Wednesday, April 30, 2014

Mayang Sari

SOLD OUT

Sinopsis

Kerana dendam seorang isteri terhadap kecurangan suaminya, seorang anak menjadi mangsa komplot pem-bunuhan. Namun Adora Natalia sempat diselamatkan oleh Daeng Suria sahabat pembantu rumah Faiz dan Winona iaitu papa dan mama Adora Natalia. Adora Natalia atau Mayang Sari dipelihara oleh Daeng Suria sehinggalah kepulangannya ke negara asalnya. Bersama Sulastri, Mayang Sari didera dan dipaksa mengemis. Nasib malang Mayang Sari mengundang simpati Samad, seorang pengawal keselamatan. Namun hasratnya untuk menyelongkar misteri siapakah Mayang Sari tidak tercapai setelah dia dan isterinya dibunuh. Misteri kehilangan Adora Natalia dibongkar semula dengan penemuan sekeping foto milik Adora Natalia yang ditemui bersama mayat Samad. Ketika Mayang Sari mencari haluan sendiri, dia bertemu dengan Akashah. Mayang Sari dipelihara oleh Akashah dan keluarganya. Namun demi membalas budi, Mayang Sari terpaksa menerima Akashah yang lebih tua darinya sebagai suami dan melupakan impiannya untuk bersama Farok. Bagaimanakah perjalanan takdir Mayang Sari? Dapatkah dia bertemu semula dengan keluarganya dan terbongkarkah rahsia kehilangan Adora Natalia?

Saturday, April 19, 2014

TAKAGI SAYANG

SOLD OUT

Sinopsis

Mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah. Disulam pula kasih dan cinta. Tetapi kehadiran si dia yang pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilemma. Si dia hadir meminta simpati, setelah hamil akibat diperkosa. Si dia perlukan suami… demi menutupi onak diri yang sememang bukan kerelaannya. Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri. Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seseorang yang yang pernah memberikan nyawa padanya suatu ketika dahulu?

Siapakah yang akan mengerti dan menyebelahinya?

Enigma

SOLD OUT

Sinopsis
Percutian enam sahabat bersama seorang jurupandu ekspedisi di Hutan Pedu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka iaitu Razif dibunuh secara misteri. Enigma terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dalam usaha mencari watak sebenar yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan – manusia atau makhluk misteri yang menghuni rimba berkenaan? Konflik semakin meruncing apabila usaha mereka untuk keluar dari hutan berkenaan gagal apabila kumpulan ekspedisi itu sesat. Pelbagai gangguan mistik dan aneh menghantui mereka sepanjang terpenjara dalam belantara berkenaan. Nyata mereka tidak bersendirian kerana makhluk misteri yang ganas serta sudah lama menyembunyikan diri dalam hutan it uterus mengintai pergerakan kumpulan manusia terbabit dengan tujuan tertentu. Ketika berada dalam keadaan tertekan dan penuh konflik itulah akhirnya terbongkar pelbagai rahsia – setiap seorang daripada mereka memiliki motif untuk membunuh Razif. Kebingungan terus menyelubungi kumpulan terbabit dalam usaha memecahkan misteri identiti sebenar pembunuh Razif – manusia, spesies makhluk aneh yang memburu mereka atau makhluk halus yang mendiami belantara itu.

Monday, April 14, 2014

Hadirkan Cinta Buat Aku


SOLD OUT
Sinopsis 
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.

‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.'

SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…

‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?'

LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.

“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.

MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…

BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!

Abang King Kontrol


SOLD OUT

Sinopsis 
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?

Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.

“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”

Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.

“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”

Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.

“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”

Friday, April 11, 2014

Suami Tanpa Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 
"Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta."
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, kesempitan antara dua keluarga boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, "Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!"
Kata papa, "A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful."
Kata mama, "Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business."
Kata Ustaz Abdul Rahim, "Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu ialah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT."
Kata Zaidan Iman, "Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta kepada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia kepada orang lain."

Apakah perlu ada cabaran untuk mencintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
"Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih daripada sempurna."

Wednesday, April 2, 2014

PUTIK-PUTIK RINDU


SOLD OUT

Sinopsis
Seorang anak yang kehilangan ibu, hidup ketandusan kasih sayang. Tiba-tiba ibu yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali. Kemunculan ibunya secara tiba-tiba itu telah membuat hatinya terluka, sakit bagai tertusuk sembilu. Perasaannya hancur berkecai.

Ibunya menagih kebahagian dari Tina untuk anak tirinya. Tahukah ibu Tina bahawa permintaannya itu telah merobek hati dan harapan anak kandungnya sendiri.

Tina terus melontar-lontar dengan perasaan hiba menyeimuti dirinya. Mengapakah perempuan yang melahirkannya sanggup menuntut kebahagiaan untuk anak tirinya? Pertemuan antara Tina dan ibunya sungguh memedihkan perasaan. Jiwa Tina tersiksa. Dia terus menangisi nasibnya. Seluruh hidupnya tenggelam dalam arus kekecewaan. Itulah mengorbanan yang di tuntut dari Tina, gadis malang yang hidup tanpa kasih sayang.