Showing posts with label rose harissa. Show all posts
Showing posts with label rose harissa. Show all posts

Thursday, December 5, 2019

ALI ALAUDDIN

SOLD OUT
Ali Alauddin
Rose Harissa

Sinopsis 
Haji Azhar kata, Ali Alauddin satu-satunya anak dia yang terlebih guna otak berbanding hati. Sebab itu, 10 tahun di England, Ali macam tak ingat nak pulang ke Malaysia dan tak ingat nak kahwin. Lantas, dia aturkan jodoh untuk si anak. Pilihannya Alilatul Barizah, anak tunggal Dato’ Borhan.
Ali dan Barizah, bukan versi kahwin paksa yang biasa-biasa. Mungkin bagi Barizah, ini memang terpaksa. Tapi bagi Ali, akad nikah bukan sekadar lafaz semata-mata. “Pernikahan ni takkan berhasil sebab saya tak ikhlas terima awak.” – Barizah “Saya akan hadirkan cinta dan ikhlas untuk jayakan pernikahan ni.” - Ali

Payah buat Ali sebab Barizah membantah dalam akur. Hari pertama, sudah meminta diceraikan. Tinggal serumah pun mahu berasingan bilik. “Love is a commitment. Awak kena bagi komitmen untuk hadirkan cinta.” - Ali “Maksud awak, komitmen dalam bilik tidur?” – Barizah. “Komitmen yang saya maksudkan, bukan komitmen yang awak maksudkan tu.”- Ali “Tapi lambat laun saya kena serah diri juga, kan?” - Barizah
Sikap ala English gentleman yang tersemai dalam diri Ali akhirnya buat Barizah berjaya ditundukkan. Perlahan-lahan, mereka mula bahagia.
Tapi, satu emel dari Fateh yang diterima Barizah buat segalanya berubah. Trauma Barizah muncul kembali. Dan kemunculan Jana Humaira menuntut janji.

Monday, August 11, 2014

Berikan Cintamu


SOLD OUT
Sinopsis

Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya? 

Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?

Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.

Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih.

"Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"

Wednesday, August 6, 2014

WASILAH CINTA WEERA


SOLD OUT

Sinopsis
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.