Friday, April 17, 2015

KASIH BERSEMI


SOLD OUT

Sinopsis

Hanim guru muda yang baru sahaja ditugaskan di sebuah sekolah di utara menjadi perhatian guru-guru dan penduduk kampung sekitar rumah sewanya. Dia menjadi buah mulut masyarakat di situ apabila dikatakan akan bertunang dengan Awaludin, anak bujang Mak Yam. Malu dan marahnya bukan kepalang kerana cerita tidak berasas itu.

Untuk menutup rasa tertekan, Hanim mereka cerita bahawa dirinya sudah bertunang, Bagaimanapun cerita rekaannya itu mengundang kecewa Mak Piah pula. Mak Piah menyimpan angan hendak menjodohkan guru itu dengan anak terunanya Akmal,lelaki yang amat pendiam!

Siapa pun tidak menyangka cerita rekaannya menjadi kenyataan bila dia terpaksa juga bertunang dengan Shafri teman lelakinya yang kerap melukakan hatinya. Hanim menerima ikatan itu kerana segala kebaikan Puan Asma, wanita yang dianggap ibu kandungnya.

Kematian Shafri akibat kemalangan menyulitkan lagi hati Hanim. Mengapa Awaludin yang menginginkan Hanim, berkahwin pula dengan Amirah? Bagaimana Hanim mengubati hati kecewanya?

Monday, April 13, 2015

Aku Bukan Billy Milligan



SOLD OUT
**BUKU BARU**
Tajuk: Aku Bukan Billy Milligan
Penulis: Norhayati Berahim

Sinopsis
Dendam itu membuat dia sering gelisah

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Monday, April 6, 2015

Kerana Dia Cinta


SOLD OUT

Sinopsis

Kerana Dia Cinta mengisahkan Nurjia Amani (Gia) yang mencari cinta sejati. Dia menolak perkahwinannya dengan Rayyan al-Haimi (Ryan) semata-mata kerana ketiadaan cinta. Pelbagai konflik timbul kerana tiada cinta antara mereka. Akhirnya Gia dan Ryan berpisah. Gia membawa diri ke luar negara dan muncul sebagai Amani, membawa bersama identiti dan kesedaran baru. Dia telah menemui cinta pertamanya iaitu cinta kepada Allah. Saat itu juga cinta Haziq Hidayat (Zeek) melamar hatinya. Kemunculan semula Ryan dalam hidupnya telah membongkar satu rahsia.

Friday, April 3, 2015

CINCIN PERMATA BIRU 2



SOLD OUT 
Sinopsis

Cincin permata biru itu mempunyai kuasa ghaib dan hikmat yang mampu menggoda perempuan serta menguatkan tenaga batin sesiapa yang memakainya. Cincin tersebut adalah jelmaan seorang gadis cantik, lincahdan moden bernama Junaidah yang dipercayai mati membunuh diri dalam sebuah lombong tinggal. Dia yang merupakan kekasih Markum, muncul untuk menuntut janji
  

SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG

 

SOLD OUT 
Sinopsis

Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.