Tuesday, October 30, 2012

Sambutlah Cintaku

SOLD OUT

Sinopsis
Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya. Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman. Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti. Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

Kau Sayangku



SOLD OUT
Sinopsis

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

Rindu Yang Pergi


SOLD OUT



Sinopsis

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

Tunjukkan Aku Satu Bintang


SOLD OUT


Sinopsis

Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindui masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar saja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Yang Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insan bernama Jeslina... 

Mencari Kekasih


SOLD OUT

Sinopsis

Emak...Ayah... dan keluarga yang kucintai...
Bukan salah kalian bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. Biarpun jasadku hancur, doa yang pernah kuutus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar dimuka bumi. Semoga kita akan bersatu di jannah yang abadi...

Ahmad Naim,
Inilah kasih sayang yang kutulis bersama cinta dan luka.Yang tak dapat kuluah dengan kata-kata, tak dapat kuucap dengan bibir. Yang tak dapat kubuktikan dengan apa2 selain daripada cinta yang kurasa...

Apabila dedaun senja mula berguguran disepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya...aku tetaplah sekuntum bunga putih yang gugur diluar jendela, terbenam kedasar bumi...biarpun telah kuserah semua rasa tanda cinta. Sebuah cerita yang tak kesampaian didunia, berguguran kelopaknya jatuh di gigi air. Lalu hanyut bersama buih2 dan tenggelam ke laut dalam. Mencipta sebuah lagi episod di antara berjuta insan manusia yang lara!

Ahmad Naim,
Akan kuusung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batas akhir garis wajahmu yang menyilang dipelupuk mataku! Hingga tiba masa terakhirku...pun hatiku tetap juga ingin menantimu. Menanti rahmat Tuhan untuk hidup bersamamu...

Maafkanlah Aku...


SOLD OUT


Sinopsis

Nostalgia silam bagaikan berenang-renang mencari lubuk lama yang ditinggalkan. Saban waktu pada akhir-akhir ini... kerap kali jua muncul aliran rindu yang membasahkan lenanya. Menjadikan rasa sayu yang sering kalinya bergayut di pelupuk mata, akhirnya satu, satu, gugur membasahi laman nestapa. Bilakah waktunya kita dapat bersatu seperti dulu... berkejar di batas sawah sambil menangkap belalang padang, mengumpulkannya untuk menjadi juara lalu melepaskannya semula? Bilakah lagi kita dapat bersama bermain hujan pada lewat petang sambil menunggu ayah ibu pulang? Dan kini kemboja telah berguguran bunganya... pertemuan telah tiada lagi makna... Namun kasih sayang yang tinggal umpama baja yang menghidupkan satu nyawa..

Bisikan Kasih

SOLD OUT


Sinopsis
Memang aku tidak ingin mengenangnya. Menjadi miliknya apa lagi, setelah seluruh bahagiaku dimusnahkan, diceroboh dengan cara yang paling kejam. Kini masih adakah yang dinamakan cinta? Masih adakah yang dinamakan sayang? Selain benci dan dendam. Selain sakit hati dan amarah yang tidak akan kunjung padam. Apa lagi yang tinggal? Kalau ada rindu yang datang sekalipun, pastiku campak jauh-jauh, atau kubenam ke dasar lautan yang paling dalam. Usah kau pura-pura tidak mengerti mengapa aku jadi begini. Usah kau palitkan lagi diriku dengan sisa-sisa kasihmu... kerana mata hatiku telah buta dengan cinta. Telah tuli dengan bisikan-bisikan asmara. Namun hari ini mengapa tiba-tiba hatiku berlainan rasa. Benih kebencian yang kutanamkan rupa-rupanya berbungakan cinta. Dan menyayangimu aku kian dihambat malu dan keliru....

Danur Kasih

SOLD OUT

Sinopsis

Haram anak itu bukan salahnya, hina anak itu juga bukan silapnya. Lalu diredah setiap kepayahan, diharung setiap dugaan. Tersadung langkah masih mampu bangun gagah… sungguh, walau dosa ayah telah bertahun lamanya namun parut yang tinggal masih nampak. Pedih dan sakitnya masih terasa sampai bila-bila. Lalu berdosakah dia menolak kehadiran seorang lelaki kerana lelakilah yang meletakkan dirinya hidup dalam mati!

Bermadu Dalam Cinta

SOLD OUT



Sinopsis

Kerana cinta dia merana. Kerana cinta dia menderita. Namun kemeranaan bukan penderitaan yang panjang. Bila ketabahan pembentang jalan, senja tiba menggamit bahagia.

Sebuah Syakirah


SOLD OUT


Sinopsis

Buat apa mengutip hari lalu. Sekali terluka, akan dikenangnya sampai bila-bila. Buat apa membilang jejak dahulu. Sesekali tergerak, kesannya cukup mencengkam rasa. Hanim tidak mahu terluka lagi. Hanim tidak mahu terjerat lagi. Dia tahu hati umi. Dia maklum hati Mama Zahrah. Tetapi dia lebih mengerti hatinya sendiri.

Episod Cinta Belum Berakhir


SOLD OUT


Sinopsis
Andai kata cinta itu satu pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semkin sukar untuk dimiliki? Cinta... seumpama kota kristal. Indah di penglihatan, derita di perasaan

Diari Hati


SOLD OUT

Sinopsis
Azizah begitu selesa melalui dunia remajanya. Gadis yang sejak kecilnya dibesarkan oleh datuk dan nenek. Mendapat kasih sayang dari ayah dan ibu tiri yang tidak berbelah bagi. Menjadi perhatian dan harapan teman-teman dan ibu saudara yang ‘simpati’. Kehilangan ibu sejak dari kecil lagi... satu kehilnagan yang menjadi misteri, disembunyi dalam aib dan amanah yang digenggam rapi. Dilekakan dengan kasih sayang yang muncah, Azizah bagai selesa sendiri-sendiri. Namun masih tertanya-tanya... ke manakah ibunya menghilangkan diri. Andai telah pergi, mengapa pusaranya tidak pernah dilawati. Namun bila Zohar memutuskan pertunangan mereka, terjawablah asal usul yang merobekkan, memalukan keturunan dan merungkaikan seluruh ikatan. Dunia tiba-tiba dirasakan tunggang-langgang, dan Zairie hadir menyelamatkan perasaannya yang berantakan. “Tak ada dosa atau salahnya seorang ibu kepada anaknya, melainkan dosa dan salahnya kepda Allah semata-mata. Dan anak tidak berhak untuk memaksa ibu meminta ampun padanya...”

Replika Rindu


SOLD OUT



Sinopsis
Tatkala sinar senja menghilang pergi, dia hanya mamu menyimpan rindu dan menghitung waktu. Mengutip sisa-sisa kenangan yang masih terbias dengan seribu kepahitan. Dan apabila kebenarannya terserlah, replika bahagia menjadi miliknya...

Kembali Hidup

SOLD OUT


Sinopsis

Novel terjemahan karya Lau Wan Kit

Friday, October 26, 2012

Kau Yang Satu


SOLD OUT


Sinopsis

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cjina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Sunday, October 14, 2012

Kalau Memang Harus Begitu




SOLD OUT

Sinopsis
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!




Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!


Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Friday, October 5, 2012

Sayonara Cinta

SOLD OUT
Sinopsis


Kadangkala musibah hadir dalam sebuah takdir yang tak mampu ditolak. Begitulah dengan takdir yang membelit diri Tengku Ezra. Dia memiliki pakej yang cukup sempurna sebagai seorang gadis rupawan. Namun, di sebalik kecantikan paras rupanya, tiada siapa menduga bahawa dia sebenarnya bekas pesakit mental yang terpaksa bergantung kepada bekalan ubat-ubatan untuk kekal waras. Penyakitnya yang pelik itu membuatkan dia lebih suka mengasingkan diri daripada orang ramai. Kehadiran jejaka kacak, Megat Adam Haikal akhirnya menyapa kesunyian hatinya.Namun, bahagia bagaikan terlalu sukar digapai. Tengku Sufi an tiba-tiba muncul dan mahu memilikinya semula. Haruskah Tengku Ezra kembali semula ke pangkuan suaminya yang tidak pernah dicintai? Sedangkan di hatinya tetap abadi dengan cinta Megat Adam Haikal?

Thursday, October 4, 2012

Encik Abangku Romantik


SOLD OUT

Sinopsis


Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?

Mekar Sakura di Mimbar Cinta

SOLD OUT

13 buah cerpen yang bertemakan keagamaan/ ketuhanan/ keinsafan karya Ilham Hamdani. Kebanyakannya berlatar belakang negara matahari terbit - Jepun :)


1. Air mata seorang gigolo
2. Cinta Maisarah Sufiah
3. Gugurnya sakura putih
4. Jalur-jalur pelangi
5. Kembara kenangan di Sakura, Kembara tangisan di Al-quds
6. Mamaku seorang Jepun
7. Mekar sakura di mimbar cinta
8. Mencari pembuka kota
9. Pada awan langit Chiba
10. Sakura, antara dua April
11. Segeralah merdeka
12. Sungai sakura mengalir damai
13. Wardah Ain Salsabila

Antara Benci & Rindu


SOLD OUT

Sinopsis

Penceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan nyawa ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumah tangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.