Tuesday, September 25, 2018

MEMANG SALAH DIRIKU

SOLD OUT
Memang Salah Diriku
Hani Fazuha 

Sinopsis

Betul ke lelaki kalau dah cinta, terus jadi buta?
Kata Megat Akeef, dia kahwini Hanna hanya untuk memenuhi permintaan mamanya. Sebabnya, dia cintakan Mimie.
“Tiba masanya aku akan kahwin dengan Mimie. Buat sementara waktu, kau kena tahu, antara kita akan ada Mimie bersama aku.” – Megat Akeef
Dia lupa, sekeping hati itu milik Tuhan. Dan saat Tuhan balikkan hatinya, barulah dia sedar rupanya yang dia tolak itu adalah permata berharga.
‘Saat kita rasa diri kita hebat dan sempurna, detik itulah kita sebenarnya lupa siapa diri kita.’ Hanna Amiera
Mahu memulihkan hati Hanna yang telah banyak dicalar luka, bukan kerja mudah. Setiap kata-kata kasarnya dulu, dibalas Hanna secara halus.
Dan bila Hanna meminta perpisahan, Megat sudah nampak senarai lelaki lain yang sedang beratur menunggu peluang. Patutkah dia lepaskan Hanna untuk bersama lelaki yang dicintainya atau berusaha agar cinta Hanna beralih pada dirinya?

Saturday, September 22, 2018

Thursday, September 20, 2018

I'M NOT A MONSTER

SOLD OUT
I'm not a Monster
Sara Aisha

Sinopsis 
"I would stand in the shadows of your heart, and tell you I'm not afraid of your dark." - Andrea Gibson 

Dia...Ryu 
Seorang Red Dragon. Tidak perlu banyak cakap. Tidak perlu mengata apa-apa. Hanya dengan satu pergerakan, dia boleh mematahkan tulang temulang sang lawan.

Dia...Maya 
Seorang gadis biasa. Itu yang dia fikir selama ini. Satu malam jahanam mengubah segala-galanya. Dia jadi pelarian. Dia jadi manusia yang kematian jiwa. Takdir. Sesuatu yang paling aneh. Menemukan mereka dalam satu pertemuan yang juga aneh. Lalu, Maya membuat keputusan paling gila. 

Aku mahu tinggal di sini. Di rumah ini. - Maya

"Kau tahu siapa aku, kan? Dan apa aku boleh buat pada kau?" - Ryu 

Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya? Atau dia juga akan buat keputusan paling gila? Melindungi Maya dengan nyawanya sendiri.

Jangan mati depan aku." - Ryu 

"Kau Ryu aku. Dan aku Maya kau." - Maya 

Keputusan akhirnya diambil. Namun, yang jadi galang gantinya adalah nyawa dan darah! 

"Everyone has a monster within." - Arjuna Kaede

UMAR HATTA

SOLD OUT
Umar Hatta
Jaja Ahmad

Sinopsis
“Jangan buat show I Feel Good pula dekat luar tu. I can see you, Ley.” – Hatta
Jatuh cinta dengan bos? Too cliche! Jatuh cinta dengan pekerja? So lame! Tapi yang cliche itulah yang terjadi kepada Hatta dan Leyla. Yang lame itulah yang membuatkan Hatta nekad melamar Leyla.
““Ley, I’m serious. Deadly serious. Nak mati punya serius. I nak kahwin dengan you ni, you tak nak ke?” – Hatta
Di kota New York Leyla menerima lamaran Hatta. Hatta bahagia bersama Leyla dan begitu juga sebaliknya.
Namun kepulangan Zafran telah merubah segalanya.
“Hatta tu kotor, dia tak sesuai dengan you. Tak malu ke ada suami kotor macam tu?” – Zafran
Segala tuduhan kepada Hatta membuatkan Leyla mula berperang dengan perasaan sendiri. Tidak tahu siapa yang harus dia percaya dan diam Hatta membuatkan dia semakin resah. Namun bila mengetahui segala kebenaran, dia terasa mahu rebah.
Leyla mahu rebah dan Hatta pula sudah mula lelah. Tidak tegar untuk dia melawan dan tidak mampu untuk dia pertahankan, akhirnya bahu dia dijadikan alas untuk menanggung segala kesalahan. Hatta akur dan Leyla semakin berduka.
Mampukah Hatta bangun semula dari segala kesedihan dan rasa kecewa?
‘Battle with our innerself is hundred times harder than pergi medan perang.’

Sunday, September 16, 2018

TUNANGKU TIDAK TAMPAN

SOLD OUT
Tunangku Tidak Tampan
Muhammad Rusydi

Sinopsis
"Bila seseorang itu bersandar pada Tuhannya seratus lima puluh juta peratus, even dia berada di kasta manusia paling bawah sekalipun...

...kau takkan bisa tewaskan dia.

Bila lampu hidayah telah dinyalakan. Cubalah kalau kau mampu padamkannya semula".

**Sebuah novel tarbiah

Wednesday, September 12, 2018

CINTA TERAKHIR


SOLD OUT
Cinta Terakhir
Ujang

Sinopsis
Sukan adalah minat dan harapan masa depan Bakhtiar.Sukan menjadikannya disayangi guru,dan dika-sihi Maria,kemudian Idayu.Namun sukan juga membawa padah kepadanya.Kerana dia berselisih dengan bapanya,dan dicemburui oleh Zaini yang akhirnya Berjaya merebut Idayu.

Monday, September 10, 2018

TIRAI IMPIAN

SOLD OUT
Tirai Impian
Ma Lee Chuswan


Sinopsis
Kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua ku tatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran yang kupertahan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ... menghuni daerah sepiku.

Saturday, September 8, 2018

ARTIS, PEREMPUAN DAN ...

SOLD OUT
Artis, Perempuan dan ...
Matt Romeo


Sinopsis
Rosemah budak kampung aku yang dulu kayuh basikal pun tak berapa fasih dah pakai Mercedes? Gila!
"Nak hairan apa, you bukan tak tahu dunia dia orang tu. Kalau ada rupa, album tak laku ke, berlakon tak seberapa ke, semua tak jadi hal. Banyak jantan yang kemaruk kat dia orang..."
"Album dia bukannya laku. Tauke album tu dengar ceritanya dah tutup business, dah berniaga timun kat pasar borong. Tapi Rose tu mewah juga, kaya juga..."
"Mana dia dapat duit?"
"Mana lagi, jual body laa..."

MADU IMPIAN

SOLD OUT
Madu Impian
Matt Romeo

Sinopsis

"You tak takut?"
"Nak takut apa? Takkan you nak apa-apakan I."
"Kalau I apa-apakan you?"
"I jerit..."
Huh... gurau jenis inilah yang paling aku menyampah. Ajak aku tidur, lepas tu nak jerit-jerit. Kalau hendak dikira statusnya, samalah dengan mengajak orang naik kereta, lepas tu matikan enjin.
"Kalau you jerit, I pekup mulut you..."
"Really? Well...kalau macam tu, I biarkan ajalah you buat apa yang you nak..."
---
"Apa yang terjadi lately ni...betul-betul mengajar I menjadi lebih dewasa. I lebih rela memiliki you secara berkongsi daripada tak dapat memiliki you langsung!"

BOHSIA

SOLD OUT
Bohsia
Matt Romeo

Sinopsis
Dilepaskan hatiku sayang, dipegang romaku meremang.
Bagaimana kalau budak-budak bohsia itu betul-betul buat gila macam diceritakan orang? Bagaimana kalau mereka menodaiku beramai-ramai? Bolehkah aku terus hidup sedangkan diriku tidak suci lagi? Perempuan manakah nanti yang sudi bersuamikan lelaki yang telah ditepuk tupai seperti diriku ini?

DONIA


SOLD OUT
Donia
Lamia Aimal
Sinopsis
Nurlisa Rahmat, Seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia.

AYAHANDA

SOLD OUT
Ayahanda
Azizi Hj Abdullah
Sinopsis
Ayah masih berdaya. Dia begitu hebat memerah keringat biarpun sedar kedaifan kudrat. Ayah semakin dipanjat usia namun kedegilannya menjadi punca kepada kepetahannya menabur keringat. Sesungguhnya perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun cuba diselami oleh anak-anak sendiri...

Monday, September 3, 2018

CAHAYA

SOLD OUT
Cahaya
Wild Orchid
Print on Demand

HIKAYAT SITI ZUBAIDAH

SOLD OUT
Hikayat Siti Zubaidah
Rubaidin Siwar
Cetakan 1984

Karya langka klasik, kertas kekuningan, mukasurat lengkap. Kolektor/pemburu novel & cerita hikayat yang mencari boleh dapatkan segera, stok hanya 1 naskah.