Tuesday, November 26, 2013

SAKTI CINTA


SOLD OUT 

Sinopsis
DINA AZURA membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut...Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih banyak dengan mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tidak pernah muncul lagi, membuatkan hatinya separuh mabuk rindukan lelaki itu.

"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tidak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula digegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

Sunday, November 24, 2013

Pergi Tanpa Alasan


SOLD OUT

Sinopsis 
Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.
“Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.

Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.

Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.

Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

“Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.

Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?
~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

Wednesday, November 20, 2013

Kau Kekasih Gelapku

SOLD OUT

Sinopsis
Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’. Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya. Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.

“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi

“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.

"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius

Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis?

“Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir

Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.

Friday, November 15, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis

SOLD OUT

Sinopsis
“Tolonglah Khal..jangan buat Qis begini. Tolong kasihankan keluarga Qis, Khal. Tolonglah datang. Tolonglah. Qis mohon sangat-sangat, Khal.”-Annur Qistina

“ I tak akan terima perempuan curang jadi isteri i. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain. I tahu you suka dia dari dahulu, Qis. And due to that…you don’t deserved me, Qis.”- Khalish

Hanya kerana salahfaham, rasa percaya yang rapuh, cemburu nan melaut dan ego melangit seorang Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibat. Dia dimalukan dihadapan semua sanak saudara dimalam pernikahan mereka bila Khalish tidak muncul. Keluarga ternyata bulat-bulat menerima cerita Khalish lalu tega menghukum Qistina. Dia dihalau ayah sendiri!

“Qis tak tau apa-apa, ayah. Demi Allah, bukan Qis yang rancang semua ni. Qis.. Qis tak buat macam tu ayah. Tolonglah ayah. Percayalah cakap, Qis ni ayah." "Sudah. Cukup, Qis. Jangan cakap apa-apa lagi. Ayah tak mahu dengar. Itu semua bohong. Qis bohong!"

Manchester menjadi tanahair Qistina selama tempoh pelarian. Walau pergi atas tiket tuntutan tugas, yang nyata pemergian Qistina ke sana membawa lara sekeping hati yang hancur lumat dicincang oleh sang tunang tercinta! Lebih lima tahun melarikan diri di tanah ratu, Qistina kembali menyambung tugas ditanahair. Khalish yang sedar akan khilaf dahulu setelah kisah malam kejadian yang melibatkan Qistina dan rakan akrab setugasnya Joe terbongkar kebenarannya kembali mengejar cinta Qistina yang pernah diinjak. Namun hati yang sudah parah terluka mana kan mungkin sembuh seperti sediakala hanya dengan sepotong maaf!

"I knew it was my big mistake, Qis." “Dah tak guna semua tu lagi. Takkan dapat you kembalikan masa lalu i yang you rampas hanya kerana kebodohan you, Khal. Kerana you, i hilang segala-galanya. Everything, Khal.”

Mampukah Khalish merebut kembali sekeping hati milik Qistina yang teruk dilukai. Cabaran getir terbentang kerana terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul tiba-tiba dengan misi sama mahu menawan hati sang barbie doll jelita. Khalish tahu pesaingnya bukan calang-calang. Qistina bingung. Keliru. Mana satu yang harus dipilih. Kepada Joe; teman akrab yang paling memahami dihambur semuanya. Namun tanpa Qistina sedar Joe dalam diam menyimpan rasa dan hasrat yang sama. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah. Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati seorang Annur Qistina? Lafaz cinta siapakah yang akan terpilih dan termetri di jari manis si cantik Annur Qistina buat selama-lamanya.

Sesungguhnya, pilihan yang baik itu bukan semata-mata kehendak hati..tapi anugerah terindah dari illahi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

SOLD OUT
Sinopsis
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”

“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”

“Mastura!!!!!!!” 


JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Diari Sufi

SOLD OUT
Sinopsis
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati., tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mempu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Dairi Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya

Cinta Bersaiz XXL

SOLD OUT

Sinopsis


“Awak dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas kerana Allah.”
Nur Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak, tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih cinta.
Munirah, sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang bersaiz XXL sepertinya menjadi realiti?

Monday, November 11, 2013

Halusinasi

SOLD OUT

Sinopsis
Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.

Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya.  Fikirnya, itu cuma halusinasi.

Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati!

Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.

Tangisan Di Pusara Cinta

SOLD
Tangisan Di Pusara Cinta
Jessy Mojuru

Sinopsis
Mungkin sudah ditakdirkan... percintaan Ameerul dan Sumilau dikatakan hanyalah sekadar imaginasi. Namun pengalaman yang dilaluinya bukanlah satu fantasi. Begiu juga dengan penderitaan yang terpaksa diratah olehnya. Kehadiran Viennie Octavie berjaya merawat jiwa Ameerul yang terluka. Kekuatan cinta membuatkan mereka mengikat janji untuk bersama selamanya. Namun seindah mana sekalipun pahatan cinta dan coretan impian mereka... ternyata hukum karma lebih menguasai suasana. Apakah sebenarnya yang terjadi? Segalanya tersingkap dalam kisah penuh tragis dan misteri.

Saya Tunggu Awak


SOLD OUT

Sinopsis
Novel ini berkenaan seorang ustazah yang menjadikan kitab Bidayatul Hidayah sebagai bahan pengajarannya. Bidayatul Hidayah bermaksud Permulaan Taqwa. Ia diambil bersempena nama sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali. Menerusi novel ini, kisah mujahadah menepis cinta ini bermula gara-gara penglibatan kedua-dua watak utama dalam penganjuran satu seminar yang dipanggil SEMINAR BIDAYATUL HIDAYAH.

Kitab Bidayatul Hidayah umpama satu manual harian seorang Mukmin yang menyentuh aspek-aspek utama kehidupan mereka. Begitu juga dengan kaedah penulisan novel ini yang cuba menyentuh beberapa permasalahan utama yang sering timbul dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu dan kekuatan mujahadah, manusia mampu merentas bidayatul hidayah atau permulaan taqwa.

Bidayatul Hidayah mungkin bukan satu nama asing bagi ahli-ahli agama namun ia satu nama yang agak baharu bagi masyarakat seluruhnya. Justeru diharapkan menerusi pemahsyuran semula nama ini akan menarik perhatian mereka untuk membaca kitab Al-Ghazali ini dan memanfaatkan isinya.

Tuesday, November 5, 2013

Cinta Pertama


SOLD OUT

Sinopsis 
Siapakah lelaki yang bakal menjadi tungangan Nurul Iman? Tampankah lelaki itu? Sayangkah dia pada Nurul Iman? Terlalu banyak andaian yang menyumbat benakny sekarang. Terlalu banyak yang membuat hatinya risau dan parah. Dia kemudian bangun, berdiri dihadapan cermin.

Tak tampan ke aku, sampai Nurul Iman tak tertarik?

Dia meneliti wajahnya. Selama ini ramai perempuan tergila-gilakan dia. Ramai yang memuji wajahnya tampan. Tetapi kenapa Nurul Iman seolah-olah tidak mempunyai perasaan padanya?

Ah... Kacau... kacau!

Kenapalah makin dihapus ingatan dia terhadap Nurul Iman, semakin kuat ingatan tersebut menerpa dibenaknya. Carl Zafran benar-benar buntu!

Tunggu Aira di Kota Bandung


SOLD OUT
Tajuk: Tunggu Aira di Kota Bandung
Penulis: Nirrosette

Sinopsis
waktu seakan terhenti ketika mata kamu singgah menyapa hati

Perkenalan Aira dengan cinta pertamanya buat dia terasa seperti di awang-awangan. Indahnya. Manisnya. Bahagianya. Baru saja rasa itu ingin ditelan, terasa pula pahitnya. Jejaka yang didamba rupanya sudah berpunya!

Lalu Aira cuba mencari bahagianya sendiri. Sangkanya bahagia itu telah ditemui, tapi luka lama datang menyapa kembali. Aduh, bagaimana lagi harus dia lakukan? Namun dia tekad, bahagia sudah ada di depan mata. Tak perlu lagi dicari.

Kisah cinta Aira terlalu banyak likunya. Dukanya. Tangisnya. Bilamana yang hilang tak terganti lagi, biarkan saja yang pergi terus menjauh. Sesungguhnya Dia lebih tahu segala-galanya.

andai maafmu bisa menghapus air mata duka
mungkin saja
aku bisa lupakan semua

Sunday, November 3, 2013

Dia... Isteri Luar Biasa

SOLD OUT
Tajuk: Dia...Isteri Luar Biasa
Penulis: Umie Nadzimah

Sinopsis
SINGLE is simple, double is trouble...
Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwinpun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya , yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Issy...mesti ada jalanlah...

Hakikatnya... It needs two persons to have one...

“So , apa susah ? Ajaklah aku make love sampai kau mengandung”~ Kamarul.

“Tahulah aku ni cetek ugama, tapi aku tak tergamak buat dosa-dosa besar macam tu tau”~ Dewi Yusra.

“Habis tu, kata nak anak, suruh kahwin tak mahu, itu sajalah caranya. Ada jalan lain ke? Kalau aku, on saja, peluang depan mata...” ~Kamarul

“Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu”~Dewi Yusra

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan ‘Suami Sementara’ dari lelaki baik-baik, gen terhebat ,genius dan stok sembahyang atas kapalterbang.

“Saya Amzar...err...Radin Amzar yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu...”

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar . Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percayapun ada. Ingatkan lelaki itu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr Radin Amzar, lelaki terpilih sebagai ‘Suami Sementara’nya untuk seorang zuriat ? Bagaimana pula rancanga Kamarul yang terlalu menyintainya?

Temui jawapannya dalam DIA... Isteri Luar Biasa, kisah seorang gadis yang terpaksa bangkit dari peristiwa kelam hidupnya. — with Cahaya Nasuha.