Thursday, March 30, 2017

Kombo RAKUS & BETUL KE RAKUS?

SOLD OUT
Kombo
RAKUS
BETUL KE RAKUS?

Sinopsis
Namaku Aara binti Johari. Hanya satu mamat dalam dunia ni yang panggil aku, AARA JOHARA. Tapi aku suka dia tahap infiniti. Kalau ada perkataan lain menjangkaui makna cinta, sesungguhnya aku obses, kemaruk, psiko, fanatik sehinggalah tahap RAKUS! Aku nak dia. Hanya dia untuk dijadikan suami.

Namaku Hadi Haririe. Ramai yang cintakan aku. Tapi ada satu awek dalam dunia ni yang tergila-gilakan aku. Akibatnya, aku jadi sawan dok tepis-tepis cintanya. Sehingga aku terpaksa mengalah dengan menikahinya.

Tutup kes!!! Benarkah begitu? Atau Hadi Haririe terjangkit RAKUS yang sama. Mengalah ke dia atau sebenarnya terjatuh hati? Dan apa sebenarnya rahsia yang merentap hati seorang Aara sehingga hati bertukar dingin? Beku ibarat salji di kutub utara.

Friday, March 24, 2017

RAKUS

SOLD OUT
Rakus (Limited Edition)
Sheisbell 

Blurb

Wednesday, March 22, 2017

VAMPRHA Rahsia Agenda Alam Hitam II

SOLD OUT
VAMPRHA Rahsia Agenda Alam Hitam II
Zehann ur Rakhie

Sinopsis
Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing. Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi. "Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke-7 itu tertakluk pada prilaku. Apabila kuasa dan ilmu menyatu hanya Iman jadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yang hak pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.
Kesamaran yang paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam ke dasar lubuk" - Massurya Syah

Friday, March 17, 2017

Bila Sena Kembali Berbunga

SOLD OUT
Bila Sena Kembali Berbunga
Amaruszati Noor Rahim

Sinopsis

Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula dibawah lembayung harapan, merealisasikan sebuah impian, untuk melihat sena kembali berbunga... 

Thursday, March 2, 2017

HARTINI

SOLD OUT
RARE COLLECTION
HARTINI - AZIZ AFKAR
Terbitan CESB
Cetakan Pertama 1994
(kondisi cun!) 

Setiap pembaca, baik pembaca yang bersikap membaca untuk keseronokan dan untuk penelitian, mahupun pembaca yang bersikap membaca untuk penelitian tanpa keseronokan, tidak akan terlepas dari sikap dan peranan golongan perosak, dan juga sikap serta peranan golongan yang baik. Itulah garis pokok yang akan mengikat kita dalam buku ini. Dan satu hal yang pasti, bahawa penemuan kunci kesimpulan sikap watak akan mudah terlaksana sebab setiap pelaku sudah memenuhi fungsinya dengan sempurna ~ Arena Wati, K.L. (1967: vii)