Showing posts with label zehann ur rakhie. Show all posts
Showing posts with label zehann ur rakhie. Show all posts

Wednesday, March 22, 2017

VAMPRHA Rahsia Agenda Alam Hitam II


SOLD OUT
VAMPRHA Rahsia Agenda Alam Hitam II
Zehann ur Rakhie

Sinopsis
Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing. Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi. "Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke-7 itu tertakluk pada prilaku. Apabila kuasa dan ilmu menyatu hanya Iman jadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yang hak pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.
Kesamaran yang paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya dan menyelam ke dasar lubuk" - Massurya Syah

Friday, August 7, 2015

GAPURA

SOLD OUT
Sinopsis

"Coup de etate" dirancang oleh seekor ular dan melagakan dua ekor naga yang berkuasa di Ibu Kota...
Terhimpit di celahnya adalah manusia-manusia kerdil yang hilang haluan...


Di antaranya adalah seorang insan bergelas Man Jai iaitu orang kanan dlaam organisasi Jenayah yang
sedang berperang....


Dia kemudiannya telah tercampak ke Laut Selat Melaka lalu menemui sebuah penghidupan yang tidak
pernah dialaminya di sana....


"Itu satu perkara, yang pentingnya novelnya. Mahu membiarkan minda anda menjelajah dalam dunia jenayah, gangterisme, konflik antara dua mobster, kesedaran dan kasih sayang; maka jangan bertangguh lagi untuk membeli novel ini! Saya agak terbuai apabila membaca dunia jenayah penjualan najis dadah yang dirincikan dengan teliti.

Resensi pembaca
Bersama istilah-istilah dan jargon yang digunakan begitu mendatangkan kesan dalam diri saya. Seolah-olah saya pula menjadi watak di dalam novel itu. Namun, dalam pada masa yang sama saya bayangkan betapa mengerikan sekiranya kita benar-benar berada dalam situasi tersebut." (Sumber - Mandala Resensi)

Dunia jenayah dan gansterisme bukanlah perkara baru dalam kehidupan. Ianya sentiasa berlaku setiap saat, detik dan ketika tanpa kita menyedarinya. Dan dunia Man Jai (watak utama dalam novel ini) atau Jaiko memberi jawapan apakah sebenarnya yang sedang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah buah tangan Zehan Ur Rakhie yang membuatkan anda ternanti-nanti ke saat halaman yang terakhir. Apakah jawapan yang ditemui oleh Man Jai setelah terdampar dan diselamatkan nyawanya? Hasil nukilan penulis novel misteri 'Rahsia Agenda Alam Hitam'