Tuesday, June 30, 2020

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU


Dedaun Hijau Di Angin Lalu
Manaf Hamzah
Harga: RM60.00

Sinopsis
Hati Seorang PerempuanYang bernama Intan Samad, yang terpaksa mengharungi hidup penuh ranjau. Mentelah dia dipandang hina oleh penduduk kampong Pulau Ubin. Mereka menjangkakan dia anak luar nikah. Dia yang begitu dahagakan kasih sayang semakin diuji apabila terpaksa berkahwin dengan seorang pemuda dari tanah besar akibat salah faham. Maka dari kehidupan kampong dia terpaksa mengikut suami dan hidup di kota pula. Tetapi taraf dirinya sebagai tukang gaji dari seorang isteri. Dia terus sabar dan tetap bertanggungjawab sebagai isteri. Bahkan dengan perasaan yang tidak berbelah-bahagi, dia mencurahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada anak tirinya yang sememangnya mengharapkannya. Pada masa yang sama perasaan sayang mula berputik terhadap suaminya Jiwa Seorang LelakiYang bernama Assad Effendi, seorang doktor muda yang sekeras batu. Apabila takdir menentukan dia ditangkap basah dan terpaksa berkahwin dengan seorang gadis kampong, jiwanya semakin memberontak. Apatah lagi luka lamanya masih berdarah. Lantaran sebagai membalas dendam dia memandang Intan lebih sebagai orang gaji dari seorang isteri. Namun apabila mendapati isterinya cukup tabah menghadapi apa sahaja tekanan yang diberikan, dia berasa kagum juga. Mentelah apabila melibatkan Intan mencurahkan kasih sayang keibuan kepada anaknya tanpa batasan. Justeru dalam diam-diam perasaan cinta mula bercambah terhadap isterinya, walaupun dia cuba melawannya Dua Insan Yang DiujiJiwa dan raga agar menyedari bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk hidup bersama. Itupun setelah keduanya mengenepikan apa sahaja sengketa. Terutama sekali dari pihak Assad, kerana sikap keras hatinya akan membuat dia kehilangan isteri yang mula disayang. Lebih-lebih apabila kesabaran Intan akhirnya menipis lantaran dia mengambil sikap tegas dan melarikan diri. Apatah lagi Intan menjadi buruan orang-orang yang memiliki semacam agenda buruk. Kerana Intan ada menyimpan satu rahsia yang cukup berharga tanpa disedarinya sendiri

No comments: