Friday, November 15, 2013

Lafaz Cinta Di Jari Manis

SOLD OUT

Sinopsis
“Tolonglah Khal..jangan buat Qis begini. Tolong kasihankan keluarga Qis, Khal. Tolonglah datang. Tolonglah. Qis mohon sangat-sangat, Khal.”-Annur Qistina

“ I tak akan terima perempuan curang jadi isteri i. I takkan terima perempuan yang dah dipeluk lelaki lain. I tahu you suka dia dari dahulu, Qis. And due to that…you don’t deserved me, Qis.”- Khalish

Hanya kerana salahfaham, rasa percaya yang rapuh, cemburu nan melaut dan ego melangit seorang Khalish Ariq, Annur Qistina terpaksa menanggung akibat. Dia dimalukan dihadapan semua sanak saudara dimalam pernikahan mereka bila Khalish tidak muncul. Keluarga ternyata bulat-bulat menerima cerita Khalish lalu tega menghukum Qistina. Dia dihalau ayah sendiri!

“Qis tak tau apa-apa, ayah. Demi Allah, bukan Qis yang rancang semua ni. Qis.. Qis tak buat macam tu ayah. Tolonglah ayah. Percayalah cakap, Qis ni ayah." "Sudah. Cukup, Qis. Jangan cakap apa-apa lagi. Ayah tak mahu dengar. Itu semua bohong. Qis bohong!"

Manchester menjadi tanahair Qistina selama tempoh pelarian. Walau pergi atas tiket tuntutan tugas, yang nyata pemergian Qistina ke sana membawa lara sekeping hati yang hancur lumat dicincang oleh sang tunang tercinta! Lebih lima tahun melarikan diri di tanah ratu, Qistina kembali menyambung tugas ditanahair. Khalish yang sedar akan khilaf dahulu setelah kisah malam kejadian yang melibatkan Qistina dan rakan akrab setugasnya Joe terbongkar kebenarannya kembali mengejar cinta Qistina yang pernah diinjak. Namun hati yang sudah parah terluka mana kan mungkin sembuh seperti sediakala hanya dengan sepotong maaf!

"I knew it was my big mistake, Qis." “Dah tak guna semua tu lagi. Takkan dapat you kembalikan masa lalu i yang you rampas hanya kerana kebodohan you, Khal. Kerana you, i hilang segala-galanya. Everything, Khal.”

Mampukah Khalish merebut kembali sekeping hati milik Qistina yang teruk dilukai. Cabaran getir terbentang kerana terpaksa bersaing dengan Fazwan Anuar sang CFO yang muncul tiba-tiba dengan misi sama mahu menawan hati sang barbie doll jelita. Khalish tahu pesaingnya bukan calang-calang. Qistina bingung. Keliru. Mana satu yang harus dipilih. Kepada Joe; teman akrab yang paling memahami dihambur semuanya. Namun tanpa Qistina sedar Joe dalam diam menyimpan rasa dan hasrat yang sama. Rasa yang tidak pernah terzahir, hasrat yang tidak pernah terluah. Lalu siapakah yang akan memiliki diri dan hati seorang Annur Qistina? Lafaz cinta siapakah yang akan terpilih dan termetri di jari manis si cantik Annur Qistina buat selama-lamanya.

Sesungguhnya, pilihan yang baik itu bukan semata-mata kehendak hati..tapi anugerah terindah dari illahi.

No comments: