Monday, April 14, 2014
Abang King Kontrol
SOLD OUT
Sinopsis
Ini bukan kisah biasa. Kisah jodoh pertemuan yang tidak disangka antara Irdina Ilmuna dan Razif. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta, tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam. Manusia merancang, Tuhan menentukan. Siapa sangka hanya dengan salah faham yang kecil, mereka disatukan ibarat kahwin ekspres. Terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Luar biasa, bukan?
Betullah kata orang, bercinta selepas kahwin lebih membahagiakan. Ya, Irdina rasa bahagia. Hanya luaran nampak bahagia, tetapi dalam hati siapa yang tahu. Hidup Irdina dikawal sepenuhnya.
“Kenapa aku rasa makin kecewa dan sedih padahal dalam hidup aku segala-galanya ada. Kemewahan, kasih sayang, dan perlindungan melimpah ruah. Tetapi kenapa perasaan aku makin hari makin pilu? Luaran bahagia tetapi dalam hati aku menderita. Ramai kata aku bertuah kerana dapat suami dan keluarga yang penyayang. Tapi hakikatnya aku tak bahagia.”
Berpuluh nasihat diberi kepada Razif, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Semakin hari, kawalan Razif semakin teruk. Bukan hanya pakaian dan makanan, malah pergaulan dan perkara yang disukai Irdina juga disekat. Irdina semakin terkongkong.
“Masalah apa? Takkan nak masuk tandas pun dia kena pilih? Berpadalah nak kawal bini pun. Ini tak, semua benda dia tentukan. Dalam, luar semua nak kontrol. Kalau saya… dah lama meletup. Kita pun manusia, bukan robot. Dia tu dah macam Abang King Kontrol.”
Bagi Razif, semua yang dibuatnya untuk kebaikan Irdina juga, sehinggakan berkawan dengan sepupu lelaki sendiri juga tidak dibenarkan. Haram katanya. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja. Akaun Facebook ditutup. Minum air bandung tidak dibenarkan. Memandu dilarang. Wajib berhenti kerja. Pakai baju warna pink pun haram.
“Razif tak pernah anggap dia hamba. Tapi kalau dia dah tak mahu tinggal dengan Razif dan ikut semua yang Razif kata, dia boleh berhambus dari sini!”
Labels:
abang king kontrol,
gedebook,
imanisa riana,
novel terpakai,
sold out
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment