Monday, April 14, 2014
Hadirkan Cinta Buat Aku
SOLD OUT
Sinopsis
SYED ZIQRI – Kerana Emma Saffiya perlukan kasih sayang seorang ibu, dia menerima Sara Adelina sebagai isteri. Kasihnya yang menebal terhadap arwah isterinya, Syarifah Sofiya buat dia keliru dengan apa yang dia rasa terhadap Sara sehingga tegar menggores perasaan isterinya itu.
‘Tiada siapa yang boleh gantikan tempat Sofiya di hati abang. Abang tak mungkin boleh berlaku adil pada Sara. Berkahwin dengan Sara tetapi dalam hati abang, hanya ada cinta Sofiya. Tentu tak adil bagi Sara.'
SARA ADELINA – Kerana diburu, dia menerima lamaran Syarifah Raziah untuk Syed Ziqri. Tiada apa yang dia fikir kecuali keselamatan diri dan kasih sayang yang mula hadir untuk si kecil, Emma Saffiya. Namun…
‘Sara tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa Sara tahu letak duduk status Sara. Tegarnya abang tinggalkan Sara saat Sara mengandungkan anak abang. Apa salah Sara pada abang? Syed Ziqri! Kenapa buat aku begini?'
LIMA tahun berlalu, Syed Ziqri pulang semata-mata membawa satu misi iaitu berkahwin dengan kekasihnya, Syarifah Letisha merangkap sepupu kepada arwah isterinya, Syarifah Sofiya. Sekali lagi Sara diuji hati dan minda. Mana tidaknya, Syed Ziqri pulang bertujuan lain tetapi tiba-tiba tersangkut dengan dirinya pula.
“Ya Allah, sampai bila drama ini berlarutan? Abang, kenapa buat anak-anak macam tu? Nanti-nanti abang pergi lagi tinggalkan mereka.” Sara di dalam bilik air bertambah sebak dan pilu.
MEREKA berbalah dan berperang, namun kerana anak-anak, mereka berusaha cipta bahagia…
BETAPA Syed Ziqri resah sendirian tatkala syarikat hampir muflis dan dijangka akan disaman hingga ratusan juta. Betapa Syed Ziqri marah dan sakit hati namun dia terpenjara. Hanya Syarifah Letisha yang ditinggalkan, mampu menjadi penyelamat, namun tegarkah dia menggores hati Sara sekali lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment