Tuesday, April 30, 2013

Playboy Itu Suami Aku?



SOLD
Playboy Itu Suami Aku? 
Suri Ryana

Sinopsis 


“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blah macam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenali playboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri. Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorang playboy pulak tu!

Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing.

Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

“Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Saturday, April 27, 2013

Gadis Edisi Terhad


SOLD
Gadis Edisi Terhad
Rin Ahmad

Sinopsis 

Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
I love you Fishy.”
I love you too Cheesy.”

Yang Manis


SOLD
Yang Manis
Marissa
Sinopsis 

IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

"Aku nak pikat Raees Hamzah."
"Apa?"
"Aku nak pikat Raees Hamzah."
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perampuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi buta. Sudahlah buta, tak ada air pula."

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pula rasa pelek. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan 'tidak cukup kain' tapi tetap ada manisnya.

"Perempuan macam tu yang hang pilih?"
"Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku adi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bulan lagi aku pandang, lagi aku bengang."

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta.

Friday, April 19, 2013

Helo Suami, Hai Isteri!

SOLD OUT
Helo Suami, Hai Isteri!
Q


Sinopsis 

Putri Shazlin tidak pernah bermimpi yang dia akan dinikahkan pada usia yang muda. Seawal umur 22 tahun dia sudah ‘dipaksa’ untuk berkahwin hanya kerana sikapnya yang terlalu manja. Pasangannya pula adalah seorang anak kepada sahabat ayahnya sendiri, Airil yang dikatakan dia seorang ‘otaku’. Hati mana yang rela jika diminta berkahwin segera? Kerana kedua-dua mereka tidak rela, mereka berdua berjumpa untuk berbincang secara baik bagi mencari penyelesaian. Lain yang dibincangkan, lain pula persetujuan yang dicapai, masing-masing bersetuju untuk memberi peluang untuk perkahwinan ini. Mungkin ini memang jodoh yang tertulis.
Setelah berkahwin pelbagai perkara terpaksa mereka tempuhi, Shazlin dengan rajuknya, Airil dengan sabarnya terpaksa beralah kepada ‘puteri’. Berkat kesabaran mereka, lama-kelamaan keserasian mula menjelma di hati, mereka lebih selesa dan intim walaupun hubungan mereka bak kawan baik sahaja.
Namun kemunculan dua insan yang mengaku kawan di sisi mereka mula membawa perubahan di dalam hubungan mereka. Kononnya hanya kawan biasa tetapi sebenarnya mereka memasang niat lain, sudah cukup kuatkah rumah tangga yang Airil dan Shazlin bina bagi melawan rintangan yang datang? Adalah cinta sahaja cukup untuk membahagiakan mereka? Bagaimana pula dengan kepercayaan?

Kopi Ladyku

SOLD OUTKopi Ladyku
Ainul Hazrah

Sinopsis 
Arisa kata, dia Puteri Duyung! Kata Izhar, Arisa Dayang Senandung! Hakikatnya, Arisa hanyalah anak nelayan yang tinggal di rumah setinggan. Dia punya cita-cita tinggi untuk mengubah kehidupan keluarga, namun demi adik-adik dia terpaksa melupakan niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Baidura dan adiknya, Izhar telah menawarkan pekerjaan sebagai kopi 'lady' di pejabat mereka kepada Arisa dan membawa gadis itu tinggal bersama mereka. Sebagai anak kampung yang polos dan lurus, semuanya begitu asing buat Arisa. Banyak suka duka yang berlaku di dalam era baru kehidupannya.

Akhirnya, kehadiran Arisa di dalam keluarga itu menjadi buah mulut saudara-mara. Demi menutup mulut tempayan yang sentiasa terbuka itu, Izhar telah bersetuju untuk mengahwini Arisa. Arisa pula bersetuju untuk berkahwin dengan Izhar kerana Izhar telah berjanji untuk membiayai pelajarannya ke menara gading.

Walaupun bukan kerana orang ketiga, pasangan yang baru mengenal bahagia itu dilanda badai juga. Kapal mereka terumbang-ambing di lautan tanpa haluan. Mereka ingin mencari arah, tapi seakan tenggelam punca. Kini, mereka hanya mampu bertahan selagi terdaya.

"Betul Iz nak kahwin dengan Icha? Dia tu bukan betul sangat, rempang-rempang bahasa. Wayar berselirat, tak putus saja lagi." - Muiz -

"Wayar dia cuma berselirat, belum putus lagi. Bila dah kahwin nanti, saya akan susun balik wayar tu elok-elok dan takkan biarkan dia putus, Insya-ALLAH!" - Adib Izhar-

Semerah Red Velvet


SOLD OUTSemerah Red Velvet
Hezzy Azra

Sinopsis 
Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya.

Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda.

Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka?

Thursday, April 18, 2013

Warkah Cinta Berbau Syurga

SOLD OUTWarkah Cinta Berbau Syurga
A. Ubaidillah Alias

Sinopsis 
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar daripada kemelut ini?

Wednesday, April 17, 2013

Pilot Cafe


SOLD OUTPilot Cafe
Ahadiat Akashah


Sinopsis 


DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK

kehidupan ini bermula di mana-mana...
tak menentu indah ataupun gundah
bila MAYA kehilangan jantung hatinya...
dia bertemu AMEER...
lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE...
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA
belajar untuk menolak cinta yang suci.
bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang
sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula
insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini...

Pengawal Cinta Peribadi

SOLD OUT
Pengawal Cinta Peribadi
Maya Bahrun


Sinopsis

Rakaman pembunuhan orang tuanya sampai ke tangan Alan. Adik perempuannya ditawan oleh pembunuh terbabit sebagai cara untuk mengumpannya keluar. Lantas, Alan Jon Fatah muncul semula walaupun dia sudah dianggap mati oleh media dan keluarga.

Dengan kemahiran yang dipelajarinya dia berjaya menyelamatkan Iris. Alan berhubung dengan Mazni yang berhubungan rapat dengan Iris. Melalui bantuan Mazni dia berjaya membuat rancangan untuk menjaga adiknya sehingga semua urusannya selesai tetapi terpaksa menyembunyikan identitinya sebagai Alan Jon Fatah dan hanya menggunakan nama samaran Maksim Vlad demi untuk keselamatan Iris. Semuanya berpunca daripada dendam Bernardo.

“Tiada jalan keluar selain memburu dia. Aku yakin lelaki itu Alan. Sekarang ni, jangan harap dengan kedua-dua belah tangan kau. Sepasang kaki sempurna pun belum tentu akan menolong kita melarikan diri daripada Alan!”

Hanya Iris yang mengetahui siapa Maksim sebenarnya. Walaupun dia tidak berkenan siapa abangnya yang baru muncul itu, tetapi dia meyakini bahawa mereka berdua tidak akan berpisah lagi. Satu perkara yang sangat mengejutkan Alan berkenaan Iris, adiknya itu mempunyai kemahiran luar biasa. Dia mampu membaca minda seseorang!

“Dia abang kandung saya yang hilang 19 tahun yang lalu. Dia datang ke sini semata-mata hanya untuk melindungi saya.” - Iris Jon Fatah

Kehadiran Indra dalam hidup Iris sangat menyenangkan hatinya. Lelaki yang berperwatakan mesra itu merapati Iris secara diam-diam. Bermain sayang dalam renungan, berlagu cinta dalam pandangan. Iris jatuh cinta. Namun, siapakah Indra yang sebenarnya? Lelaki yang akan menjadi pengawal cintanya atau pemusnah sayangnya?

Bukan Hanya Ada Kita

SOLD OUT
Bukan Hanya Ada Kita
Nazurah Aishah

Sinopsis 
Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.


Telah ditakdirkan bahawa aku, Medina akan menjadi isteri kedua kepada Zahrin, biarpun aku telah berikrar tidak akan sekali-kali menyakiti hati perempuan lain sebagaimana hati ibuku.

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang Aiza dapat. Aku tidak akan menyusahkan Zahrin kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’.

Salahkah senyum ini pabila ada insan lain yang bersedih? Berdosakah bahagia ini apabila nanti ada insan lain yang menjeruk rasa?

Tidak ada perempuan yang dengan mudahnya reda menerima seorang lagi perempuan dalam hidup suaminya. Dan aku tidaklah terlalu kejam untuk meranapkan kebahagiaan orang lain.
Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan.

Friday, April 12, 2013

Hidup, Cinta, Takdir

SOLD OUT
Hidup, Cinta, Takdir
Ismi Fa Ismail


Sinopsis 

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban Hidup 
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendri kerana tak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun, pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah mengoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu..pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban Cinta

Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mecintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mecintai Joe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tak pernah wujud sabarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh meyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud. Bagaimnapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe? 

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban Takdir

Najla seorang gadis yang tak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkra dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptaNya. Dia juga percaya, Tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirundung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya di hadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah... 

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

SOLD OUT
Bukan Kerana Aku Tak Cinta
E-man Sufi

Sinopsis

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

Suami Tak Kuhadap


SOLD OUT
Suami Tak Kuhadap
Rehan Makhtar

Sinopsis 

Jiwanya mati. Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih dari perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergiaan ibu tercinta membuatkan airmatanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Usu dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez dari dirinya yang sepi.

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya. Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja. Malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Mahu tidak mahu, Syed Ahmad Budriz sanggup menerima cercaan dan maki hamun keluarganya kerana dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

“Abang minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga, ada hati yang perlu bernafas dengan cinta, ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagian?

Mama Mia Shaza


SOLD OUT

Mama Mia Shaza
Emy Roberto


Sinopsis


Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang 

terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang 

menjadi saksi perkahwinan mereka.

Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya


disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan


“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya “Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan 


Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya 


seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan


“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila


Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?

Tuesday, April 9, 2013

Kerana Terluka


SOLD OUT
Kerana Terluka
Aida Adriani

Sinopsis
NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi. Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan. "Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah." "Saya juga bimbang Is,kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini." Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

Monday, April 8, 2013

Cinta Untuk Sedetik Lagi


SOLD OUT
Cinta Untuk Sedetik Lagi 
Ezza Mysara
Sinopsis 

NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya. Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang. Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya. Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.
“Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah. Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remy Ishaklah!” -Naila Farafeesa
“Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya.” - Ezrakil
NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?
“Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!” - Nazreen
Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya. Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta Untuk Sedetik Lagi…