Thursday, July 16, 2020

OBSESI


SOLD
Obsesi
Abdul Rahim Awang

Sinopsis
Lelaki tampan, kaya dan berketurunan diraja seharusnya tidak menghadapi masalah mencari pasangan hidup, tetapi Tengku Azzudin dicarikan jodoh oleh ibunya, mengapa?

Suriati tiada bermadu, tetapi masih terpaksa bersaing untuk mendapatkan kasih sayang suaminya. Mengapa?

DONIA


SOLD
Donia
Lamia Aimal


Sinopsis

Nurlisa Rahmat, Seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia.

MIRA EDORA






SOLD
Mira Edora
Khadijah Hashim

Sinopsis

Dilema seorang anak gadis bernama Mira Edora yang mencintai gurunya, sedangkan gurunya itu adalah bekas kekasih ibunya suatu ketika dahulu. Apakah yang terjadi kepada insan-insan ini apabila rahsia ini terbongkar? Apakah kesudahan cinta Mira Edora terhadap Cikgu Nordin? Kisah dilema Mira Edora yang mengasyikkan ini pernah difilemkan dengan judul yang sama.

NOTA CINTA BUATMU


SOLD
Nota Cinta Buatmu
Norhayati Berahim

Sinopsis
Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan. Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi. Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati! Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali. Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!