol Histeria bergenrekan saikopat dalam bentuk kispen mahu pun bersiri di mana garapan penulis menyentuh isu pecahan personaliti, nekrofilia, pedofilia, seks rambang, pembunuhan, keganasan dan skizofrenia dalam abnormaliti imaginasi masing-masing.

Bukan Bisikan


SOLD OUT Tajuk: Bukan Bisikan
Penulis: Sharina Elisa


Sinopsis 

Wujudkah cinta itu sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah fantasi dan imaginasi semata? Cinta buat dirinya merana tapi benarkah cinta itu hanya dusta? Benarkah cinta itu landasan bahagia andainya selimut cinta yang mengulit lena menjadi kelam bila diri dinodai kejam? Cinta dan sayang bertukar dendam? Kerana tiada lagi aset berharga, dirinya dipakai buang!

Mia Adyla terpenjara dalam ikatan sebuah perkahwinan yang bertunjangkan amarah mula lemas dan hampir kalah.

“Lantak kaulah! Aku tak nak peduli pasal kau lagi. Kau nak mampus ke nak hidup ke, tu kau punya pasal! Biar padan muka kau! Orang macam kau ni tak layak langsung untuk dijadikan isteri! Tapi ada satu pekerjaan untuk orang macam kau, p.e.l.a.c.u.r . Kau tahu, kan taraf kau sama?”

Dengan keberanian bersisa, dia tekad mahu melepaskan diri daripada kekejaman suami yang tidak tahu mengkaji situasi. Biarpun suami sendiri membenci, tingkah normalnya menyingkap tirai hati Aiman Haikal tanpa disedari.

Nekadnya Mia Adyla membawa diri ke luar negara dengan perut berisi nyawa manusia. Di sana, keselamatan dan kebajikannya dijaga oleh insan bernama Ikram Hafiz, seorang doktor yang dalam diam menaruh hati dengannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Setelah lima tahun berada di Australia, dia bersama anak kembarnya kembali ke Malaysia untuk memulakan kehidupan baharu. Aiman Haikal dan Ikram Hakimi bertemu secara tidak sengaja di pejabat Mia Adyla sekali gus memulakan titik perkenalan antara mereka. Persaingan secara sihat membawa kedua-dua jejaka itu kepada istilah persahabatan sebenar tanpa memungkiri janji mereka.

“Bagaimana mungkin kita memiliki perempuan yang sama?” – Aiman Haikal.

“Best man wins.” – Ikram Hafiz.

“Maksud kau?” – Aiman Haikal.

“Yelah, kau suka dia. Aku suka dia. Kau beri aku peluang. Aku bagi kau peluang. Kau berjaya dapatkan hati dia, dia milik kau. Aku berjaya, aku miliki dia.” – Ikram Hafiz.

Masih wujudkah istilah cinta sebenarnya? Atau cinta itu hanyalah suatu bisikan?

“Bisikan cintamu menggetar nadiku, lalu kutitipkan kata cinta buatmu.”

Awek Chuck Taylor


SOLD OUT Tajuk: Awek Chuck Taylor
Penulis: Nami Cobb Nobbler


Sinopsis 

Sebuah novel tulisan Nami Cobb Nobbler, penulis blog Teh Tarik Gelas Besar (tehtarikgelasbesar.tumblr.com). Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum – serta perhubungan dengan adik beradik Mira – Aiman dan Nana – yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik – Mira dan Nana.

Asrama


SOLD OUT Tajuk: Asrama
Penulis: Muhammad Fatrim


Sinopsis 

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.
“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.
“Tak, maksud aku…”
Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.
“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.
Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.
“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.

Gadis Bertudung Merah


SOLD OUT Tajuk: Gadis Bertudung Merah
Penulis: Jill Naura


Sinopsis 

Dari mata jatuh langsung ke tangkai jiwa. Dia Si Gadis Bertudung Merah.
Dari mata jatuh langsung ke tangkai jiwa
Hati Idzrie sudah terpaut pada si dia. Ya, dia. Gadis Bertudung Merah. Setahun dia hanya memandang dari kejauhan tanpa dia sedar gadis itu adalah kenangan silamnya!
Memori Liya sembilan tahun yang lalu hilang akibat kemalangan yang menimpanya. Kini, dia hidup berlandaskan apa yang diberitahu oleh kakaknya. Tiba-tiba, muncul dua watak asing yang mengaku mengenali dirinya yang tidak pernah diceritakan oleh kakaknya. Dia menerima salam persahabatan daripada mereka tanpa curiga. Namun, rupa-rupanya ada sebab mengapa kakaknya tidak pernah bercerita mengenai mereka. Mereka sememangnya tidak harus diingati!
Kerana inginkan kepastian, Idzrie mengumpul keberanian merisik sendiri dengan keluarga Liya. Tuah menyebelahi dirinya apabila nenek Liya menyukai dirinya. Namun, dia ada pesaing rupa-rupanya. Shahrul, calon pilihan ibu tiri Liya. Di sebalik rupa dan perlakuannya yang baik, tersimpan rahsia yang menggemparkan keluarga Liya.
Antara Shahrul dan Idzrie, siapa pilihan hati Liya? Apa pula rahsia yang disembunyikan oleh kakaknya?

Wednesday, June 5, 2013

Epik Cinta Dari Agia



SOLD OUT Tajuk: Epik Cinta Dari Agia
Penulis: Pingu Toha


Sinopsis 

Firus, Maharaja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun takhta selepas dua belas tahun bersemayam di Kota Ophir. Penggantinya kelak adalah Alanah, Puteri Sabak. Mereka punya sejarah yang sama, lama dulu. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus. Dan Alanah dipertemukan takdir dengan Kama. Pada lelaki bermata biru itu, misteri. 

Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah. Dan takdir itu telah menentukannya untuk mereka kelak. Untuk Firus. Untuk Alanah. Untuk Kama. Untuk Ophir.

Nun dari seberang sana, dari Tanah Orkal, kapal-kapal hitam berlayar tiga sedang menongkah samudera. Bersamanya, ada dendam kesumat. Gehara sang raja mahu melunaskan janji itu. Seratus lima puluh buah kapal hitam sedang menyeberang Laut Cehipa. Mereka akan tiba ke Tanah Kayang, ke Ophir. Demi Orkal.
Pada pengorbanan untuk sebuah perjuangan. Pada cinta yang tak terucapkan. Pada kesumat yang belum terlunas. Pada janji yang ditunggu.

Mr. Sirap Bandung


SOLD OUT
Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina


Sinopsis 

Dua insan yang sangat berbeza latar belakang dan personaliti ditemukan di bawah satu bumbung. Teja atau TJ, kerani stor yang comel, ceria serta gila-gila perwatakannya. Manakala Thaqif Jazman atau Qif, si tampan berlesung pipit sepasang yang cukup cool. Pewaris tunggal Kiara Arena Holdings yang jauh membawa diri dan hati ke bumi Kanada. Namun takdir-Nya yang manis dan penuh payungan hikmah menemukan kedua-duanya. 

“Kalau awak suka seseorang... dan hari-hari awak jumpa dia, awak akan rasa jemu tak?”

Thaqif, anak muda yang kembali ke tanah air demi tanggungjawab kepada keluarga tanpa sengaja bertemu dengan TJ pada hari pertama dia melapor diri di pejabat. Pertemuan singkat di dalamlif tidak tamat di situ. Persahabatan dua darjat terjalin, mesra dan penuh warna-warni kehidupan. TJ banyak membuka mata Thaqif tentang kehidupan dan tentang tanggungjawab sebagai hamba-Nya. TJ bagaikan lampu picit yang menyuluh jiwa Thaqif yang kelam dan gelap selama ini. 

“Teja tu macam tepung pelita. Misteri macam tepung pelita. Lemak di atas, tapi rasa manisnya di dasar. Kalau tak kenal, takkan tau betapa istimewanya dia…”

Makin mengenali sisi seorang TJ, makin Thaqif yakin dia sudah temui apa yang dia cari selama ini. Namun bagaimana harus dia bongkarkan identiti diri yang sebenar? Akan mahukah TJ lagi kepadanya? Bersediakah TJ? 

“TJ... please.”
Please konon. Please taik kucing!
“Awak... awak tolonglah dengar penjelasan saya dulu.”
Boleh jalanlah! Despatch konon. Huh, penipu! Benci! Benci! Teja terus melangkah. Dia buat-buat pekak. 

TJ yang polos dan lurus tidak menyedari Man despatch yang menjadi teman barunya itu rupa-rupanya CEO baru Kiara Arena Holdings. Tatkala segalanya terbongkar, haru-biru jadinya. Berjayakah Qif yang digelarkan oleh TJ sebagai Man Sirap Bandung aka si biskut lemak rangup berkrim meyakinkan si gila-gila TJ yang cukup comel, misteri dan istimewa itu akan niat murni di hati, sebalik penipuan sunat yang dilakukannya?