Showing posts with label ismi fa ismail. Show all posts
Showing posts with label ismi fa ismail. Show all posts

Wednesday, September 6, 2017

KEBANGKITAN


SOLD OUT
Kebangkitan
Ismi Fa Ismail
(Genre Fantasi)

Sinopsis

Pada zaman purbakala, kepak warna-warni mereka pernah mewarnai angkasa bagaikan bianglala. Sehinggalah Raja Pembunuh Langit mengerahkan tenteranya untuk memburu dan menghapuskan semua penghuni langit di barat dan di timur. Hasilnya untuk sekian lama, alam ini suram tanpa kesaktian mereka. Tapi... Kepulangan seorang gadis berhati suci ke tanah legenda, telah membangkitkan mereka semula!

Pepohon kelapa menyaksikan gadis itu berlari bagai angin menuju ke persisiran pantai di mana mereka sedang menunggu. Meninggalkan terapan telapak kaki di dalam pasir yang seputih kulitnya. Rambut hitamnya beralun bagai malam dan matanya bercahaya bak bintang. Manakala senyumannya segalak mentari yang terik di angkasa. Pawana di belakang menolak tubuhnya maju, dan awan di atas pula mengiringi langkah gadis itu bagaikan payung yang setia.
Akhirnya. Setelah beribu tahun dia menunggu. KEBANGKITAN mereka sudah tiba. Warna-warna merah, biru dan ungu yang bakal menghiasi langit pasca-milenia. Untuk menyelamatkan dirinya... dan menyelamatkan DUNIA!

Thursday, June 9, 2016

Kombo Perempuan Yang Paling Aku Cinta dll

SOLD OUT
JUALAN KOMBO SAHAJA
Perempuan Yang Paling Aku Cinta (Edisi Terhad)
Pelangi Gersang Kala Senja (Keluaran Khas/Bacaan Dewasa)
Kasih Tak Bermusim
Fobia
Si Gadis Rupawan
Mistika Lagenda

Wednesday, February 3, 2016

MISTIKA LAGENDA


SOLD OUT
Sinopsis

Mistika Lagenda mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang tokoh legenda yang tersohor di Pulau Langkawi iaitu Mahsuri Binti Pandak Mayah. Mahsuri adalah seorang wanita yang dikatakan cukup sempurna dari segala segi. Cantik, beriman, dan berpendirian teguh. Kisahnya pula disebut orang sejak zaman berzaman kerana wasiat terakhirnya yang telah memberikan impak yang begitu besar kepada Pulau Langkawi, 'Padang Jarak Padang Terkikir' selama tujuh keturunan kerana kezaliman yang telah dilakukan kepadanya. Ketika dibunuh, tubuh Mahsuri telah memancarkan darah berwarna putih sebagai bukti kesuciannya.

Cerita-cerita lain yang terdapat di dalam novel ini adalah seperti berikut:
Putri mambang sari dan tasik Dayang Bunting
Sang Gedembai
Gua Cherita
Gua Langsuir
Pari-Pari Telaga Tujuh
Merong Mahawangsa
Jentayu dan Garuda
Gergasi Mat Raya dan Mat Chinchang
Beras Terbakar
Telaga Ayer Hangat
Asal nama tempat-tempat di Pulau Langkawi

Friday, April 12, 2013

Hidup, Cinta, Takdir

SOLD OUT
Hidup, Cinta, Takdir
Ismi Fa Ismail


Sinopsis 

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban Hidup 
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendri kerana tak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun, pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah mengoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu..pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban Cinta

Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mecintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mecintai Joe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tak pernah wujud sabarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh meyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud. Bagaimnapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe? 

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban Takdir

Najla seorang gadis yang tak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkra dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptaNya. Dia juga percaya, Tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirundung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya di hadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah...