Sunday, June 24, 2018

METERAI

SOLD
Meterai
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Tiga wanita yang berkawan rapat sejak kecil - Ana, Ruby dan Mona - tiba-tiba menyedari tidak seorang pun di antara mereka hidup bahagia di samping suami masing-masing.

Suami Ana bergelar Tan Sri, berkuasa dan berharta, tetapi terlalu tua untuk berfungsi sebagai lelaki. Suami Ruby penulis ternama, tetapi suka berfoya-foya dan tidak mengenali erti kesetiaan berumah tangga. Suami Mona pula lebih berminat kepada anak tiri daripada isteri sendiri.

Ketiga-tiganya menganggap suami masing-masing 'jantan tak guna' yang cuma menderitakan saja, lalu membuat keputusan untuk berpisah. Namun perceraian bukan pilihan terbaik kerana ia ditemani proses yang menimbulkan masalah. Mereka bersetuju pilihan terbaik ialah dengan berpegang kepada janji yang telah dimeteraikan. Hanya maut yang akan memisahkan kita!

JAGUH

SOLD
Jaguh
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Dia seorang penyanyi, peakon dan pengarah yang disanjung dan dipuja, tetapi sering kecundang dalam pelukan wanita. Kekasihnya seorang artis jelita yang mampu mencairkan iman setiap lelaki, tetapi tidak menegnali erti kesetiaan dalam bercinta. Sahabatnya seorang wartwan terkemuka yang mampu mempengaruhi segalanya. Kenalannya seorang menteri berkuasa, mampu melakukan apa saja. Isterinya ayu jelita, tetapi dingin ketika berasmara. Pertemuan antara mereka mewujudkan bahang yang membakar segalanya.

REALITI

SOLD
Realiti
Abdul Rahim Awang
(beserta poskad istimewa Ilustrasi Kulit : Azman Yusof)

Sinopsis
'Dendamnya sudah dilangsaikan! Kepuasannya tiada tandingan... Walaupun jiwanya telah digadaikan'

Realiti
Memiliki suami yang tidak tahu menghargai, lebih baik mati daripada diseksa sampai mati. Masliza sengsara, Masliza menderita jiwa dan raga. Demi Sarah, permata hati yang disayangi. Lantaran tidak ingin mengaku kalah, Masliza menyerahkan seluruh jiwanya pada Ron. Bersama lelaki itu, Masliza temui cintanya yang hilang, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus nafsu yang tidak bertepi. Ketangkasan Ron, satu kekaguman padanya. Keberanian Ron, memberi kekuatan padanya. Dan bersama lelaki itu, ada kepuasan yang tidak pernah dikecapinya... walau dia sedar, ada bahaya yang menantinya di luar sana.

SAKA

SOLD OUT
Saka
Abdul Rahim Awang

Simopsis
' Semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan hari ini untuk mencipta hari esok... '

Saka
Semalam ...
Kehadirannya melahirkan dendam yang mencengkam rasa, mewujudkan benci yang membahang dada, memutuskan hubungan yang terjalin mesra, menghancurkan harapan-harapan yang subur berbunga.
Hari Ini ...
Berlalu bersama dendam menagih pembalasan, bersama benci meminta pengorbanan, bersama cinta tanpa restu.
Esok ...
Kedatangannya dinanti tanpa kepastian penuh harapan...


PULANG

SOLD OUT
Pulang
Abdul Rahim Awang
(beserta Poskad Istimewa Ilustrasi Kulit : Azhar Senapon)

Sinopsis
Kau sememangnya cantik, Lin.. Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga... Kau punya segalanya - kerjaya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu. Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih sayang yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja... Kau perempuan yang paling malang, Lin... Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik..

BARA

SOLD OUT
Bara
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
' Nafsunya terjerat di sangkar dosa dan noda... '

Bara
Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan... dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam... dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.


JEJAK - JEJAK SONGSANG

SOLD OUT
Jejak-Jejak Songsang
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, tetapi menghadapi masalah yang serupa - ketandusan Kasih Sayang: Ketandusan yang membentuk hidup mereka. Bagi Farid, hidup perlu patuh pada peraturan dan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh kuasa dan nama. Bagi Hisyam, kepuasan dan kebahagiaan boleh diperolehi dengan kekayaan. Baik atau buruk sesuatu perbuatan bergantung kepada sesiapa yang melakukan. Pertembungan antara mereka mencetuskan percaturan; antara kuasa dah undang-undang, antara pengaruh dan kebenaran, antara kesepian dan kasih sayang. Liza, Faridah, Chua Poon Soon, Datin Salmah, Datuk Adnan… terseret untuk membuat perhitungan.

ORANG KETIGA

SOLD OUT
Orang Ketiga
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Antara mereka tidak banyak perbezaan, sama-sama hadir membawa harapan, sama-sama menagih cinta yang mengasyikkan. Pertemuan antara mereka mewujudkan sengketa, menyeret orang lain yang tidak berdosa. Apabila perbalahan gagal dibendung, nyawa jadi perjudian, pembunuhan jadi pilihan, walaupun tali gantung merupakan hukuman. Segalanya berlaku kerana kehadiran orang ketiga. Siapakah diantara mereka...

GENERASI YANG HILANG

SOLD OUT
Generasi Yang Hilang
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Hilanglah sebuah generasi apabila manusia hilang pertimbangan dalam hidup.
Pupuslah juga sebuah generasi apabila manusia hilang punca.
Kemelut ini berpunca dari satu titik, iaitu Murad.
Murad adalah manusia agung.
Dia adalah permata dan dia juga adalah suria.
Tetapi dia juga racun yang merosakkan generasinya.
Kenapa?
Petaka itu juga yang mencarik-carikkan generasinya.
Ihsan adalah satu-satunya bibit yang tinggal.
Dimanakah Nordin, Normah, Nita, Ismail dan LIsa?

BONEKA

SOLD OUT
Boneka
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Kerana pengalaman hidupnya pada masa lalu, Amier Razif mengenepikan perasaan dan mengutamakan pertimbangan dalam mengendalikan semua tindakan. Kehadiran Intan Suhana mengajarnya mengadunkan perasaan dan pertimbangan. Namun, dia dilanda kesangsian apabila keputusannya dipersoalkan, terutama ketika kesahihan pernikahannya dengan Intan Suhana dipertikaikan.

MAMA

SOLD OUT
Mama
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menoktahkan ceria.

JIN-TINA

SOLD OUT
Jin-Tina
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.

Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.

Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?


DEMI DARA


SOLD OUT
Demi Dara
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara..