Thursday, December 5, 2019

FANTASTIK

Fantastik
Hasrul Rizwan
Harga: RM50.00

Sinopsis
Cinta tidak pernah memihak kepada Ali walau bagaimana pun dia mencuba. Dia bagaikan terkena sumpahan. Ali kini mengetahui silapnya. Bukan karma, sial atau saka keturunan yang menempel di tubuhnya. Ali menyedari dirinya terlalu baik untuk gadis.
Bermula malam tahun baru, pada detik yang menghimpunkan segala kedukaan setelah ditinggalkan kekasihnya, Anita (Instafemes sendu suam-suam kuku), Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu. Ali mahu jadi bad boy. Menjadi lelaki paling liar dan fantastik yang merobohkan hati gadis yang pernah menolak cintanya dahulu.

ALI ALAUDDIN

SOLD OUT
Ali Alauddin
Rose Harissa

Sinopsis 
Haji Azhar kata, Ali Alauddin satu-satunya anak dia yang terlebih guna otak berbanding hati. Sebab itu, 10 tahun di England, Ali macam tak ingat nak pulang ke Malaysia dan tak ingat nak kahwin. Lantas, dia aturkan jodoh untuk si anak. Pilihannya Alilatul Barizah, anak tunggal Dato’ Borhan.
Ali dan Barizah, bukan versi kahwin paksa yang biasa-biasa. Mungkin bagi Barizah, ini memang terpaksa. Tapi bagi Ali, akad nikah bukan sekadar lafaz semata-mata. “Pernikahan ni takkan berhasil sebab saya tak ikhlas terima awak.” – Barizah “Saya akan hadirkan cinta dan ikhlas untuk jayakan pernikahan ni.” - Ali

Payah buat Ali sebab Barizah membantah dalam akur. Hari pertama, sudah meminta diceraikan. Tinggal serumah pun mahu berasingan bilik. “Love is a commitment. Awak kena bagi komitmen untuk hadirkan cinta.” - Ali “Maksud awak, komitmen dalam bilik tidur?” – Barizah. “Komitmen yang saya maksudkan, bukan komitmen yang awak maksudkan tu.”- Ali “Tapi lambat laun saya kena serah diri juga, kan?” - Barizah
Sikap ala English gentleman yang tersemai dalam diri Ali akhirnya buat Barizah berjaya ditundukkan. Perlahan-lahan, mereka mula bahagia.
Tapi, satu emel dari Fateh yang diterima Barizah buat segalanya berubah. Trauma Barizah muncul kembali. Dan kemunculan Jana Humaira menuntut janji.

SEMPURNAKAN CINTA

SOLD OUT
Sempurnakan Cinta

Sinopsis

Tujuh Penulis bergabung dalam satu naskhah. Tujuh cerita menarik untuk dikongsi bersama:

1. Oops! Maaf ... - Farah Husain
* Bila Izad mula beri mix signal, hati Nadha jadi keliru dan hatinya tertanya-tanya. He loves me... he loves me not?

2. Ali Alauddin - Rose Harissa
* Kerana dipaksa kahwin, Ali Alauddin akur meninggalkan kehidupannya di bumi England. Berusaha mengenali isteri selepas nikah tapi Ali tak menyangka Alilatul Barizah menyimpan sebuah trauma.

3. Degupan Cinta- Cik Amal Amina
* Lebih tujuh tahun, Dian masih tidak mampu melupakan Yusuf, cinta pertamanya walau ketika ini dia sudah punya Iskandar. Keadaan makin rumit bila Yusuf tiba-tiba muncul kembali.

4. Kelip-Kelip Terbang Malam – Shamien A. Basit
* Bebas dari kurungan tirai besi, Nadhirah simpan rahsia sendiri. Tapi kembalinya Hud menggugat hatinya. Antara rahsia dan sayang, yang mana harus dia utamakan?

5. Naqi - Rina Farizq
* NAQI rasa bersalah bila mengingatkan perbuatannya terhadap Safia. Dia tak pernah melayan Safia dengan baik malah, kata-kata yang dilontarkan juga kasar. Dapatkah Safia memaafkannya?

6. Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara
* Perkenalan di majlis perkahwinan sebagai pengapit pengantin menemukan Ayong dan Ayaz. Kisah dua hati yang pernah terluka. Mampukan Pengapit Pengantin bertukar menjadi Raja sehari?

7. Mr Whatever - Illa Shanahila
* Jadi pembantu rumah Kak Lina tak susah pun bagi Hanan, aman dan bebas. Tapi, keamanan Hanan mula terganggu bila seorang lelaki tiba-tiba muncul di depan pintu. Siapa dia?

DANDELION DITIUP ANGIN

Dandelion Ditiup Angin Aidah Bakri Harga : RM20.00 Sinopsis Kembalinya Dini ke bumi Malaysia bukan untuk merubah sejarah yang terlakar. Tapi pertemuan semula dengan Rifqi, mengingatkan dia pada sejarah lama. Sejarah luka yang amat menyakitkan. Walau luka yang telah dia jahit dengan benag-benang bahagia sudah terkoyak kembali, Dini akur untuk kembali sebumbung dengan lelaki itu demi umi. Demi wanita yang telah menganggap dia sebagai anak sendiri. Sejuta sesal yang Rifqi luahkan tidak pernah mampu untuk menyembuh luka di hati Dini. Namun, bukan mudah untuk Rifqi mengalah kerana pada dia, Nurin Ardini itu selamanya milik dia.Mampukah mereka menemui jalan akhir yang bahagia? Adakah ikatan yang terikat tanpa rasa cinta itu mesti diputuskan tanpa usaha untuk dibajai? ‘Ada masanya hanya takdir yang menentukan impian indah menjadi satu kenyataan.’ Sembilan tahun berlalu. Dini yang dulunya naif, yang dianggap seperti dandelion yang rapuh oleh Harraz Rifqi, kini sudah bergelar Doktor Nurin Ardini. “Awak fitnah saya sampai saya terpaksa bernikah dengan awak. Kemudian, awak perkosa saya.” - Dini“Perkosa? Awak sudah menjadi isteri saya waktu tu.” - Rifqi.“Saya tidak rela diperlakukan begitu. Perkosa istilahnya walaupun halal.” - Dini “Awak nak saya buat apa lagi supaya awak boleh maafkan saya?”- Rifqi “Sekali lagi saya dengar awak ungkit kisah lama kita, saya denda awak. Setiap kali awak ungkit, awak kena sebut ‘saya sayang awak’. Serius.” - Rifqi“ Gila!” - Dini.

DANDELION DITIUP ANGIN

SOLD OUT
Dandelion Ditiup Angin
Aidah Bakri

Sinopsis

Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia

Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.

Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.

Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

***

AIDAH BAKRI, guru Sains ini mengusik hati pembaca dalam Dandelion Ditiup Angin dengan bahasa yang indah dan menyentuh hati. Beliau percaya cinta itu akan tetap hadir jika lafaz itu memang dijanjikan untuk mereka.