Monday, December 28, 2015

LAIN DUNIA

SOLD OUT 
Sinopsis


Di awal perkahwinan lagi, hati Anggriani sudah sentap. Apa taknya, dia diminta menjadi ‘isteri patung’ oleh Rayhan.

“Saya nak awak jadi isteri yang seperti patung, Anggriani. Bernyawa, tapi tak punya perasaan. Kaku, tapi boleh berfikir.” - Rayhan

Tanyalah isteri seluruh dunia. Mana ada yang mahu jadi isteri yang seperti patung. Jadi Rayhan, jangan jadi lelaki tidak logik! Nanti karma.

Ya! Karma itu wujud. Kerana selepas itu, Rayhan bagai dihukum bicara sendiri. Walau berusaha keras menafikan, dia juga lelaki yang punya nafsu.

"Awak jangan fikir saya cemburu pula, Anggriani. Saya buat semua ni sebab saya tak nak ada gosip antara awak dengan si dayus tu." - Rayhan
"Saya tahu awak takkan cemburu. Saya ni cuma isteri patung. Tak perlu awak jelaskan berkali-kali.” - Aggriani

Tapi, ‘pesanan’ Rayhan tetap Aggriani pegang. Dia harus menjadi ‘isteri patung’.

"Jangan pandang saya," mohon Anggriani sambil mengesat-ngesat hujung mata.
"Pandang saja tak cukup, Anggriani. Awak yang menangis sekarang hanya buat saya jadi gatal nak cium awak."
Kalau tadi guguran air mata Anggriani telah mulai terhenti, kini lebat semula.
"Usahlah menangis lagi. Air mata tu tak sesuai untuk masa sekarang."
Guguran air mata Anggriani tetap juga berleluasa.
"Air mata awak ni, sama degil macam awak juga," keluh Rayhan.

Mampukah seorang Rayhan yang ego dan sering menyakitkan itu berubah menjadi suami yang mendamaikan? Hanya Anggriani saja yang mampu menjawabnya.

UNTUKMU TIADA NOKTAH

SOLD OUT 
Sinopsis

Kerjaya itu, dia yang pilih. Tetapi, dia tidak memilih untuk menjadi buruan Doktor Naim dan dia juga bukan penghalang cinta Doktor Marina. Asyikin Hannah hanya mahu menjadi seorang jururawat, tak lebih dari itu.

“You nak suruh I jadi macam mana supaya you boleh terima I, Ikin?” - Doktor Naim.
"Please, doktor. Tolonglah faham. Saya tak boleh. T-A-K-B-O-L-E-H." - Asyikin Hannah

Munculnya Abrar Faris dalam pertemuan yang tak dirancang bagai penyelamat keadaan. Tapi, Asyikin bukan orangnya yang mudah menyerahkan hati pada lelaki. Abrar perlu berusaha keras.

"Harus jual mahal. Mana boleh jual murah." Asyikin ketawa-ketawa. Menutup rasa malu.
"You jual murah ke jual mahal ke I sanggup beli, sayang." Abrar menoleh sekilas. Satu kenyitan diberi.
"Errr..." Asyikin merenung Abrar di sisi.
“You ni memang ada sindrom errr....ya?” Abrar jongket kening.
“Sindrom tu wujud sebab you. Takkanlah you tak tahu?” Asyikin angkat keningnya.

Tapi, saat hatinya sudah terjatuh suka, kisah silam Abrar datang menggugat. Untuk mengundur, rasanya sudah terlewat. Tapi, ‘berlawan’ dengan Afiqah Dato’ Azman buatkan dia penat. Penat hati dan juga perasaan.

Haruskah dia melepaskan Abrar demi Afiqah sedangkan lelaki itu sudah menjadi haknya yang sah? Siapakah sebenarnya Afiqah pada Abrar?

DIA...YANG TERPILIH



SOLD OUT 
Sinopsis

Sebuah kompilasi yang terpilih daripada yang terbaik. Coretan 10 penulis disatukan salam satu naskah.
1. Suami Last Minute (Ezza Mysara)
2. Indahnya Takdir Kita (Syeena Hamdan)
3. Ramadhan...Ya Habib (Pena Kayu)
4. Hikayat Cinta Teja dan Tuah (April Snow)
5. Mungkin Bila (QJ)
6. Sempurnakan Cinta (Ridhya Iman)
7. Hati Yang Luruh (Dahlia Amanda)
8. Marina (Wawa Taufik)
9. Untuk Pencinta Cinta (Farah Husain)
10. Sesat Dalam Cinta (Hani Fazuha)

ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH

ANTOLOGI CERPEN LEBIH INDAH
23 Nama, 23 Kisah

SOLD OUT



Wednesday, November 11, 2015

HIKAYAT SERIBU SATU MALAM


SOLD OUT
HIKAYAT SERIBU SATU MALAM (JILID 1-5)
TERJEMAHAN OLEH A. K ZAIN

Sebuah karya hebat yang telah diterjemahkan dalam bahasa melayu terbitan Pustaka Antara  yang tidak lagi diulang cetak.

Kondisi setiap buku masih cantik berbalut plastik.

Saturday, November 7, 2015

KOLEKSI FIXI - OUT OF PRINT & EDISI TERHAD

 SUAMI & ISTERI (SOLD OUT)
KARYA S. MARA GD (Terjemahan Bahasa Indonesia)


Kumpulan Cerpen: URBAN & GARIS

Harga: RM50.00 setiap satu

DIARI BONDA (SET LENGKAP)


SOLD OUT
DIARI BONDA (SET LENGKAP 1-4)
KARYA ROHANI DIN

Friday, November 6, 2015

YANG BERNAMA CINTA

SOLD OUT
Sinopsis

Pulangnya jiran depan rumah dari luar negara buat sejarah lama yang cuba dilupakan Hani tersingkap kembali. Tapi peliknya, lelaki itu bagai lupa yang mereka pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.


“Bagi nombor telefon.” – Hazril 
“Nak buat apa?” – Hani 
“Agak-agak nombor telefon tu boleh buat gulai tempoyak tak?” – Hazril
Perubahan drastik Hazril buat hidup Hani yang tenang-tenang selama ini bertukar huru hara.
“Semalam tu...sebab tangan aku macam dah mencabul kau. Senang cerita kita kahwin ajelah.” – Hazril
“Kau pernah tak sarapan dengan kaki kerusi? Kalau tak pernah, tolong hentikan bercakap benda mengarut.” Hani .
Jenuh mengelak, tapi.... api cinta yang Hazril tiupkan terlalu kuat. Kerana rasa itu memang sudah lama ada di situ, ianya sangat mudah dihidupkan. Sampai satu tahap, kerana cinta, dia sanggup apa saja walau berkahwin tanpa restu keluarga.
~ Saya panjat ikut tingkap, sembunyi-sembunyi masuk bilik awak ya? - Hazril
+ Jangan buat lawak boleh tak? Saya tengah sakit ni - Hani
Sampai bilakah mereka harus main sembunyi-sembunyi, intai-intai balik pintu? Apa akan jadi bila Hazril diharuskan berkahwin dengan wanita lain hanya kerana kesilapan silamnya sedang hubungan mereka masih menjadi rahsia?
Dan...tatkala setia yang diharapkan menjadi terlalu mahal harganya, luka lama yang sudah bertampal kembali berdarah.

Wednesday, September 16, 2015

KOMBO 5 NOVEL: PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA DLL


SOLD OUT
Perempuan Yang Paling Aku Cinta - Acik Lana
Sempurna Oleh Waktu - Luna Bulan
Saat Hadirnya Cinta Dia - Zura Asyfar 
Romancinta - Nicki Lee 
Samurai - Dekna Lee

Friday, September 11, 2015

Sungguh Aku Jatuh Hati

SOLD OUT

Sinopsis 
Dalam hidup Nuradelia Hanani, berkali-kali dia jatuh hati. Cuma hatinya yang jatuh belum sempat dikutip balik, dah kena lenyek. Dek terlanggar hukum bercinta sebelum nikah, dia merana dicuit sengsara. Betulkah cinta sebelum halal itu adalah tragedi semata-mata? Atau tiga lelaki ini yang membuatkan hatinya diagah rasa?

Hafez Nubhan, bekas tunang Nani muncul kembali dengan status duda dan menagih cinta selepas beberapa tahun menghilang. Antara sayang dan simpati, dia harus lebih memerhati.
“Yeop sayangkan Yang. Yeop akan masuk meminang Yang!”

“Berkicau riuh seluruh alam, burung merpati si burung nuri, jenuh menunggu Cik Nani masih berdiam, bolehkah saya jadi calon suami?”
Sesekali tuan doktor berpantun seloka, mahu tergolek dia menghadamkan kata. Dr. Naufal Ikram berusaha untuk merebut cinta Nani dan merawat hatinya yang sekian lama terluka.

“Andai bulan mampu bersuara, ingin saya bertanya pada bulan, kenapa harus dia yang saya rindukan?”
Apabila jurutera tersampuk badai sastera, dia rasa bagai mahu gila! Izz Harriz datang mengetuk pintu hati Nani dengan selamba. Inche bos dah jadi pemuja bahagia!
Dia perlu memilih antara tiga. Dalam mencari jawapan, satu rahsia terbongkar. Nani terkedu. Takdir atau kebetulan? Dia harus juga memilih, kerana bagi seorang Nuradelia Hanani:
“Sekali Nani jatuh cinta, selamanya Nani akan setia.”

Eksperimen Cinta

SOLD OUT

Sinopsis 

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damialetakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?

Enigma


SOLD OUT

Sinopsis 
Percutian enam sahabat bersama seorang jurupandu ekspedisi di Hutan Pedu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang daripada mereka iaitu Razif dibunuh secara misteri. Enigma terus menyelubungi kumpulan ekspedisi itu dalam usaha mencari watak sebenar yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan berkenaan – manusia atau makhluk misteri yang menghuni rimba berkenaan? Konflik semakin meruncing apabila usaha mereka untuk keluar dari hutan berkenaan gagal apabila kumpulan ekspedisi itu sesat. Pelbagai gangguan mistik dan aneh menghantui mereka sepanjang terpenjara dalam belantara berkenaan. Nyata mereka tidak bersendirian kerana makhluk misteri yang ganas serta sudah lama menyembunyikan diri dalam hutan it uterus mengintai pergerakan kumpulan manusia terbabit dengan tujuan tertentu. Ketika berada dalam keadaan tertekan dan penuh konflik itulah akhirnya terbongkar pelbagai rahsia – setiap seorang daripada mereka memiliki motif untuk membunuh Razif. Kebingungan terus menyelubungi kumpulan terbabit dalam usaha memecahkan misteri identiti sebenar pembunuh Razif – manusia, spesies makhluk aneh yang memburu mereka atau makhluk halus yang mendiami belantara itu.

Tuesday, September 8, 2015

KOMBO 7 BUAH BUKU



SOLD OUT
Kombo:
Pei Pan - Ramlee Awang Murshid (out of print)
Perempuan Nan Bercinta - Faisal Tehrani (copyleft/out of print)
Meterai - Abdul Rahim Awang (out of print)
Syair-syair Cinta - Khalil Gibran (imported from Indonesia)
Malam - Antologi cerpen (limited edition)
Tuan Guru - Kamaludin Abdul Settar
Kembara Mencari Tuhan - Ajwad Amal

Friday, August 21, 2015

Kombo Bunga Syurga, Mencari Kiblat Cinta dll

SOLD OUT
Bunga Syurga - Anita Aruszi 
Mencari Kiblat Cinta - Anita Aruszi 
3 Ceritera Rasa - Amany, Nirrosette, Faziela
Kemilau Mutiara Raudhah - Saidatul Saffaa

Monday, August 17, 2015

KOMBO (PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA DLL)

SOLD OUT
KOMBO
3 Ceritera dalam Sebuah Rasa – Amany, Nirrosette, Faziela
Kembara Mencari Tuhan – Ajwad Amal
Kemilau Mutiara Raudhah – Saidatul Saffa 
Malam - Fixi (edisi terhad)
Perempuan Yang Paling Aku Cinta – Acik Lana (edisi terhad)
Saat Hadirnya Cinta Dia – Zura Asyfar
Samurai – Dekna Lee
Syair-syair Cinta - Kahlil Gibran

Friday, August 14, 2015

Friday, August 7, 2015

GAPURA

SOLD OUT
Sinopsis

"Coup de etate" dirancang oleh seekor ular dan melagakan dua ekor naga yang berkuasa di Ibu Kota...
Terhimpit di celahnya adalah manusia-manusia kerdil yang hilang haluan...


Di antaranya adalah seorang insan bergelas Man Jai iaitu orang kanan dlaam organisasi Jenayah yang
sedang berperang....


Dia kemudiannya telah tercampak ke Laut Selat Melaka lalu menemui sebuah penghidupan yang tidak
pernah dialaminya di sana....


"Itu satu perkara, yang pentingnya novelnya. Mahu membiarkan minda anda menjelajah dalam dunia jenayah, gangterisme, konflik antara dua mobster, kesedaran dan kasih sayang; maka jangan bertangguh lagi untuk membeli novel ini! Saya agak terbuai apabila membaca dunia jenayah penjualan najis dadah yang dirincikan dengan teliti.

Resensi pembaca
Bersama istilah-istilah dan jargon yang digunakan begitu mendatangkan kesan dalam diri saya. Seolah-olah saya pula menjadi watak di dalam novel itu. Namun, dalam pada masa yang sama saya bayangkan betapa mengerikan sekiranya kita benar-benar berada dalam situasi tersebut." (Sumber - Mandala Resensi)

Dunia jenayah dan gansterisme bukanlah perkara baru dalam kehidupan. Ianya sentiasa berlaku setiap saat, detik dan ketika tanpa kita menyedarinya. Dan dunia Man Jai (watak utama dalam novel ini) atau Jaiko memberi jawapan apakah sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah buah tangan Zehan Ur Rakhie yang membuatkan anda ternanti-nanti ke saat halaman yang terakhir. Apakah jawapan yang ditemui oleh Man Jai setelah terdampar dan diselamatkan nyawanya? Hasil nukilan penulis novel misteri 'Rahsia Agenda Alam Hitam'

Thursday, August 6, 2015

Monday, August 3, 2015

Kisah Dari Hati

SOLD OUT
Sinopsis
Tujuh penulis bergabung melakarkan 15 cerita di dalam naskhah yang sama. Kisah yang tercoret tak akan pernah ada penyudahnya di tangan seorang penulis. Naskhah indah ini sebagai bukti kebenarannya.

HANI FAZUHA – Cerita cinta penuh syahdu hero dan heroin yang pernah dilakarkan sebelum ini disambung kembali.

FARAH HUSAIN - Dunia penuh bahagia Amzar si Random Guy dilanjutkan kisahnya sebagai hadiah terindah untuk dihayati.

SYAH SHAH – Kisah Daus, si penggoda Awek pisang goreng akan membuatkan kita terasa bahagia ada di mana-mana.

SARNIA YAHYA - Cinta dan cemburu si duda hot, Iskandar dan Tengku Ritzlan mampu mencipta senyuman di bibir tanpa perlu mendengar cerita jenaka.

ANNA LEE - Cerita seorang Nuha, si Gadis Caspian yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi calon isteri kepada jejakakesepian dilakarkan penuh dramatik.

QUE SERA SERA – Romeo dan Juliet dalam versi yang berbeza, si gemuk dengan gelaran Mr Panda bertukar menjadi si kacak yang memikat.

EMY ROBERTO – Shazan Shahira yang degil, yang menolak Raimie sebagai suami akhirnya akur yang dia sebenarnya tersilap langkah.

Friday, July 10, 2015

CINTA SI MAMAT PSIKO




SOLD OUT
Sinopsis

“Kurang ajar! Kau ni gila ke apa?! Suka hati cium orang. Sini Malaysia bukan Mexico bebas nak cium anak dara orang!” – Inas Harliana

Inas Harliana seorang gadis yang periang dan sering tersenyum. Kisah cintanya bermula bila dia disuruh menghantar kuih kepada jiran depan rumahnya. Pertemuan dengan anak sulung jirannya telah mencatat sejarah hitam buat gadis itu.

“Kenapa kau kerap sangat datang rumah aku hah, perempuan pelik? Kau cuba nak ngorat aku ke?”- Uwais Faqih

Uwais Faqih pengidap penyakit mental. Pada mulanya kewujudan gadis bernama Inas langsung tidak memberi kesan. Namun hanya kerana sebuah senyuman, jantung yang beku kembali cair.

“Hahaha…Inas,Inas. Tapi tak apa kalau orang lain tak nak, abang nak!”- Uwais Faqih

“Inas tak nak ke suami sendiri yang menyambut anak Inas nanti?”- Uzir Fattah

Uzir Fattah adik kepada Uwais dia telah lama menyimpan cinta kepada Inas. Sering kali isyarat hati dihantar kepada gadis itu namun Inas menolak dengan alasan dia tak ingin berkongsi suaminya dengan pesakit di hospital.

Antara abang dan adik, mana satukah akhirnya telah Inas pilih? Mungkinkah ketiganya terus terluka atau antara mereka ada yang mengundur diri?

Friday, June 19, 2015

GIGOLO

 
SOLD OUT 
Prolog


DIA mengertap bibirnya rapat-rapat, separuh jiwanya hancur menjadi puing-puing yang tidak mampu untuk dicantumkan kembali. Absurd! Jiwanya tidak punya corak yang jelas, kabur dan bersimpang siur. Lelaki itu menarik tangannya. Dia membiarkan genggaman lelaki itu bertaut erat dengan sela jarinya. Dia inginkan sejalur kekuatan untuk sedikit bertahan dari rebah menyembah takdir. Dia ingin agar apa yang dilihatnya adalah satu mimpi yang kejam, dan bila ia sedar kembali lelaki yang dilihatnya itu akan tetap dengan keangkuhannya. Dia lebih suka begitu dari menemui kebenaran sepahit ini. “Kita balik.” Lelaki itu menarik tangannya, namun kakinya terasa terlalu longlai untuk berpijak. Dia benar-benar telah kehilangan kekuatan... Tubuhnya disambut lalu dipeluk dengan erat. Dia tidak lagi mampu untuk menangis kerana air matanya tidak lagi semurah dahulu. “Bawa saya pergi... bawalah ke mana pun asalkan saya takkan jumpa dia.” Lelaki itu memapahnya, membawanya ke kereta lalu ia beredar dengan laju meninggalkan banglo tersebut.

BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN


SOLD OU
Sinopsis
Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahndanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...
" ... Dia bukan Puteri Lindungan Bulan, berdarah putih yang disorok di dalam lubang semata-mata untuk menyelamatkannya daripada menjadi isteri kepada Raja Siam. Dia bukan Puteri Zaleha Si Lindungan Bulan yang menjadi permata hati ayahandanya sehingga tidak sanggup hendak mengahwinkan anaknya itu. Teramat kasih sehingga tidak sanggup berpisah dari puteri tercinta. Tidak!
Dia bukan puteri yang sering disebut-sebut di dalam hikayat itu. Dia hanya puteri zaman moden yang tidak pernah gentar menempuh rintangan. ... "

Thursday, June 4, 2015

SELIMUT MALAM

SOLD OUT 
Sinopsis

Kerana suka, Dania buat kerja gila. Kerana suka dia terima lamaran Haidar. Walhal dia tahu, lamaran itu hanya untuk menghalalkan yang haram, bukan untuk sebuah kasih sayang.

Tapi, ada yang Haidar tidak tahu kenapa dia sanggup lakukan begitu.

'Semua orang tak boleh tahu apa yang berlaku. Anggap saja antara kita tak pernah jadi apa-apa.'

Dania tunduk, sembunyikan wajah. Mahu berkata-kata tapi tiada suara.

'I tahu you tak pernah sayang I. Tapi..' liurnya terasa sangkut di kerongkong sendiri.

'Cara you 'buang' I ni, buat I rasa terhina'.

'I tahu you kuat.' 'Suara Haidar bagai memujuk. Tangan naik menyentuh pipi isteri.

Dania senyum dalam tangis. Kalau apa yang dia beri selama ini belum cukup untuk mengikat hati Haidar, dia akur. Siapalah dia untuk berdiri di sebelah Haidar yang hebat. Haidar yang punya segalanya kecuali cinta dan kasih sayang.

'Maksudnya, you dah puas dengan I?'. Suara Dania hampir tidak terkeluar.

Haidar berpaling. Sebut tentang puas. Jika bersama Dania dia tak pernah tahu erti puas. Tapi, ada sesuatu yang mengharuskan dia 'melepaskan' Dania dari genggaman.

Akan wujudkah sebuah rasa yang bernama cinta di antara hati mereka? Jika tidak, mungkinkah akan ada orang ketiga?


Thursday, May 28, 2015

KEKASIH UNTUK DIA


SOLD OUT 
Sinopsis

Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala cerita Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tak perlukan sesiapa pun.

Kemudian bertukar menjadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, dia dekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengan dia. Dia siapa, aku siapa. Bezaya macam merak kayangan dan gagak di rimba.

Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang

"Sayang.."
"Ya.."
"Di dunia ini ada tiga yang abang suka."
"Apa tu?"
"Pertama matahari, kedua bintang."
"Yang ketiga?"
"Sayanglah."
"Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untuk selamanya di hati abang..."

Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang yang mana malam.

Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam Kekasih untuk Dia

Wednesday, May 27, 2015

PERMATA HATI



SOLD OUT
Sinopsis
Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Monday, May 25, 2015

CURAHAN CINTA NIAGARA



SOLD OUT
Sinopsis

Farhan memandang wajah Mira. Perlahan-lahan Farhan menyeka air mata Mira dengan tangannya yang berlumuran darah. Terpalit darahnya di pipi Mira. Dia memandang Mira dengan wajah sayang bercampur sakit. Darah yang semakin banyak keluar tidak mencukupi untuk membekalkan ke seluruh tubuhnya. Tubuhnya mula menyekat darah dari mengalir ke tangan dan kaki. Tangan dan kakinya terasa kebas. Darah yang semakin sedikit mengalir dalam tubuhnya lebih diperlukan oleh jantung dan paru-paru. Tubuhnya mengigil kesejukan. Matanya terpejam.

"Abang! Jangan tinggalkan Mira. Buka mata pandanglah Mira, bang. Mira cintakan abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang," Mira merintih dalam tangisan yang tidak dapat ditahan. Mira mengusap-usap rambut Farhan. Dia kesal kerana dalam keadaan kritikal baru dia dapat mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya. Selama ini dia gagal melafazkan kata-kata keramat itu, walaupun dia tahu suaminya begitu ingin mendengarnya.

Thursday, May 14, 2015

RINDU


SOLD OUT 
Sinopsis

Akukah isteri yang kadang waktu gagal memahami hati seorang suami. Alpa di dalam menentukan letak duduknya diri. Syurgakah buatku andai ketentuanMu kugadai di kaki takdir. Sedang diri ada kalanya tidak upaya menentukan baik buruk tiap perhitungan. Suami... sukarnya memahami erti sebuah kasih sayang kiranya apa yang kau hadiahkan adalah diari derita sebuah perkahwinan...

Friday, April 17, 2015

KASIH BERSEMI


SOLD OUT

Sinopsis

Hanim guru muda yang baru sahaja ditugaskan di sebuah sekolah di utara menjadi perhatian guru-guru dan penduduk kampung sekitar rumah sewanya. Dia menjadi buah mulut masyarakat di situ apabila dikatakan akan bertunang dengan Awaludin, anak bujang Mak Yam. Malu dan marahnya bukan kepalang kerana cerita tidak berasas itu.

Untuk menutup rasa tertekan, Hanim mereka cerita bahawa dirinya sudah bertunang, Bagaimanapun cerita rekaannya itu mengundang kecewa Mak Piah pula. Mak Piah menyimpan angan hendak menjodohkan guru itu dengan anak terunanya Akmal,lelaki yang amat pendiam!

Siapa pun tidak menyangka cerita rekaannya menjadi kenyataan bila dia terpaksa juga bertunang dengan Shafri teman lelakinya yang kerap melukakan hatinya. Hanim menerima ikatan itu kerana segala kebaikan Puan Asma, wanita yang dianggap ibu kandungnya.

Kematian Shafri akibat kemalangan menyulitkan lagi hati Hanim. Mengapa Awaludin yang menginginkan Hanim, berkahwin pula dengan Amirah? Bagaimana Hanim mengubati hati kecewanya?

Monday, April 13, 2015

Aku Bukan Billy Milligan



SOLD OUT
**BUKU BARU**
Tajuk: Aku Bukan Billy Milligan
Penulis: Norhayati Berahim

Sinopsis
Dendam itu membuat dia sering gelisah

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Monday, April 6, 2015

Kerana Dia Cinta


SOLD OUT

Sinopsis

Kerana Dia Cinta mengisahkan Nurjia Amani (Gia) yang mencari cinta sejati. Dia menolak perkahwinannya dengan Rayyan al-Haimi (Ryan) semata-mata kerana ketiadaan cinta. Pelbagai konflik timbul kerana tiada cinta antara mereka. Akhirnya Gia dan Ryan berpisah. Gia membawa diri ke luar negara dan muncul sebagai Amani, membawa bersama identiti dan kesedaran baru. Dia telah menemui cinta pertamanya iaitu cinta kepada Allah. Saat itu juga cinta Haziq Hidayat (Zeek) melamar hatinya. Kemunculan semula Ryan dalam hidupnya telah membongkar satu rahsia.

Friday, April 3, 2015

CINCIN PERMATA BIRU 2



SOLD OUT 
Sinopsis

Cincin permata biru itu mempunyai kuasa ghaib dan hikmat yang mampu menggoda perempuan serta menguatkan tenaga batin sesiapa yang memakainya. Cincin tersebut adalah jelmaan seorang gadis cantik, lincahdan moden bernama Junaidah yang dipercayai mati membunuh diri dalam sebuah lombong tinggal. Dia yang merupakan kekasih Markum, muncul untuk menuntut janji
  

SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG

 

SOLD OUT 
Sinopsis

Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.

Wednesday, March 18, 2015

KOMBO 16 TERMASUK PEREMPUAN YANG PALING AKU CINTA (Edisi Terhad)


SOLD OUT
 Kombo novel Edisi Terhad Perempuan Yang Paling Aku Cinta kembali lagi di blog 2ndhandovel.blogspot.com :)

Senarai yang terdapat dalam kombo pada kali ini antaranya novel-novel lama yang tidak lagi diulang cetak antaranya:
Nabila & Nabila 2 - Hendan Yahya
Keranamu Balqis - Maneera Muhammad
Tangisan Bulan Madu - Samsiah Mohd Nor
Jah Ramvong - Siti Arai
Dari Pintu Ke Pintu - Eddy Hakimie
Untuk 3 Hari & Tiga Hari Kemudian - Ahadiat Akashah

Selain novel keluaran terkini seperti:
Kerana Aku Untukmu - Acik Lana
Cik Senandung Encik Artis - Elya Hime
Seminit Pun Tak Lupa - Ayumi Syafiqah
My Dear Mr Dimple - Aifa Batrisya
Bila Hati Berbicara -Antasya Balkis
Awek Abang Poyo - Ummu Wafa
Bahasa Hati Kita - Rehan Makhtar

Tuesday, March 17, 2015

My Dear Mr. Dimple

SOLD OUT
Sinopsis

UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara.

Seminit Pun Tak Lupa

SOLD OUT
Sinopsis

“Saya janji akan buat awak happy every single day yang saya ada.” – Rafiqi.

DILARA dan Rafiqi bertemu di kolej. Saat cinta menggebu, dunia Rafiqi berubah 360 darjah apabila berita tentang mama yang hilang 13 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

“Sekali Fiq keluar dari rumah ni, Fiq bukan anak papa lagi.” – Datuk Maslan.

RAFIQI yang tabah…Hidup susah dan bekerja apa saja untuk sesuap nasi. Hatinya menangis sayu. Dia hilang seorang ayah, dia hilang sahabat, dia hilang kekasih yang dia cinta, tapi dia ada kasih sayang mama. Itu sudah cukup dibandingkan dengan apa saja yang dia ada di dunia ini.

MASA berlalu, Dilara dengan kerjayanya sebagai pramugari…dintai Ham’zalah, encik pilot yang kacak… Namun hatinya sunyi lalu dia tekad mencari Rafiqi…

Dilara menelan air liur. “Ermm… Saya nak cari Fiq kat kampung mama dia,” ujarnya.
“And?”
Nash kerut muka. Lantunan bola pun sudah berhenti. Mata Nash tajam ke arah Dilara. Atas bawah dia melihat gadis yang masih beruniform pramugari.
Biar betul nak main basketball pakai skirt macam tu? Terkangkang karang, mana nak letak muka. Nash tunduk lalu senyum. Memang parah kalau berskirt dan terlompat-lompat nanti.
“Boleh ke tidak?” Dilara tanya. Janganlah Nash menolak permintaannya yang kecil ini.
Nash angkat muka. Dipandang pula ke arah Murnirah yang sekadar jongket bahu.
“Ehem...” Nash seolah-olah membetulkan peti suaranya.
“Aku tahu kau orang berdua tak faham dan please, jangan mintak aku explain apa-apa. Just… Nash, tolonglah ajar saya main. Sikit pun okey, saya hargai sangat-sangat,” pinta Dilara lagi. Nadanya sudah separuh merayu. Hanya ini salah satu cara untuk dia memikat Rafiqi semula.

NAMUN siapa Rafiqi saat Dilara menemuinya?

“Aku yakin jodoh aku dengan dia. Empat tahun ke, sepuluh tahun ke, even dua puluh tahun sekali pun, aku sanggup tunggu.” – Dilara

Saturday, March 7, 2015

Kerana Aku Untukmu



SOLD OUT
Sinopsis
 
DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!

“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia

Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.

ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.

Kehadiran Darriz Imdad yang lebih berani merapati membuatkan dia berasa selamat dan dilindungi. Perasaan cinta mula berbenih, hingga akhirnya mereka disatukan biarpun mendapat tentangan hebat daripada ibu Darriz Imdad sendiri. Namun ribut taufan menjengah kebahagiaan mereka. Semuanya gara-gara Fakhry. Sikap obsesi Fakhry terhadap Zenia akhirnya membawa kepada konflik yang tidak disangka-sangka. Banyak hati yang terluka!

“Have some pride Fakhry, begging someone to like you is so pathetic!” ~ Zenia

“Aku takkan mengalah, aku tetap takkan lepaskan kau macam tu aje. Kau tetap hak aku dan aku akan paksa kau untuk terima aku semula!” ~ Fakhry

Jadi di mana pengakhiran kisah cinta tiga segi ini? Darriz Imdad atau Fakhry yang berjaya memiliki seluruh diri Zenia? Dan mampukah bahagia muncul kembali setelah ada noda hitam yang terpalit?