Showing posts with label muna mahira. Show all posts
Showing posts with label muna mahira. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

Wednesday, August 10, 2016

Jangan Bilang Benci

SOLD OUT
Sinopsis
BENCI! Benci! Hakikatnya aku amat membenci jejaka itu yang senang-senang sahaja mendapat kedudukan sebagai CEO di Syarikat Leopard selepas persaraan papa. Kehadiran Hafriz telah menggugat kesabaranku. Mengapa mesti dia yang dipilih untuk menyandang gelaran itu dan bukannya aku?

Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…

Thursday, June 2, 2016

BATRISYIA

SOLD OUT
Sinopsis
Batrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar.

"I want you... and I will keep hunting you. Again... and again."
"You dah gila!"
"I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta."

Sejauh mana dia cuba mengelak, lelaki itu tetap mengejar. Selagi dia tidak jatuh ke dalam dakap Ghazi Zayan, dia pasti jadi buruan!

Monday, June 30, 2014

Monday, September 9, 2013

Cinta 11 Syarat

SOLD OUT

Sinopsis 
RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

“Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka.” Sengaja dia menyakat isterinya.
Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. “Hesy! Bukan fasal tulah. Tolong sikit. Erm... Sya...”
“Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam,” usik Haziq lagi.
“Abang... boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?”
“Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?” duga Haziq bersahaja.
“Ini hal lainlah. Fasal semalam tu...”
“Kenapa?” potong Haziq.
“Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang,” luah Rasya berani.
“Abang tahu.” Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
“But thanks for last night,” ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya...

“Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng tu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak.” – Syahrie

Sunday, December 30, 2012

Aku Yang Kau Cinta

SOLD OUT

Sinopsis 
ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!