Wednesday, February 27, 2013

Menunggu Hujan

SOLD OUT

Sinopsis

Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama.  Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

Takdir Itu Milik Aku


SOLD OUT

Sinopsis

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji.
Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka…..

Dandelion Ditiup Angin


SOLD OUT Tajuk: Dandelion Ditiup Angin
Penulis: Aidah Bakri
Sinopsis 


Jiwa yang tenang dan hati yang reda
adalah dua sayap untuk terbang menuju bahagia
Dini kembali ke Malaysia setelah yakin dia cukup kuat untuk menghadapi segalanya. Namun, segala apa yang direncanakannya tidak menjadi. Baru sebulan dia kembali, dia sudah bertemu sejarah silamnya, Rifqi.
Rifqi sudah lelah mencari. Dia tahu kerana egonyalah insan di sisinya menderita. Kini, apa yang dia ada hanya dandelion di pinggir laman. Ibarat angin yang tidak jemu memanggil dandelion kembali, dia akhirnya bertemu semula dengan Dininya. Mereka tidak akan terpisah lagi! Itu janji Rifqi.
Bertemunya mereka, mencarik semula luka di hati Dini. Mengapa mesti mereka bertemu lagi? Hatinya tidak cukup kuat untuk melangkah kembali ke daerah itu. Cukuplah sekali. Kini dia sudah cukup sedar diri.

Namun ada hati yang perlu dijaga. Dini tidak mampu menghampakan hati itu lagi. Benarkah dengan menyenangkan hati orang, hati kita juga akan tenang?

Epidemik T

SOLD OUT

Sinopsis 
Dari alam barzakh, mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit ini melainkan mati.

Adam Harish dan Amirul Ashraf, dua hero Malaya ditugaskan menyelamat Pulau Eurasia dari ancaman virus ini di samping menyelamatkan anak perdana menteri, Shila yang diculik Asstrold Pharmacy.

Dapatkah Adam Harish dan Amirul Ashraf melakukannya? Dapatkah Shila diselamatkan? Dan mampukah Pulau Eurasia dipulihkan?

“Aku tahu betapa bangsatnya dia! Tapi apa bezanya kau dan dia bila kau bunuh dia nanti? Dia perogol dan kau, pembunuh!”
– Datuk Hafeez

“Memang aku dah hilang akal! Kita akan mati dibahan Zombi-zombi itu kalau kita tak cabut lari.”
– Farah

“Ke sebuah tasik. Sumber daripada HQ mengatakan bahawa Shila ada bersembunyi di situ.”
– Harish

Monday, February 25, 2013

Awak Suka Saya Tak?


SOLD OUT

Sinopsis

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.

Wednesday, February 20, 2013

Fiksyen 302


SOLD OUT

Sinopsis 

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!


RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

Venom Suria


SOLD OUT

Sinopsis 

Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!

Saturday, February 9, 2013

Keindahan Cinta Iman

SOLD OUT

Sinopsis

“Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi.”

Dia menangis lagi. Cepat-cepat air jernih itu dikesatnya.

“Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?”

“Jangan sebut perkataan ikhlas di depan saya. Awak ikhlas sangat ke nak kahwin dengan saya? Kan awak nak kahwin dengan saya sebab nak carikan orang gaji untuk budak-budak tu!”

Friday, February 8, 2013

Cinta Pertama


SOLD OUT

Sinopsis
Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Thursday, February 7, 2013

Donia


SOLD OUT

Sinopsis 


Nurlisa Rahmat, Seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia.

Monday, February 4, 2013

Cinta Untuk di Sewa


SOLD OUT

Sinopsis  
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.

Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!

Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. "He is amazing!" Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.

Rembulan Berdarah

SOLD OUT


Sinopsis
DIA tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng,dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.


NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.APAKAH perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

Hujan Rindu


SOLD OUT

Sinopsis 
Kerana kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya, Anum Dahlia yang dilahirkan dan dibesarkan di luar negara sanggup menjejaki keluarga ibunya di Malaysia sehingga dia sanggup mengenepikan kepentingannya sendiri. Sanggup meredah beribu-ribu kilometer untuk menunaikan harapan dan impian ibunya yang sedang terlantar koma.

Anum Dahlia, seorang cucu yang mendambakan kasih sayang daripada datuk dan neneknya yang selama ini tidak pernah ditemuinya. Sebuah kisah tentang cinta yang hilang di bumi kelahiran, tapi ditemui pula cinta seorang lelaki milik Yuzer Taufik, di sebuah negara asing.

Tegas dalam keputusan dan berani menjejak kisah silam ibunya di sebuah negara yang tak pernah dijejakinya selama ini, Anum Dahlia menyamar sebagai seorang pelajar yang mahu membuat kajian tentang seni silat Melayu, membuatkan dia bertemu Tok Anjang, datuknya.

Mungkin Nanti


SOLD OUT

Sinopsis 
Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunya di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakn orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah daripada membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperwatakan serius. Membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik daripada jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti.. Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?

Bahtera Cinta

SOLD OUT

Sinopsis 
Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih-buih di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku... Kisah silammu yang hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini seakan merantai kuat kaki ku. Sayang, berikan aku fatwa... agar cukup kuat alasan utk aku terus setia mempertahankan bahtera cinta kita ini...

...Lewat Musim Itu

SOLD OUT

Sinopsis  
Jiwa perempuannya telah lama kering. Dikecewakan, kehilangan, tanggungjawab menjadikan hati saljunya tega dengan setiap dugaan yang datang. Perlukan diratap sebuah kehilangan? Lama mana harus dia bersedih? Jawapan itu hanya ada padanya. Hanya dia yang mampu menentukan di mana letak duduk diri.

Zamrud


SOLD OUT


Sinopsis 
Sebuah banglo indah di tepi pantai pernah menyaksikan pelbagai peristiwa yang menjadi rahsia kepada Salina, Dato Ghafur dan Rostam

Setelah lima belas ahun berpisah dan meninggalkan banglo itu mereka dipertemukan semula melalui jemputan  yang mengungkap pelbagai soalan: 
Mengapa mereka dijemput kebanglo itu?
Siapa yang menjemput dan apa tujuannya?

Sebentuk cincin zamrud yang dijumpai dalam bilik mandi menyingkap pelbagai rahsia...

Saturday, February 2, 2013

Chocolate Mousse vs Cheese Cake


SOLD OUT

Sinopsis  
Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?

Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani

Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri

“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi