Friday, April 12, 2013

Hidup, Cinta, Takdir

SOLD OUT
Hidup, Cinta, Takdir
Ismi Fa Ismail


Sinopsis 

Nafas Seruling Kaseh - Keajaiban Hidup 
Nazril adalah seorang lelaki yang telah hilang kepercayaan terhadap apa pun. Siri kejadian malang dalam hidupnya menjadikan dia seorang yang berputus asa dan benci terhadap dunia. Sehinggakan beberapa kali Nazril mencuba untuk mengambil nyawanya sendri kerana tak sanggup menanggung penderitaan yang terlalu gah. Namun, pertemuan dengan Kaseh, seorang gadis cantik, bijak dan licik telah mengoncang dunia Nazril dan mengubah haluan hatinya. Membuka matanya terhadap keindahan yang masih wujud dalam dunia. Membuatkan dia rasa seperti ingin bernafas semula. Namun Kaseh sebenarnya bukanlah sepertimana yang Nazril sangkakan. Ada sesuatu tentang gadis itu..pertemuan singkat Nazril dengan Joe dan Ara pula memberikan satu impak yang di luar jangkaan Nazril. Siapa Joe dan Ara?

Yakini Cintaku - Keajaiban Cinta

Joe dan Ara tak pernah bertemu, tak pernah bercakap, tak pernah melihat muka dan tak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, mereka adalah pasangan kekasih yang paling utuh di dunia ini. Joe mecintai Ara dengan sepenuh hatinya. Ara mecintai Joe dengan segenap jiwanya. Setiap detik mereka sentiasa ada bersama. Adakah mungkin? Dua insan yang terpisah jauh dan tak pernah wujud sabarang bentuk komunikasi di antara keduanya, boleh meyakini yang cinta itu ada untuk mereka dan sering menanti penuh setia. Inilah keyakinan cinta yang anda belum pernah lihat atau dengar. Namun ianya wujud. Bagaimnapun, setiap kisah cinta tentu ada liku-likunya. Kehadiran Najla membuatkan kesetiaan Joe terbelah dua. Siapakah Najla? Kenapa dia begitu penting buat Joe? 

Gadis Di Tepi Pintu - Keajaiban Takdir

Najla seorang gadis yang tak punya apa-apa. Tiada harta, tiada cinta, tiada masa depan. Namun dialah gadis yang paling bahagia. Kerana satu perkra dia ada, iaitu kepercayaan terhadap ketentuan dari penciptaNya. Dia juga percaya, Tuhan sayang pada insan yang setia sepertinya. Tidak pernah lekang dengan doa dan kesyukuran, tak pernah marah atau merungut pada sesiapa walaupun hidupnya sering dirundung malang. Kerana Najla tahu, bagi insan yang sabar dan beriman, tentu ada keindahan yang menantinya di hadapan. Apabila takdir mengorak langkah, dengan cara yang begitu unik dan indah... 

No comments: