Wednesday, March 28, 2018

#HATI



SOLD OUT
#HATI
Mr Egois - Hana HE
Perempuan Terpilih - Hash Aulia


Mr. Egois - Hana HE
Sinopsis

Perkahwinan yang wujud berlandaskan ego semata-mata. Kerana Syed Dariz adalah lelaki yang cukup pantang dicabar. Apatah lagi pulangan andai memenangi permainan otu sangat lumayan. Fazhel sanggup menyerahkan Tasnia sebagai teman 'idur' untuk satu malam. Lantas mengahwini Nur Darlina adalah semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.

Aku tak kahwini kau kerana cinta. Bear this in your mind - Syed Dariz

Berkali-kali dilukai, Darlina setia di sisi Dariz kerana dia adalah seorang isteri. Hinggalah satu saat kesabarannya menipis dengan perlakuan Dariz yang cukup keterlaluan.

Jadi sejak bila katil kita dijadikan tempat awak melampiaskan nafsu dengan perempuan lain, Riz - Nur Darlina

Kejam. Dariz tahu dia cukup kejam. Namun untuk mengakui kesalahannya adalah perkara terakhir yang dia akan buat. Sehinggalah Nur Darlina hilang dari sisinya, barulah Dariz jadi separuh nanar.

Mampukah peluang kedua itu ada buat Syed Dariz yang cukup terkenal dengan sikap egonya itu?

************************
Perempuan Terpilih
Hash Aulia

Sinopsis
Jatuh cinta adalah perkara terakhir alam hidup Afeef Zafran. Namun tatkala meihat Essandra, prinsipnya berubah sekelip mata. Waaupun si gadis serba kekurangan, hati tetap degil untuk mencuba.

"Dah tak ada perempuan lain ke, Feef? She's too much! Seksi, perangai tak semenggah. Kau nak mama sakit jntung tengok dia?"

Sejuta rintangan mendatang, dia tetap teguh dengan prinsipnya. Gadis liar itu, akan dia miliki walau dengan apa cara sekalipun.

Dan bagi Essandra, lelaki itu makhluk pengganggu. Hadir tanpa dipuja. Muncul tanpa dijangka. Buat hidupnya kucar kacir.

"Setahu I, I tak pernah pernah berkahwin. Jadi berhenti berlagak macam you tu suami I!"

"Then, be my wife. Itu pun kalau you tak nak I sentuh you secara haram. You tahu kan I takkan teragak-agak untuk buat macam tu?"

Benar, lelaki itu tak pernah bergurau dengan bicaranya. Dan ada ketika, dia sendiri rasa kecut. Namun untuk menerima, dia tidak punya hati. Sama ada untuk mencintai atau pun dicintai.

BONUS: Cerpen Esok Dia Nikah (Lynn Dayana)

Thursday, March 15, 2018

TASJIL ANIS SALATIN Sejarah Agung Melaka



SOLD OUT
Tasjil Anis Salatin Sejarah Agung Melaka
Farahana Shuhaimi

HERO PANDANG PERTAMA

SOLD OUT
Hero Pandang Pertama
Nia Qurratun'aini

Sinopsis

Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.

“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”

Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.
Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.

“Pintu tak boleh terbuka luas, kena tutup rapat. Jarak kita terlalu jauh. Jadi...”
“Awak nak buat apa ni?”
“Bila dah dekat... Apa yang tertutup, kena dibuka.”
“Awak... Awak... Awak jangan macam-macam.”

Munculnya Qauthar setiap hari di hadapan mata telah membuat Aura Aisyah jatuh cinta. Namun, saat Aura Aisyah mengaku Qauthar bukan sekadar hero pandang pertamanya, kebenaran yang cuba Qauthar sembunyikan terbongkar. Aura Aisyah benar-benar terpanar.

Friday, March 9, 2018

CUCU LANUN


SOLD OUT
Cucu Lanun
Cici Aida

Sinopsis

Lanun? Siapa dia? Dua lelaki. Seorang tua dan seorang lagi muda. Yang tua bergelar datuk. Punya kuasa dan kedudukan. Yang muda bergelar cucu. Mata keranjang dan tukang menghabiskan harta keturunan. Kedua-duanya tidak serasi bila seringkali berjumpa.

“Kalau kamu masih anggap kamu adalah keturunan John Legend, kamu dengar cakap saya dan jangan nak membantah.” Tuan John.

Diletak pula dalam kehidupan yang cukup daif. Tinggal dirumah usang pusaka nenek moyangnya sendiri. Dalam susah-susah, berkenan pula nak memikat anak jiran depan rumah.

“Eh, mana boleh pegang-pegang. Haramlah.”- Arin

“Nak halalkan macam mana? Naz

“Eh, mana boleh kongsi dengan orang. Itu rahsia peribadilah.”- Arin

“Kedekut! Minta-minta biarlah lelaki tu aku.”- Naz

Namun, gara-gara 5 ribu, Arin hampir jadi mangsa gadaian ‘Along’. Dan penyelamatnya, Encik Jiran a.k.a Naz Amsyar.

“Kau nak buat apa?”

“Kita kahwin?”

“Kau gila?”

“Tak payah nak terkejut sangatlah. Kahwin aje pun. Bukan suruh kau jual maruah dekat aku.”

Ingatkan kahwin selesai masalah, rupanya tambah masalah. Sehinggalah terbongkar rahsia yang Naz Amsyar adalah cucu Tuan John. Bertambah ngilu hati Arin apabila si cucu lanun ini rupa-rupanya kasanova.

“G tu apa?”- Arin

“Gundeklah.”- Naz

Bila G sudah menyerang, Naz Amsyar jadi tidak senang duduk. Jadi terpaksalah Arin menjalankan misi Mak Jemah vogue dengan lelaki itu. Semuanya gara-gara sayang. Tapi mampukah Arin menyelesaikan misi menghapuskan G, Naz Amsyar? Dan bagaimana dengan Naz Amsyar bila diberi dua syarat dari Tuan John. Berjaya atau tidak cucu lanun ini mendapatkan apa yang dia mahu? Ikuti kisah mereka sehingga ke titik akhir.

KALAU BUKAN KERANA CINTA

SOLD OUT
Kalau Bukan Kerana Cinta
Daisy Zahra

Sinopsis
Faris, seorang jutawan kosmetik dan pemilik Ratu Citra Beauty. Sudah mempunyai kekasih, Raisya, yang merupakan seorang model dan pelakon. Oh! Juga mempunyai seorang PA, bernama Irdina, yang sudah mempunyai tunang iaitu Shafik dan sedang menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki itu.

Namun, kerana satu kejadian Irdina bertindak untuk memutuskan pertunangan, sekali gus membatalkan perkahwinan mereka. Adanya bos yang sudi mengganti tempat pengantin lelakinya, tetapi… wajah Faris tidak seperti dahulu.

“Kalau you sudi, I nak naikkan pangkat you jadi isteri I”
Irdina serba salah. Sungguh, dia tidak menilai kerana paras rupa, tapi kerana cinta dan sayangnya yang masih bersisa untuk Shafik, dirasakan tidak adil pula untuk encik bos. Tapi, kalau dah jodoh tak ke mana. Mereka bersatu sebagai suami isteri.
“I tak nak dengar lagi bos, bos, bos… Sini bukan pejabat dan you kena biasakan diri panggil I yang lain. Sebab dah terbiasa panggil I boslah, you nampak I ni macam bos. Nanti kalau dibiarkan, sampai ke tua you panggil I bos.”
Biarpun si suami digelar Encik Beast kerana paras rupanya, Irdina tidak kisah. Di sisi Encik Beast, tiba-tiba boleh terbit satu rasa. Kalau bukan kerana cinta, habis tu apa yang sedang dirasainya sekarang? Dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing mereka bahagia. Irdina menerima Encik Beast seadanya. Sehingga munculnya Talia yang cuba menggoda.

DIA ANAK JENERAL


SOLD OUT
Dia Anak Jeneral
Hezzy Azra

Sinopsis

KALAU sudah nama berbintikan Hambali, semuanya akan diatur…termasuklah mencari calon suami. Bila Leftenan Jeneral kata hitam, maka hitamlah warnanya. Walaupun ketika itu, pelangi sudah jadi 14 warna, Syirin harus akur.

Kehadiran Zakhif, telah menggoyahkan hati Syirin. Kali pertama bertentang mata, dia dan Zakhif saling terpesona. Saat bertegur sapa, hati dibaluti bahagia. Bila tidak bertemu, ada rindu yang menderu.

Tetapi Zakhif sedar siapa dia. Bagaimana kuatnya cinta terhadap Syirin, hebat juga risiko yang menanti. Lalu Zakhif cuba menjauh. Namun, Syirin semakin mendekat dengan satu tekad.

“Kalau awak datang ke rumah berjumpa ayah dan mak saya…saya terima pinangan awak.”

Zakhif mula pening! Mampukah dia menghantar rombongan? Yang ingin dipinang itu srikandi Leftenan Jeneral Hambali. Pikat bapa mertua lebih mencabar daripada memikat anaknya! Argh…ini kisah cinta yang mudah tetapi bertukar payah. DIA ANAK JENERAL menjadi epik cinta yang indah.

DIKALA HATI MERINDUI


SOLD OUT
Dikala Hati Merindui
Hash Aulia

(EDISI TERHAD)


Sinopsis

Kerana taat kepada ibu bapa, dia setuju untuk berkahwin. Tanpa sayang. Tanpa cinta. Hanya bersandarkan pilihan keluarga adalah yang terbaik. Namun, perkahwinannya perlu bersyarat.

"Luth setuju kahwin dengan gadis pilihan mama kalau dia boleh penuhi semua syarat-syarat Luth." Luth Ibrahim.

Walaupun bakal isterinya memenuhi kriteria, namun dalam hati tetap ada rasa tak senang. Serba-serbi tidak kena pada matanya. Dan bagi Chempaka Delina, encik suami adalah raja ego. Tuan diktaktor bermulut lepas.

"Awak masih dara ke? Bukan apa, sekarang ni ramai anak dara bukan anak dara dah. Well, you know what I mean."

"Tuan Luth Ibrahim masih teruna ke?" Chempaka Delina.

Dan bagi Luth Ibrahim, cik isteri pula adalah gadis sopan yang berlindung di sebalik mulutnya yang makan dalam. Setiap bicara pasti menyentak tangkai hati. Tanpa sedar, tingkah itulah yang menarik hati masing-masing. Menjemput cinta dalam diam. Menyayangi secara bisu. Namun, belum sempat hendak meluahkan cinta, segalanya musnah kerana satu malam. Di mana, malam yang meragut maruah serta kebahagiaan yang baru ingin dibaja. Malam yang meninggalkan titik gelap sekali gus merentap hidup seorang Chempaka Delina.

"Aku tak mampu terima kekurangan dia. Tak mampu tipu diri sendiri." Luth Ibrahim

Di saat dia perlukan seorang suami, Chempaka Delina ditinggalkan tanpa belas kasihan. Digantung tidak bertali. Dihukum tanpa alasan sehingga dia mengalah untuk hidup. Benarlah..hati manusia sering berubah-ubah. Bagi Delina.. tatkala Luth Ibrahim berlalu meninggalkan dia terhukum atas khilaf insan lain, cinta itu sudah mulai mati dalam hatinya.

KETIKA WAKTU MENDATANGKAN CINTA


Kondisi: terdapat 2 mukasurat yang telah diperbaiki kerana kesalahan cetakan (upside down), mukasurat lengkap

SOLD OUT 

Ketika Waktu Mendatangkan Cinta 
Nueen



Sinopsis
INSYIRAH dan Razif, bersatu tanpa ada cinta. Demi menjaga maruah keluarga yang memeliharanya sejak kecil, Insyirah terpaksa menggantikan tempat Khalidah, tunang Razif yang menarik diri di saat-saat akhir.

Walaupun tiada cinta, Insyirah masih cuba mengecap bahagia. Namun, selepas empat tahun hidup bersama, Khalidah muncul semula menagih cinta lama. Kerana terlalu buta dengan cinta Khalidah, Razif tidak teragak-agak menceraikan Insyirah.

Demi masa depan dan kebahagiaan diri dan anak-anaknya, Insyirah nekad membawa diri. Ketika dia sedang cuba bangkit daripada kekecewaannya, Hazman muncul dalam hidupnya. Dirinya kembali bersemangat, perasaan yang dulunya dirasakan telah mati, tiba-tiba hidup semula. Cumanya, bila Hazman mula meluahkan rasa, ada sesuatu yang menghalang Insyirah menjawab, ya!

“Err, satu je yang saya risau ni. Saya tak mahu berkawan dengan suami orang, tunang orang atau kekasih orang. Sebab saya janda.”

“Kenapa? Janda tu macam kuman ke? Tak boleh dekat?”

Ya, sebab Insyirah janda.

“Untuk pengetahuan awak, saya bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan jugak kekasih orang. Empat tahun dulu saya pernah jatuh cinta...”

Layakkah janda seperti dia berada di samping lelaki seperti Hazman? Dan mampukah dia menggantikan tempat gadis yang sudah beraja di hati Hazman sejak empat tahun yang lalu? Benarkah ada cinta untuk Insyirah atau dia bakal mengulangi semula sejarah lamanya bersama Razif? 

MUNGKIN BUKAN AKU


SOLD OUT 

Mungkin Bukan Aku
Hani Fazuha

Sinopsis


“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya?

Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada?

“I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz
“Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill

Dulu....Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.

Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat.

“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz.

Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang.

Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara?