Thursday, November 22, 2018

a+b [TUNAS] + (aA+bB)



SOLD OUT
a+b [TUNAS] + (aA+bB)
Hlovate

SERIBU RINDU (Adaptasi Drama)

SOLD OUT
Seribu Rindu
Hani Fazuha

Sinopsis

Mengisahkan percintaan tiga segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisarah (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim). Cinta Maisarah dan Airel yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak Datuk Sri Johari rakan perniagannya. Maisarah merasakan dirinya dipermainkan. Airel pula mempersoalkan tindakan ayahnya yang langsung tidak berbincang dengannya. Damia juga mempersoalkan perkara yang sama kepada DS Johari dia mahu mencari calon suami yang sealiran dengan kerjaya dia.

Maisarah kecewa lalu pulang ke kampung dan meluahkan rasa sedihnya kepada Tokma dan Irfan. Irfan rakan baiknya sejak kecil merupakan seorang Chef. Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tokma, nenek kepada Maisara. Tidak mahu kehilangan Maisarah yang terus bersedih, Irfan membuat keputusan untuk melamar Maisarah di saat hubungan Maisarah dan Airel berantakan. Maisarah terkejut kerana dia tidak pernah menyangka Irfan yang sudah dianggap abang telah lama menaruh perasaannya.

Akhirnya, Maisarah menerima lamaran Irfan setelah membuat solat istikharah. Airel kecewa dengan keputusan Maisarah. Dia sakit hati kerana sebelum ini Maisarah sering menafikan dia juga sukakan Irfan dan mengatakan mereka sekadar kawan baik sahaja.

Sepanjang perkahwinan mereka, Irfan menjaga Maisarah bagai seorang permaisuri. Semua permintaan Maisarah akan dituruti. Suatu hari ketika ingin membeli makanan yang diidamkan oleh Maisarah yang sedang hamil, Irfan ditimpa kemalangan dan disahkan lumpuh. Walaubagaimanapun, Irfan masih boleh dirawat dengan penjagaan rapi oleh doktor pakar di hospital.

Konflik tercetus, apabila Airel adalah doktor yang bertanggungjawab bagi membantu proses penyembuhan Irfan. Irfan merasakan masih ada sisa cinta di hati Maisarah buat Airel. Irfan mula menjauhkan diri kerana beranggapan Maisarah hanya bersimpati dengan keadaanya yang lumpuh.

Adakah Maisarah akan kembali dibuai perasaan cintanya terhadap Airel atau tetap memilih Irfan yang setia?

Monday, November 19, 2018

HIKAYAT PANJI SEMIRANG



SOLD OUT
Hikayat Panji Semirang

Hikayat Panji Semirang mengisahkan perihal ketabahan seorang puteri raja yang tidak mendapat perhatian bapanya. Dia bertekad meninggalkan istana. Sepanjang pengembaraannya, dia menyamar sebagai seorang lelaki. Dia menghadapi pelbagai rintangan sebelum dapat bertemu semula dengan keluarganya.
*Kondisi terpakai, masih baik untuk dijadikan koleksi bagi penggemar karya klasik

5 TAHUN 5 BULAN

SOLD OUT
5 Tahun 5 Bulan
Hlovate

Sinopsis
Menjadi orang gaji di rumah Encik Lafty sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu....

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat pedas aje.Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campir sikit honey.
Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi Ana...dandari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...
Kata Ana:Saya bukan orang yang dicari,Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.
Kata hati Along:Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo didalam Ana.
Siapa Ana? Dan siapa pula JO dalam hidup Along?
Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi:boys're stupid,some men too.

CONTENGAN JALANAN

SOLD OUT
Contengan Jalanan
Hlovate

Sinopsis
I – Fend

Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.

ROOFTOP RANT

SOLD OUT
Rooftop Rant
Hlovate

Sinopsis
lontarkan
...kalau tidak ia meracunkongsikan...walau hanya pada awan-awan 
Mereka berbicara di atas bumbungEpisod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari! 
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu! 
Hidup tak selalunya lawaTak selalunya ada pelangiKalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap adaKadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumoRasa macam dah tak mampu bangkitRasa macam dah tak mampu hela nafas 
Dengarkan HLOVATE berbicara: tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...tentang Trisy dan Jade... tentang bukit yang sayup di depantentang angin yang membawa salam di belakangtentang lang sewah yang berlegar melayah di atastentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah dan mereka terus bercerita...sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa 
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita? 
ini cerita sebuah bicarabicara bumbung namanya....

VERSUS

SOLD OUT
Versus
Hlovate

Sinopsis
I


“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”“Huh?”“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.You what?”"No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni."Enough of your tricks, AO.”“Minn, I’m dead serious.”Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”


II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”“Back. Off.”Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”Hujan masih belum berhenti.

Tunas

SOLD OUT
Tunas
Hlovate

Sinopsis
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” 

Lee pula yang menyambung. 
“Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” 
Dia membilang dengan jari tangan. 
“Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” 
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. 
“Tulip ada?” 
“Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” 
A-Cid berpaling ke belakang. 
“Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." 
Dia memetik jari. 
“Pink ribbon.” 
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. 
“The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. 
Addin jatuh rahang bawah. The-what??? 
“A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” 
“I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya. 
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

aA+bB

SOLD OUT
aA+bB
Hlovate

Sinopsis
Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa: Schubert’s Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark: gaya bahasa basah dan santai.