Sunday, May 27, 2018

MUNGKIN HANYA MIMPI

SOLD OUT
Mungkin Hanya Mimpi
Hani Fazuha

Sinopsis
“Katakan kita lakukan ini bersebab.” Deanna Helena

“Kau tak jijik ke nak kahwin dengan aku?” – Zafriel Amza
Memujuk Zafriel untuk mengahwininya, nampak sangat mudah tapi tak siapa tahu cerita sebenar hidup seorang Deanna. Beku seorang Zafriel sangat mencabar emosinya.
“Dah bisu, layaklah apply kad OKU.” – Deanna.

“Orang OKU ni, ada nafsu. Jangan sesekali cuba provok kalau tak nak aku tuntut hak yang akan menyakitkan kau.” - Zafriel
Lelah memujuk Zafriel untuk reda dengan ketentuan jodoh, Deanna beralih pada Haqeem, lawyer terkenal yang sudi mendengar setiap keluh resahnya.

“I akan sentiasa ada untuk you, D.” - Haqeem

Dan ruang makin besar dengan kehadiran Azalya, kakak tiri Deanna. Apa yang sudah sedia rapuh akhirnya runtuh. Lebih-lebih lagi bila orang yang mahukan mereka bersatu sudah pergi menghadap Ilahi.
“Kalau mama aku boleh dapatkan papa kau, aku juga boleh dapatkan Zafriel.” – Azalya

“Walau sudah terputus, masih ada peluang untuk kita ikat kembali, D.” – Zafriel
“Tak salah untuk beri peluang pada kita, D. I mampu bahagiakan you.” Haqeem

Untuk Deanna, dia tidak mahu hanya bermimpi tentang bahagia. Dia mahukan bahagia yang hakiki. Dan adakah mungkin bahagianya ada pada Haqeem? Atau yang sebenarnya, Zafriel yang simpan bahagia itu? Menerima Haqeem atau memberi peluang sekali lagi buat Zafriel, mana satu yang akan Deanna pilih?

Wednesday, May 23, 2018

SEPERTI YANG DINANTI

SOLD OUT
Seperti Yang Dinanti
Farah Husain

Sinopsis

Bertemu semula dengan Luqman Ghazi selepas bertahun tidak bersua muka adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran Riana Ali. Tapi nak tak nak, dia kena juga hadap walaupun Ghazi sekarang ini tak berapa nak ‘sama’ dengan Ghazi yang dinikahi dulu.

“Why did we got married in the first place?” - Ghazi
“Err… because we were crazy in love with each other?” - Riana

Mereka berkahwin kerana saling cintai-mencintai. Tapi yang Ghazi pelik, kenapa mereka tak macam orang tengah ‘crazy in love’ pun. Selangkah dia mendekat, sepuluh kaki Riana ke belakang!

“Eh! Awak nak buat apa?” - Riana
“Lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Bila dah berdua macam ini, awak rasa saya nak buat apa?” Ghazi.

Sikap Riana yang macam iklim dunia tak menentu itu betul-betul buat Ghazi bingung. Sekejap hangat, sekejap dingin dan sekejap pula cerah, lepas tu mendung. Puas dia cuba tebak, namun gagal.

Yang Ghazi tak tahu, memang Riana cintakan encik suami sepenuh hati. Dan kerana cinta, dia takut untuk serahkan segalanya pada Ghazi. Sebab antara mereka, ada satu rahsia. Rahsia yang kalau terbongkar, boleh musnahkan kebahagian yang sedang mereka lalui sekarang.

“Love is all about taking risk. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Lebih baik ambil risiko dan alami kegagalan, daripada hanya duduk tak buat apa-apa dan seumur hidup terus tertanya-tanya.”

Beranikah Riana jujur pada hati sendiri atau selamanya dia akan memendam rasa dan kehilangan lelaki yang dicintai?

*ISTIMEWA BESERTA TANDATANGAN PENULIS

Thursday, May 17, 2018

HIKAYAT NABI YUSUF

Hikayat Nabi Yusuf
Muhammad Labai
Harga: RM30.00

Sinopsis
Manuskrip asal Hikayat Nabi Allah Yusuf ini ditulis oleh Muhammad Labai/Lebai di Perlis pada 1802. Ia kini disimpan di British Library, London.

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam Al-Quran dan kitab-kitab Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah difahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon”, “Kata sahibul hikayat”, “dikonon orang” dan yang sejenisnya. Ini perlu dijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

Monday, May 14, 2018

JAH & OD _SOULMATE SELAMANYA

SOLD OUT
Jah & Od _Soulmate Selamanya
Ainin Naufal

Sinopsis
Hud Nuqman, atau Od, memang rapat dengan Khadeeja, atau Jah, jiran sekampungnya sejak kanak-kanak. Rapat... hingga orang selalu salah sangka hubungan mereka. Rapat... sampai mereka pun tak tahu bezakan antara sayang sesama sahabat dengan cinta sesama tersayang.

"Jah?""Tapi kau nampak sepadan dengan dia.""Isy, tak adalah. Jah tu luar dalam aku kenal. Dah macam saudara sendiri.""Tu dia! Luar dalam kau kenal.""Ke situ pula.""Haaa... dah kenal luar dalam lagilah senang. Tak perlu ambil masa nak kenal-kenal."

Tapi Od ada Julie, model, pelakon dan pengkritik filem sambilan yang serba-serbi menawan, dan Jah pula bertunang dengan Ikmal sepupu Od, seorang jurutera petroleum yang cukup semua syarat untuk jadi suami mithali.

Tapi Ikmal, jangan kahwin dengan Jah!
Kata Od:“Jah tu, masa kecil comot. Hari-hari main selut kat bendang. Habis kakinya ‘berbintang-bintang’. Entah-entah, sekarang pun masih ada.”Jawab Ikmal:“Tak apa, sekarang ada banyak produk yang boleh hilangkan parut.”
Kata Od:“Jah tu kasar orangnya, mana tahu bersopan-santun.”Bantah Imal:“Aku perhatikan elok aje dia. Bersopan dan tertib.”
Kata Od:“Dia pernah paksa aku makan nasi goreng dia. Perghhh! Seminggu lidah aku kebas. Bibir ni rasa tebal, pijar nak meletup. Entah berapa kilo cabai burung dia bubuh.”Balas Ikmal:“Err... sekarang mesti dia dah pandai masak.”
Tapi aku suka Jah lebih daripada kau suka, kata Od dalam hati.

SATUKAN HATI KAMI


SOLD OUT
Satukan Hati Kami
Penulis Idea Kreatif

Kompilasi Cerpen gabungan penulis-penulis hebat dari Idea Kreatif Publication

COKE AND SUNDAE

SOLD OUT
Coke and Sundae
Ilya Abdullah

Sinopsis
Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje...
Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm... smpai kiamat la jawabnya.

Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung... mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing!

Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan.

Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he... bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya.

SUSPEK

SOLD OUT
Suspek
Inawza Yusuf

Sinopsis
Annaredza — saksi berkebolehan unik, Ghaz Arman — penyiasat persendirian bermulut celupar, Bernard Alfredo — ketua unit khas yang komited dan Daus Anaqi — anak muda yang misteri. Semua terikat menjadi satu di dalam sebuah siri pembunuhan yang menguji.
Pembunuh melakukan kesilapan dengan membiarkan satu-satu saksinya Annaredza terus hidup. Atau mungkin dia mempunyai satu rancangan yang lebih besar?
Annaredza hanya ada Daus dan hidupnya sudah cukup teruk sebelum dia diberi peluang untuk berhadapan terus dengan pembunuh gila tu. Satu malam mengubah perjalanannya secara total dan kemudian orang yang terdekat dengannya turut menjadi mangsa. Ana tahu dia perlu lebih berhati-hati — kerana semua di kelilingnya merupakan SUSPEK.

LAWAN

SOLD OUT
Lawan
Khairul Nizam KHairani

Sinopsis
Set in a dystopian Neo Key-El (the city built on top of the flood-ruined Kuala Lumpur), where anarchists and killer androids are pitched against each other. But what's the Prime Minister's role in this?

GERGASI

SOLD OUT
Gergasi
Khairul Nizam Khairani

Sinopsis
Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang…
500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali.
Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa dia ada kaitan dengan kemunculanGERGASI itu...