Saturday, May 25, 2013

Cheese


SOLD OUT
Tajuk: Cheese
Penulis: Cik Qwerty

Sinopsis 
Dia, Nia Saffiya. Anak kepada Encik Amar dan Puan Nor merangkap adik kepada Nash, sang penyakat dalam keluarga. Dia perempuan biasa. Tak ayu sangat dan tidaklah terlalu selamba. Asal dia selesa, okey saja.


Tapi satu yang orang kata tentang dia, dia kurang berperasaan. Suka tapi macam tak teruja. Marah tapi macam okey. Pada dia itu bukan masalah. Tapi pada orang lain, itu memang masalah!


Dia, Adi Ashq. Anak kepada Encik Izham dan Puan Lia merangkap adik manja kepada Aina Dayana, sang penyeri dalam keluarga. Dia lelaki tak berapa nak biasa. Dia kuat membebel macam mak cik-mak cik. Dan agak manja.

Tentang perasaan, dia agak mengada-ada. Nak orang luahkan, baru dia sengih tunjuk gigi tak sudah.

Maka, bila mana si dia dan dia bersatu, orang sekeliling pening dan naik risau! Yang perempuan kononnya kuat macam batu dan yang lelaki kononnya normal tapi manja mengada-ada. Bila seorang jatuh cinta dan dengan mudah melafazkan cinta, yang lagi seorang memendam rasa dan buat tak tahu. Siapa tak geram?

I love you.”

Hurm.”

Hurm aje?!”

Ini cerita bukan sekadar cerita tetang dia yang begini dan dia yang begitu. Ini cerita tentang kasih sayang antara dia dan dia serta mereka dan keluarga juga kawan-kawan sekepala!
“Ingat siapa?”

“Makwe lama. Cemburu tak?”

“Buat apa nak cemburu? Kita dah dapat awak pun.”

Tuan Rumah Pembantu Rumah


SOLD OUT
Tuan Rumah Pembantu Rumah
Orkid Edyliyne
Sinopsis 


"Saya tak ada alasan. saya tak boleh nak elak. dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? ada remote control untuk on, off... hmm?"

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkainya. apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Tauffeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukan rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? siapa pula Taufeeq Badree dan Hanni? Krisis identiti Indr ian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Kau, Aku, Kita


SOLD OUT
Tajuk: Kau, Aku, Kita
Penulis: Orkid Edyliyne


Sinopsis
“Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?”Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah—rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup ‘berkahwin’ sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:

“Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.”

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah hidup bersama?

Saturday, May 11, 2013

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

SOLD OUT
Tajuk: 31 Mei Gerhana Mentari Cinta
Penulis: Nass Alina Noah


Sinopsis

Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.

Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya.

Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka.

Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia.

Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benar-benar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam.

Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi.

Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu?

“Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.”

Monday, May 6, 2013

Untukmu Hana...

SOLD

Sinopsis 

Pilu dan keliru... segala-galanya bermukim di jiwa. Benarkah dia waris tunggal, penyambung keturunan mama dan ayah? Tetapi kenapa minat mereka tidak serupa... kecenderungan berbeza? Segala-galanya mengganggu, bersatu menjadikan kesempurnaan bagaikan asing tiba2. Diakah yg lupa diri atau sejarah silam yg menjadikannya walang? Dia kalap.

Mentari yang bersinar ceria rupa2nya membawa cerita duka. Dia bukan permata mama. Dia bukan srikandi papa. Dia entah siapa2... entah susur galurnya di mana? Entah keturunannya apa? Lalu Hana Athirah memulakan misinya sendiri2. Namun tatkala berhadapan dgn kenyataan semangatnya bagaikan hilang. Terbang.


Ibu rupa-rupanya seorangg wanita sejati. Ibu rupa-rupanya seorang srikandi. Ibu kiranya masih sendiri-sendiri... dan dia kian keliru dengan kasih sayang ibu yang tidak bertepi....

Atas Nama Kasih


SOLD

Sinopsis

Nur Kasih ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanku nyawa - tragedi hitam itu sering-seringnya bertebaran dan bersipongang di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata, Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu kupertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampiaskan resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan. Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana harus Suria cari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan seorang gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bilamana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik buat dirinya...

Kombinasi Bunga Cinta


SOLD

Sinopsis

Cabaran anak kampus menjadikan aku dewasa. Menjadikan sebahagian kehidupan terasa ada awal dan akhirnya. Ada permulaan dan ada penamatnya. Aku tidak mahu menjadi anak kampus yang lesu. Memiliki ilmu, namun kering semangat. Lalu aku cuba mencari wajah kalian di celah-celah awan hitam yang sarat… di desiran angin dan tempias hujan yang sesekali terhempas keras. Namun wajah kalian tiada di mana-mana. Puas kubongkah… puas kuhujam, kugali di balik kerikil-kerikil tajam… namun kalian tiada. Mengapa tiba-tiba kalian hilang suara? Meninggalkan aku dan kenangan lalu….

Aku Hanya Seorang Perempuan


SOLD

Sinopsis

Dalam demikian banyak impian yang dikejar...banyak juga harapan yang dibiarkan tercicir jauh ke belakang.Yang entah bila dapat dikutip...untuk digubah menjadi syair yang indah.Atau terus mengalah...demi memenuhi impian mereka yang ada waktu-waktunya tidak terjangkau dek tangan.

Tanda Sebuah Kurnia


SOLD
Tanda Sebuah Kurnia 
Kamariah Kamaruddin

Sinopsis 

Hidup di alam perantauan menjadikan dia seorang perahsia sehingga apa yang dipendam menjadi nanah yang sukar disembuhkan. Keegoan menguasai diri wanitanya, memanah rasa cinta yang selama ini bertakhta di jiwa. Tapi, egoiskah dia andai hati saljunya cair dek kasih Hakim yang tidak berbelah bagi?

Wednesday, May 1, 2013

Sandal Bunga-Bunga


SOLD OUT
Tajuk: Sandal Bunga-Bunga
Penulis: Faziela


Sinopsis 

I
Sep 2010
Tunggu saya. Itu yang dia suruh.
Dis 2010
Tunggu saya. Dia ulang lagi.
Feb 2011
Aku dah tak boleh tunggu lagi.
II
“Maafkan I.”
Dia diam.
“You tak nak cakap apa-apa ke?”
“Pergi.”
“Apa dia?”
“Tiada siaran ulangan.”


Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu. Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama.


“Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel, takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?”
“Okey.” Zahran angguk.

Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan pergi.


“Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “… dan I benci you!”


Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?