Showing posts with label sr publication. Show all posts
Showing posts with label sr publication. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA


SOLD OUT 
Sinopsis

“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”
Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.
“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.

Monday, August 4, 2014

Curi-curi Cinta


SOLD OUT
Sinopsis

Intan Raihana seorang gadis yang sombong dan angkuh. Kerana mengejar harta dan kekayaan dia sanggup buang emak, buang saudara. Visi di atur, Daniel Hakim harus menjadi miliknya walau apa pun yang terjadi. Daniel Hakim begitu membenci gadis ini. Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang dapat melawannya. Daniel Hakim terpaksa menikahi gadis yang amat di benci ini bersama dengan dendam yang berlingkar di hati.
 

Tuesday, December 24, 2013

Kekasihku Popular


SOLD OUT


Sinopsis 
Pertembungan yang tidak di sengajakan antara Rianna dengan Ryu di KLIA, telah menyebabkan salah faham  terjadi antara mereka. Lantaran satu Insiden, Rianna Lily terpaksa menjadi PA kumpulan Rookies dan sekali gus terpaksa melayan karenah Ryu Firdaus yang cukup-cukup menjengkelkan. Ryu Firdaus banyak menyakitkan hati Rianna Lily tanpa memikirkan perasaannya, namun Rianna hanya bersabar dengan karenah Ryu Firdaus, mamat yang perasan hansome itu. Kehadiran Rianna dalam hidup Ryu yang sedia ada kucar kacir itu, makin membuatkan diri Ryu menjadi bertambah tidak keruan. Perasaan geram dan sakit hati hadir silih berganti. Namun, tanpa di duga ada rindu bertandang pula. Hakikatnya, Rianna juga buntu, dalam geram, marah, sakit hati, ada cinta dan rindu yang tumbuh didalam hatinya. dalam masa yang sama dia dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangka-sangka daripada kisah silamya. Rianna Lily menjadi keliru akan perasaannya sendiri. Siapakah gerangan jejaka yang berjaya mengetuk  pintu.hatinya kini. KEKASIHKU POPULAR, mungkinkah itu jejaka idamannya?

Wednesday, October 2, 2013

Curi-Curi Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua.

Wednesday, February 27, 2013

Takdir Itu Milik Aku


SOLD OUT

Sinopsis

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamisah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan. Dian disuruh menjadi orang gaji.
Dia akur dengan kehendaknya emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka…..

Tuesday, July 24, 2012

Bidadari Salju


SOLD OUT
Sinopsis

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri. Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri. “Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”. Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan? “Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik. “Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!! Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

ps: novel Bidadari Salju setebal 1260 mukasurat!!! saya akan guna pos domestik utk penghantaran. jika berminat email saya ok :)

Sunday, July 22, 2012

Lafazkan Kalimah Cintamu



SOLD OUT
Sinopsis

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?