Showing posts with label izza aripin. Show all posts
Showing posts with label izza aripin. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Kerana Dia Cinta


SOLD OUT

Sinopsis

Kerana Dia Cinta mengisahkan Nurjia Amani (Gia) yang mencari cinta sejati. Dia menolak perkahwinannya dengan Rayyan al-Haimi (Ryan) semata-mata kerana ketiadaan cinta. Pelbagai konflik timbul kerana tiada cinta antara mereka. Akhirnya Gia dan Ryan berpisah. Gia membawa diri ke luar negara dan muncul sebagai Amani, membawa bersama identiti dan kesedaran baru. Dia telah menemui cinta pertamanya iaitu cinta kepada Allah. Saat itu juga cinta Haziq Hidayat (Zeek) melamar hatinya. Kemunculan semula Ryan dalam hidupnya telah membongkar satu rahsia.

Monday, October 6, 2014

Tolong Pikat Hatinya

SOLD OUT

Sinopsis

Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung.

Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka.

Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas, bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat.

Mampukah cinta menyatukan mereka?

❝ Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu ❞ - Zara

Monday, August 4, 2014

Dan Mimpi Pun Bersatu & Kasih Pun Bersatu


SOLD OUT
Sinopsis Dan Mimpi Pun Bersatu

“Ku cari…Cinta yang tak pernah melukai…Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati..”

Seorang srikandi cinta dan seorang putera dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yang penuh liku dan ranjau.

Sifat manusia yang rakus dengan keduniaan, yang tamak kuasa, yang dahagakan kemewahan melarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan, akhirnya mimpi pun bersatu.”

Sinopsis Kasih pun Bersatu
Kasih Pun Bersatu… karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.

Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin.
Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya… Zarul hanyut dalam delusi….

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?