Sunday, December 30, 2012

Lelaki Versi Dia

SOLD OUT

Sinopsis 
Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.

Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.

“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”

“What?! Are you kidding?”

Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.

“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.

Cahaya Cinta


SOLD OUT

Sinopsis 
Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yang papanya ciptakan sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari-hari yang mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yang tercicir. Dia menjadi seorg yang tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yang berperangai seperti papanya hadir dlm hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.

Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk Ellynna menjalani hidup yang penuh ranjau. Dapatkah dia menaruh setitis harapan pada perkahwinan yang tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan sepanjang perkahwinannya dengan Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq untuk nya?

Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yang rupa-rupanya punya banyak rencana untuk memusnahkan hidupnya.

Cik Blur dan Encik Ikhlas

SOLD OUT

Sinopsis 

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Aku Yang Kau Cinta

SOLD OUT

Sinopsis 
ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!

Ketuk Pintu Hati Dia

SOLD OUT
Sinopsis


 Mungkin kau jauh dari mataku, tapi tak pernah jauh dari hatiku 

I

“Kenapa kau tak nak kawan dengan aku?”

“Kenapa aku kena kawan dengan kau?”
“Kalau kau jadi kawan aku, kau tak rasa rugi tau.”
“Sebab?”
“Sekali kau jadi kawan aku, aku akan sayang kau sampai kiamat.”
II
“Huda, kau pandang aku sebagai lelaki yang macam mana?”
“Kawanlah!”
“Kalau kita ditakdirkan jumpa lagi sekali, boleh tak masa tu kau jangan layan aku sebagai kawan kau?” 
III
Selepas 5 tahun...
“Kau sedar tak kau panggil aku apa? Awak. Kau buat aku rasa geli. Kita kawan rapat dulu, sebelum kau pergi macam tu aje. Sekarang, kenapa kau buat macam kita ni orang asing?”
“Sebab saya sukakan awak.”
Kata-kata itu membuatkan Huda terasa dirinya macam dilambung ombak kuat, membuatkannya terus tercampak ke benua lain.

Jaja & Din

SOLD OUT

Sinopsis 

Cinta pandang pertamakah ini...

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A=  katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B=  rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C=  kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D=  segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!

Thursday, December 20, 2012

Sentuhan Kasih


SOLD OUT
Sinopsis
Razif merasakan telah berputik bunga-bunga kemesraan dalam rumahtangganya yang dulunya hambar. Syahira mula menunjukkan sifat manjana kepada Razif, namun dua malam lepas Razif merasakan Syahira takut mendekatinya apabila dia berada dalam bilik mereka. Apa yang pasti, Syahira hanya akan masuk ke bilik untuk tidur, itupun apabila dia pasti Razif telah tidur lena.

Syahira berbuat demikian untuk menyelamatkan dirinya daripada Razif. Kalau boleh dia tidak mahu perkara yang sama berulang lagi. Dia belum bersedia sepenuhnya, apatah lagi keputusan STPMnya belum diumumkan. Walaupun menjadi isteri dia telah bersedia namun untuk bergelar ibu dia perlu berfikir panjang kerana perjalanan 
untuk mencapai cita-citanyanya masih jauh lagi. Walauapapun, dia ingin ke peringkat yang lebih tinggi, itulah hasrat yang tidak pernah padam dari dalam dirinya.

Tuesday, December 18, 2012

Hanya Kau Yang Satu


SOLD OUT

Sinopsis 

Kehadiranmu merubah seluruh hidupku yang selama ini begitu sunyi dan suram. Kau mengenalkan aku pada erti cinta sejati. Kau mengajarku betapa sucinya sebuah ikatan antara Adam dan Hawa. Kau jualah yang mewarnakan hidupku dan mencorakkan jalur-jalur bahagia. Padamu... kuserahkan segalanya. Semoga dikau yang pertama akan menjadi yang terakhir... satu-satunya dalam hidupku... yang sama-sama menuju ke syurgawi yang abadi.

Sunday, December 16, 2012

Secantik Anugerah

SOLD OUT

Sinopsis

Ditinggalkan tanpa pesan ketika cinta sedang mekar berbunga, membuatkan Aisya menutup hatinya untuk cinta.

Tetapi...bukan kehendak Azri melepaskan Aisya. Dia juga turut merana, malah lebih menderita kerana cinta itu bukan miliknya lagi.


Sesungguhnya, kegagalan itu secantik anugerah buat mereka....

Friday, December 14, 2012

Pakej Novel Lamia Aimal: Antologi & Donia


SOLD OUT

Antologi terbitan Diwangsa Publication
3 kisah dalam Antologi:
Kemarau Berakhir 
Milik Siapakah Gadis Ini 
Bisikan Kecuaian

Sinopsis
Selamanya dia mengimpikan kebahagiaan, kasih sayang dan ketulusan. Saat dia mencipta keindahan; kesangsian dan keresahan mengusik hati kecilnya. Sekiranya itu satu dugaan, apakah dia harus merelakan dan akur pada kekecewaan?

Namun dia terus menghimpun pasrah agar terhidang satu mimpi semanis madu daripada sejuta kepahitan.

Donia terbitan CESB
Sinopsis
Nurlisa Rahmat, Seorang gadis sederhana yang mendapat pendidikan luar negara. Dia tersepit angkara wasiat daripada majikan ayahnya yang tak pernah diundang untuk menjadi seorang Donia

Tuesday, December 11, 2012

Kurela Cinta Ini Bertamu


SOLD OUT

Sinopsis

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”

Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Saturday, December 8, 2012

The Wedding Breaker

SOLD OUT

Sinopsis 

Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Friday, December 7, 2012

Sayang Awak, Sayang


SOLD OUT

Sinopsis
SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Projek Memikat Suami


SOLD OUT

Sinopsis
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

Monday, December 3, 2012

Tiada Sepertimu


SOLD OUT

Sinopsis
Keifli: "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dgn anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yg nk bertemankan perempuan seperti Zara? sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"


Zara: "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dgn lelaki itu?"

Rubiah: "Benci tu satu perasaan yg amat dekat dgn cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. You mampu bahagiakan Zara."

Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dgn Keifli? Berjayakah Keifli 'menjinakkan' Zara yg garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dlm hidupnya?