Tuesday, June 30, 2020

TINTA

SOLD OUT
Tinta
Penulis: Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha

Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?


Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?


Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

LEBIH INDAH Antologi Cerpen

SOLD
Lebih Indah

Penulis:
Fatrim Syah, Mesbo, Syah Shah, Salleh Kausari, A.C. Jaffrie, Muhamad Fazrin, Fadzileo, Syafie Mahyani , Faizal Tukimin, Nazz Syukeri, Eliyyah, Arefit Syafiq, Fendi Ameen, Ikmal Mahrip, Aidil Ryzal, Aqmal Hakimi, Pena Senja, Harith Hakeem, Ery Aieril, Asmar Shah, Huzairul Ihsan, Aman Azrail, Alies Furqan, Muhammad Fatrim


Sinopsis
Yakinlah, yang lebih indah akan hadir pada waktunya.
Apakah tafsiran Lebih Indah bagi seorang lelaki?Lebih Indah bercinta atau Lebih Indah mengejar cinta? Bukan mudah bagi seorang lelaki meluah kata dan rasa. Bukan ayat bukan madah jadi penguat. Tapi sejujurnya cinta sejati yang datang tiba-tiba.
Dari lelaki untuk lelaki. 23 lelaki, 23 rasa lelaki dan 23 pengertian lelaki. Perspektif berbeza dan hati lelaki akan diselami satu persatu.
Daripada semulia ustaz hingga rasa hati seorang penjenayah. Bersediakah anda membaca rasa hati seorang lelaki?
Antalogi cerpen Lebih Indah!

CERITERA CINTA


SOLD OUT
Ceritera Cinta
Syah Shah


YANG LEBIH INDAH
“Knowing you adalah antara perkara yang indah pernah berlaku dalam hidup I. Cuma I ragu-ragu, adakah akan ada yang lebih indah daripada tu? Will I get the chance? Atau I cuma boleh berharap?” – Iqbal

SI MAMAT JAMBUBab bergaul dengan perempuan, memang Rush bendul sangat. Tapi bila Amal datang, all hell break loose.“Eh, tolonglah. Kau jangan nak bajet hot sangat. Kau bogel depan aku pun, aku tak hinginlah dengan kau!” – Amal“Apsal? Sebab kau songsang? Suka perempuan? Sebab... Kau pengkid?” – Rush

AWEK PISANG GORENG 2Kerja. Kerja. Kerja. Kerja…Memang susah dapat suami gila kerja ni. Nak bermanja pun payah.

ISTERI SOLEH, SUAMI SOLEHAHSetiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahnya.“Things happened for a reason, Din. Let’s make the best of it.” - Fai“Make the best of what, Fai? Look at yourself, Fai. Aku nak buat apa dengan kau?” - Din

MY SLURPEE SLURPS!Masa silamnya gelap. Jiwanya kosong. Dalam perjalanannya mencari arah dan sinar, si dia muncul tiba-tiba…“Sebab yang curi-curi tu yang manis. Slurpee slurps kind of yummy…” – Damien

LELAKI SEDINGIN DIA 2Hakikatnya, bukan mudah mengejar happily ever after.

MASAK LEMAK CILI API VS GULAI KARI


SOLD OUT
Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari
Syah Shah

Sinopsis
Yang seorang dari selatan, seorang lagi dari utara.

Walau di mata sudah jatuh berkenan, namun hati yang sering disakiti buat Aishah keliru. Jarang ada bait-bait kata-kata Haziq yang menyenangkan hatinya, membuatkan dia sedaya upaya mengelakkan diri dari bertemu dengan ‘mamat kurang asam gelugor’ itu.
“Tak cantik pun muncung itik hang tu. Dah lekaih, lekaih, lekaih. Aku letih dah ni.”Ya Allah, apasallaa mamat ni annoying sangat. Macamlah dia sorang je penat. Aku pun letih, okey?
Di saat Aishah mula timbul rasa sayang, Haziq tiba-tiba menghilang meninggalkannya tanpa sebarang penjelasan membuatkan Aishah mengisytiharkan perang dengan masakan yang sinonim dengan orang utara itu.
Munculnya Haikal secara tiba-tiba buat dunia Aishah hampir huru-hara. Si ‘mamat sengal’ yang menghubunginya semula melalui telefon setelah lebih setahun menyepi. Tiba-tiba diangkat statusnya menjadi tunang. Walau sesekali dibayangi Haziq, cinta mulai hadir dalam hati Aishah buat Haikal walau belum pernah bertemu.
“Rindu awak. Saaaaayang awak. And I know, awak pun saaaayang sangat kat saya, kan?”
“Perasan.”
“Mana ada perasan. Memang kenyataan pun, kan?”
Semakin dekat saat pertemuan mereka, satu demi satu rahsia yang disimpan kemas oleh Haikal dan keluarga Aishah mula terungkap. Siapakah Haikal yang sebenarnya? Mengapakah Haziq menghilang? Dapatkah Aishah akhirnya mengecapi kebahagiaan bersama insan yang dicintai? 

LELAKI SEDINGIN DIA


SOLD
Lelaki Sedingin Dia
Syah Shah

Sinopsis

Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur.

Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta.
“Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - AndriaKata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya.
“Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz.“Jangan nak buat cerita lah!” - Andria.“Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz.Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu.
“Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz
Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?

AWEK PISANG GORENG


SOLD
Awek Pisang Goreng
Syah Shah

Sinopsis
Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.

‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’
Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’.
“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.
Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.
“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus
“Awak ni laa kan...” - Husna
“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus
Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.
“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna
Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA

KLCC Antologi Cerpen (FIXI EDISI TERHAD)



SOLD
KLCC Antologi Cerpen

An anthology of short stories to commemorate the 15th birthday of the iconic Kuala Lumpur City Center (KLCC), home of the Petronas Twin Towers.

Line-Up:

INTRO – Nur Atiqah Jalaludin
JANGAN TERJUN – Nadia Khan
GROUND ZERO – Khairul Nizam Khairani
MATA – Shaz Johar
NYAWA – Raja Faisal
RIPUK – Hasrul Rizwan
WARISAN – Julie Anne
DALAM TANGAN PAPA – Adib Zaini
TAKDIR – Hani Amira Suraya
GADIS DAN DUA MENARA – Faratira Aimiza
EMPAT – Mim Jamil
KALAU LAPAR CARI CHOMET – Syaihan Syafiq
2 TIANG, 1 JAMBATAN – Shafaza Zara Syed Yusof
PENJAGA – Dayang Noor
IZZAQ – Faizal Sulaiman
SERIKANDI MALAYSIA – Arif Zulkifli
KOC LAMPAU CAPAI CAKERAWALA – Azura Mustafa
NEK SOM, KLCC DAN KUCING BERNAMA ZORQ – Azrin Fauzi
JEMPUT MAKAN – Zulaikha Sizarifalina Ali
GERBANG NERAKA – Ridhwan Saidi

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Manaf Hamzah
Harga: RM60.00

Sinopsis
Hati Seorang PerempuanYang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di kota pula. Tetapi taraf dirinya sebagai tukang gaji dari seorang isteri. Dia terus sabar dan tetap bertanggungjawab sebagai isteri. Bahkan dengan perasaan yang tidak berbelah-bahagi, dia mencurahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada anak tirinya yang sememangnya mengharapkannya. Pada masa yang sama perasaan sayang mula berputik terhadap suaminya Jiwa Seorang LelakiYang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia cuba melawannya Dua Insan Yang DiujiJiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri

ANGGERIK DI TANGKAI MAWAR


SOLD
Anggerik Di Tangkai Mawar
Manaf Hamzah


Sinopsis
Mereka berkahwin atas tekanan keluarga, sedangkan Dandiar hanya sekadar mengasihani Masliana. Masliana berazam menggoncang ego suaminya, tetapi mereka menerima ancaman luar.Dan muslihat Masliana membawa kesudahan yang tak dijangka. Kisah kekeluargaan dan nilai-nilai murni dengan gayahidup kontemporari. Sebuah kisah cinta luhur yang memukau dengan kejutan-kejutan menarik.

AYLANA

SOLD
Aylana

Manaf Hamzah

Sinopsis
Aylana...Gadis jelita yang tiba-tiba dirundung malang dan cabaran setelah kematian ayah bondanya. Lantaran membuat dunianya kelam dan disulami oleh tipu-daya. Aylana...Diburu oleh seorang pemuda yang seliar helang di awan. Seorang banduan yang mahu menuntut haknya sebagai suami. Walau beliau harus ke hujung dunia sekali pun. Aylana...Kisah pergolakna dua jiwa berhati batu yang cuba menidakkan perasaan masing-masing. Lantaran harus menempuh pancaroba, kecurangan dan muslihat. Melainkan mereka mampu mengatasi semua dugaan itu, hasrat untuk bersatu dan bahagia mungkin hanya tinggal impian sahaja...

HUJAN GERIMIS DIHIASI PELANGI


Hujan Gerimis Dihiasi Pelangi
Manaf Hamzah
Harga: RM50.00

Sinopsis
Rozman Sulaiman, usahawan muda yang berjaya, menjangka kehidupannya berada di landasan yang baik dan sempurna. Namun itu semua berubah apabila dia mendapati bahawa dia dipantau dan diperhatikan. Bukan sahaja dari seorang wanita bahkan dari beberapa pihak yang selama ini tidak pernah dia tahu akan kewujudan mereka Bermula dari situ, lantas berhadapan dengan pertanyaan dan dilema akan siapakah dirinya yang sebenar? kerana apa yang cukup memeranjatkan ialah dia tidak sebatang kara seperti yang disangkakan selama ini.malahan wanita yang memerhatikan dirinya tanpa diduga mula bertapak dalam hidupnya yang jahil itu. Malah kehadiran wanita bernama Tiara itu bukan sahaja membolak-balikkan hidupnya, tetapi merubah segala tanggapan dan kepercayaannya kerana sebelum dia perolehi jawapan-jawapan yang menyelebungi dirinya, mereka harus berhadapan dengan bahaya, musuh dan musibah.

DALAM KEHANGATAN DAKAPAN SENJA


SOLD
Dalam Kehangatan Dakapan Senja
Manaf Hamzah

Sinopsis
Dilema Seorang Gadis.... Perkahwinannya dengan pemuda pilihan sendiri terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir oleh tunangnya itu. Bagaimanapun Amelia Harun dapat meneruskan perkahwinannya dengan pemuda lain. Seorang pemuda yang begitu merahsiakan latarbelakangnya yang sebenar ... Dilema seorang wanita ... Meskipun sudah menjadi isteri kepada Karim Iskandar yang misteri, Amelia mahu juga dimiliki oleh pemuda lain. Seorang pemuda yang gagah dan berwibawa. Namun tidak sebangsa dan seagama. Bahkan bekas tunangnya mahu kembali kepadanya. Lantaran membuat Amelia dilanda perasaan berbelah-bahagi .... Dilema dalam rahsia ... Kehidupan Amelia menjadi tidak menentu, dik dia berhadapan dengan rahsia dan misteri orang-orang sekelilingnya yang dikenali dan disayangi. Apakah sebenar watak arwah ayahnya? Apa yang terkandung dalam diari arwah ayahnya yang membuat keluarganya dalam bahaya? Apakah rahsia yang disimpan oleh suaminya? Dan apabila semua jawapan terhurai, begitu menggegarkan jiwa raga Amelia...

SUZAN

SOLD
Suzan

Manaf Hamzah

Sinopsis

Suzan... Gadis rupawan yang kehilangan segala-galanya. Dia ingin mencari haluan yang lebih bermakna dan bertekad untuk berdikari. Namun tanpa disedari, ada rahsia padanya yang membawa bahaya. Ruztem... Pemuda yang memiliki segala-galanya, kecuali hati dan perasaan. Apabila mengetahui bahawa ada tersimpan rahsia tentang dirinya, dia bertekad untuk membongkarnya walau dengan apa cara pun. Dua Jiwa... Bertemu dalam tipu-daya, tapi terpaksa berganding bahu untuk mengelak musuh yang mahu membinasakan mereka. Namun saat semua rahsia terbongkar dan huraian ditemui mungkin sudah terlambat untuk mereka mengecapi kebahagiaan yang diimpikan...

SEKERAS WAJA, SELEMBUT SUTERA


SOLD
Sekeras Waja, Selembut Sutera
Manaf Hamzah


Sinopsis

Sekeras Waja
Begitulah hati seorang nakhoda muda dari Turki. Hatinya didewasakan oleh pengalaman pahit. Dia berikrar untuk kembali ke kota Istanbul demi membersihkan namanya dan yakin bahawa tiada yang boleh menggugatnya. Namun dia tidak menjangka badai yang bakal dia lalui apabila bertemu dengan seorang gadis misteri.

Selembut Sutera
Begitulah pula hati si gadis yang tertanya-tanya siapa dirinya sebenar. Sungguhpun hilang daya ingatan, dia berjuang untuk berdikari dan menerangi hidup dengan keceriaan dan harapan. Cuma nampaknya hidupnya sering terkait dengan seorang nakhoda muda berhati keras.

Waja &Sutera
Takdir menemukan Nakhoda Demir dengan Abi. Dua insan yang mencari hala tujuan dan semacam harapan di hujung pelangi. Sambil kedua-duanya menangkis cabaran daripada musuh-musuh, mereka pelajari yang mereka saling memerlukan. Di kota Istanbul, cabaran terhebat menanti mereka… dan hanya keteguhan cinta mereka yang menentukan menang atau kalah.