Thursday, April 14, 2016

TIRAI IMPIAN

SOLD OUT
Sinopsis

Kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. Kepayahan jua ku tatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran yang kupertahan bagaikan sebuah percaturan. Bukan sedikit pengorbanan ini. Melupakanmu jua adalah pengorbanan. Lalu aku kembali ke daerah sepi ini. Mencari kekuatan yang kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau di situ... menghuni daerah sepiku.

CINTA YANG TAK TERUNGKAP

SOLD OUT
Sinopsis

SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka.

Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike’ bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian.

Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie.

“Awak anugerah daripada Dia. You... are my fairytale.” – EMRY

Ajmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu.

“Awak melanun dalam hati saya. Awak ambush perasaan saya, kemudian bermaharajalela dalam minda saya.” – AJMAL

Dalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema.

“Kenangan lama menghantui saya. Semuanya terus-terusan menyeksa saya. Tolonglah, Sofie... I’m truly and genuinely in love with you. Always...” – IQBAL

Ketenangan Sofie sentiasa diduga. Iri dan hasad menukar ketenangan kepada kesengsaraan. Fitnah melanda menyebabkan Sofie dinikahkan secara paksa.

Tegarkah Sofie meneruskan pernikahan tanpa cinta setelah menyedari siapa pemilik sebenar hatinya? Dapatkah Sofie memaafkan insan yang berbuat khilaf dan menerima si dia yang menerima akad?

“Hasbiallah wa nikmal wakil... Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.”

JANJI

SOLD
Sinopsis

Janji telah dinetrai dan dia telah menikmati sepenuhnya segala yang dijanjikan kepadanya... Kini tialah masanya untuk menunaikan janjinya pula - mengadakan korban atau menjadi korban

KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

SOLD
Sinopsis

Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.

"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis

"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal

"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.